Saturday, 9 August 2008

taktik mengurat...ciplak dari guamuzik.com





by gua.com.my

3 Ogos 2008

Mengurat merupakan satu kepakaran yang perlu ada pada orang lelaki atau wanita kerana tidak ramai insan yang dilahirkan dengan aura Mawi atau ketampanan Brad Pitt atau George Clooney. Rata-ratanya ramai yang mempunyai kadar tarikan tahap biasa sahaja di mana jika diri tidak diserlahkan kepada jantina berlainan, agak sukar untuk menarik perhatian mereka secara semulajadi. Kebolehan mengurat ini sepatutnya timbul secara natural di dalam diri manusia tetapi dalam pada masa yang sama, malu menyelubungi lantas tidak berani untuk memulai.

Kali ini, GUA ingin menampilkan taktik mengurat yang boleh digunapakai oleh kaum lelaki untuk memikat wanita dalam tiga senario yang berlainan.

Senario: Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari

Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia ‘perasan’ dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??

Senario: Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali

Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana. Tuliskan “Call me”. Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti “Hi beautiful, call me,” dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.

Senario: Berkenalan Di Alam Maya Siber

Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya “Hello… Kat mana??” “Ada tak ni?” “Hellooooooo!!!!” Relaks… Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

Mengurat memerlukan keberanian dan kalau orang lelaki tiada keberanian, lupakanlah nak dapat teman wanita. Kalau ada Casanova atau Romeo di luar sana, kongsilah taktik mengurat dengan pembaca GUA di dalam ruangan komen di bawah.






By fadzLAN
8/8/2008 3:13:25 PM
tapi kalau muka x hensem..mcm mana pulak??? kalau aku cuba taktik yg 1,awek 2 mesti ckp "perGI MAmpos"

By awie
8/8/2008 2:14:37 PM
nak lagi tips.. banyk2..

By nini92
8/6/2008 11:21:19 AM
Ayu....sokong 100%...bknnya nk kata org pompuan ni mata duitan but...klu org laki xde duit..camana nk bawa awek kuar...

By taurus
8/6/2008 2:38:55 AM
kre ok lah ape yg d,beri tp x, ckp lh info..........must be have some more......try crik mesti weall x kn sia2 kn pe yg d.berikn.......cnfrm punye x..crik laen lah..................

By gameboy
8/5/2008 9:53:00 AM
emy, 101 tu maknanya "peringkat basic", bukannya makna ada 101 tips! poyo ar

By drifter no.8
8/5/2008 8:05:41 AM
cara-cara nk ngorat bdk sekolah x de ke?

By emy
8/4/2008 11:00:11 PM
kta ada 101 tips??? apsl siar 3 jew??

By mya
8/4/2008 3:41:15 PM
tips tok owg pompuan tackle laki lak??

By fyza
8/4/2008 12:32:03 PM
skit sgt r tips.. :p

By hati_lara.com
8/4/2008 8:31:32 AM
ehm.. idea utk senario 3 tu mmg kene.. lelaki ni kadang2 dlm chat ckp bende lucah2 utk tarik perhatian gurl.. ble xbls tuduh gurl sombong, ble kene block baru padan muke tue..huhu.. emo lak.. hehe

MORE COMMENTS: 1 2


Total Comments: 10 of 16


YOUR EMAIL

YOUR NAME

No comments: