Sunday, 8 February 2009

ALL ABOUT MY LOVE...HAPPY VALENTINE DAY....

Melihat suasana politik perak sekarang ini amat mengecewakan....apa tidaknya...melayu dengan melayu bergaduh sesama sendiri....bangsa lain bertepuk tangan....melayu sampai KURANG AJAR dengan kesultanan yang kita banggakan...bangsa lain tertawa tanpa kita sedari....Dimana sensiviti kita sebagai TUAN di bumi sendiri? kenapa kita harus mengikut telunjuk bangsa yang hanya sekadar mengaut keuntungan dibumi kita tanpa memikirkan perasaan kita sebagai melayu?alangkah moleknya jika kita sebagai melayu bersatu dan berpadu tenaga dan membentuk satu identiti yang tidak dapat diperdolak dalikkan oleh sesiapa pun....Inilah yang dinamakan KURANGNYA CINTA dalam sanubari kita terhadap bangsa, agama dan negara kita (negeri). Seharusnya dalam bulan Febuari ini...bulan yang sangat sinonim dengan ayat CINTA (LOVE), kita membelai jiwa kita dengan kasih sayang sesama bangsa dan agama, tetapi apa yang menyedihkan, kita malah berbalah hanya satu STATUS yang tuhan anugerahkan pada yang layak dan boleh memimpin. Jika kita hanya ingin menjadi boneka bagi kepuasan bangsa lain, memanglah tuhan murka....saya tidak mengata sesiapa kerana saya pun bukan orang sana...(saya org sabahlah) tapi bak kata orang...cubit paha kanan, paha kiri pun terasa beb....biarlah kita bersatu dalam segala hal. Tak kiralah siapa yang memerintah, janji kita tidak melupakan sejarah lalu bahawa pembentukan satu negara yang merdeka dan berdaulat dengan raja berperlembagaan itu bukan satu jalan yang mudah...Kenapa kita harus menghancurkan semua itu hanya kerana kita tidak dapat apa yang kita inginkan??????bukankah rezeki itu datangnya dari tuhan....justeru dari itu, tuhan boleh mengambil semula apa yang telah diberikan pada kita, jika kita tidak menjaga tanggung jawab itu dengan amanah dan jujur serta ikhlas. Kita boleh marah (kerana tuhan menganugerahkan kita dengan nafsu) tetapi biarlah dalam kontrol...jangan sampai, kita yang bersusah payah meraih kemerdekaan dan keamanan serta keharmonian tetapi dengan mudah bangsa asing meruntuhkan semua yang telah kita bina selama ini hanya kerana ketidak puasan mereka pada kita yang dinamakan melayu ini...Dengan rasa cinta dan kasih sayang yang ada pada kita semua terutama rakyat perak....marilah kita melupakan sengketa.....ada agenda yang lebih penting daripada DEMONSTRASI JALANAN....GAJAH DENGAN GAJAH YANG BERTELAGAH....PELANDUK MATI DITENGAH-TENGAH... Kita seharusnya melihat contoh dari negara luar yang tidak seharmoni negara kita...apa yang mereka dapat? Inginkah kita menjadi pelarian ditanah air sendiri hanya untuk memuaskan nafsu serakah pihak-pihak tertentu? Marilah kita semai jiwa kita dengan cinta dan kasih sayang...biar mekar dan subur. Tetapi jangan pula kita semai jiwa kita dengan cinta dan nafsu serakah sahaja dan merosakkan bangsa kita yang memang kecil dan agak daif dibandingkan bangsa lain....lihatlah disekeliling kita sekarang....nilailah persekitaran kita sekarang...pandanglah panorama kita sekarang...DIMANA MELAYU BERADA? DI MANA ISLAM BERADA? siapa yang mengkhianati bangsa kita...siapa yang mengkhianati agama kita...kenapa kita harus mengikut telunjuk orang lain sedangkan semua yang ada di bumi ini adalah milik kita yang telah diamanahkan kita untuk menjaga dan merawatnya dengan sempurna tanpa meminggirkan bangsa lain yang kita hormati.... Kalau orang lain merasa harmoni berada dibumi malaysia.....mestikah kita cuma berbangga tanpa memikirkan kedaulatan negara dan maruah kita sebagai pewaris bangsa yang merdeka....jangan kerana cinta dan nafsu kita lupakan asal usul kita.....HAPPY VALENTINE DAY...from sabah with love...aramiti....

No comments: