Friday, 15 May 2009

INILAH SEBAHAGIAN DARI SEJARAH BANGSAKU

Kedatangan Bugis ke Tanah Melayu (Selangor)

Kedatangan Bugis ke Tanah Melayu, pada kurun ke 18 ini dikatakan atau juga boleh digelar sebagai ‘Zaman Bugis’. Asal usul masyarakat ini Bugis ini adalah dari rumpun Sulawesi Selatan yang mula melakukan migrasi ke Tanah Melayu sejak suku terakhir kurun ke-17. Penempatan orang-orang Bugis telah wujud dengan pesatnya di pesisir pantai barat Semenanjung sekitar penghujung kurun ke-17 dibawah jajahan takluk Johor iaitu di Selangor, Linggi dan Kelang.1 Perhubungan Bugis dengan Selangor telah lama wujud, iaitu selepas bermulanya Kesultanan Selangor pada lewat 1766 apabila Raja Lumu iaitu Raja Selangor, telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud, Perak di Kota Lumut yang terletak di Hilir Perak, yang tidak jauh dari Pasir Salak tempat pembunuhan tragis J.W.W. Birch telah di bunuh pada lewat 1875 dengan memakai gelaran Sultan Salehhuddin yang sekaligus meletakkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor yang pertama. Juga dikatakan bahawa, Bugis telah datang ataupun sudah berada di Selangor sejak abad ke 17 lagi.2
Terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa Bugis telah datang sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Semasa kedatangan Bugis 5 bersaudara ke Johor, orang Bugis sudah bertapak di Selangor terutama di persisir pantai (Kelang) dan Kuala Selangor. RJ Wilkilson menyatakan bahawa orang bugis yang mula-mula sekali datang dan Menetap di selangor ialah Daeng Lakani.
3 Orang Bugis telah mendiami Selangor dan mereka membuat petempatan berhampiran pantai laut terutama Kelang, dan Kuala Selangor. Boleh di katakan bahawa kedatangan orang Bugis ke Selangor akibat daripada kepesatan empayar Melaka sebagai pusat ekonomi yang unggul.4
Setelah berjaya merampas takhta kerajaan Johor-Riau, Raja Sulaiman telah di tabalkan menjadi sultan (Yang dipertuan Besar) Johor dan digelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722 yang mana perlantikan ini dibuat oleh raja Bugis berlima itu sendiri.5 Kemunculan pengaruh Bugis di Selangor adalah sebahagian daripada keseluruhan fenomena sejarah umum yang berlaku di kawasan Selat Melaka pada abad ke-18. Pengaruh bugis di Selat Melaka juga bertambah kukuh dengan perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda Johor dengan bantuan daripada orang-orang Bugis di Selangor.6
Perhubungan Bugis dengan Belanda.
Perhubungan di antara pihak Bugis dan Selangor dengan Belanda di Melaka berjalan dengan baik tanpa adanya sebarang bentuk persaingan. Bugis yang di wakili oleh Raja Haji umpamanya adalah seorang pemimpin yang disegani telah membuat perjanjian berbaik-baik dengan pihak Belanda bagi menjaga perhubungan yang baik diantara kedua-dua pihak. Dalam perjanjian tersebut, terkandung perkara-perkara yang menyatakan bahawa harta rampasan yang diperolehi oleh pihak Raja Haji atau pihak Belanda hendaklah dibahagi dua diantara Raja Haji dengan Belanda.
7 Perhubungan yang baik di antara Raja Haji dengan orang-orang Belanda hanya terjalin sehingga tahun 1782 apabila berlakunya perselisihan di antara kedua-dua pihak. Pada tahun 1782, pihak Belanda telah memperolehi harta rampasan sebuah kapal Kompeni Inggeris (East India Company) yang bermuatkan candu sebanyak 1 254 buah peti di Pulau Bayan dengan bantuan daripada sebuah kapal Peranchis.8
Belanda telah memungkiri janjinya untuk membahagikan segala harta rampasan yang diperolehi seperti mana yang termaktub dalam perjanjiannya yang dipersetujui bersama Raja Haji. Sebaliknya, harta rampasan terutamanya candu itu telah dibahagi dua oleh pihak Belanda dengan pihak Peranchis dan Raja Haji tidak mendapat apa-apa bahagian sekalipun. Perkara ini menyebabkan Raja Haji berasa tersinggung kerana pengaruh beliau di sekitar perairan Riau telah dibelakangkan. Raja Haji telah bertindak menuntut hakya kepada Gabenor Belanda di Melaka supaya beliau mendapat sama harta rampasan yang diperolehi itu, mengikut perjanjian yang telah dibuat. Perundingan yang berlaku di antara pihak Raja Haji dengan wakil Gabenor Belanda di Melaka di Muar berakhir dengan tiada kata kesepakatan diperolehi. Raja Haji gagal dalam menuntut haknya apabila pihak Belanda berkeras tidak memenuhi tuntutan tersebut. Raja Haji begitu marah dan telah mengembalikan semula surat perjanjiannya dengan pihak Belanda serta mengisytharkan penentangannya terhadap pihak Belanda. Bagi mengukuhkan kekuasaannya menentang pihak Belanda, Raja Haji telah membuat perhubungan dengan Rembau dan Selangor. Di sinilah bermulanya pengaruh Selangor dalam peperangan di antara pihak Bugis dan Belanda.
Keterlibatan Selangor dalam peperangan Bugis dengan Belanda.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh
Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang". Penglibatan Selangor dalam persengketaan antara pihak Bugis dengan Belanda bermula apabila Sultan Ibrahim yang merupakan anak saudara bergabung dengan ayah saudaranya, Raja Haji dari Riau untuk menyerang Belandadi Melaka. Sultan Selangor yang pertama iaitu Sultan Salehuddin ayahanda kepada Sultan Ibrahim merupakan saudara Raja Haji, oleh itu segala kesusahan yang dialami oleh Raja Haji akan mendapat bantuan daripada pihak Selangor. Sultan Ibrahim pada ketika itu telah mengajak Raja Haji untuk turut serta dalam peperangan ini dan menyebabkan Raja Haji tidak teragak-agak untuk turut serta kerana menyedari hubungan saudara antara mereka dan juga ingin menunjukkan keperwiraan orang Bugis demi menegakkan kebenaran.9
Keterlibatan Selangor dalam Perang Bugis-Belanda ini dapat dilihat apabila Sultan Ibrahim memimpin angkatan perang Selangor yang kebanyaaknya terdiri daripada orang Bugis untuk menyerang Belanda di Melaka. Bagaida juga telah singgah di Rembau untuk berbincang dengan para penghulu-penghulu Rembau untuk sama-sama membantu menyerang Belanda di Melaka. Baginda meneruskan perjalanan ke Melaka setelah Rembau bersetuju untuk menyertai mereka dalam perang ini dan telah membina kubu di Batang Tiga bagi menghadapi serangan dari Belanda. Pertempuran sengit dan hebat telah berlaku di sini apabala Belanda dari Kota Melaka telah menyerang angkatan Sultan Ibrahim di kubu Batang Tiga. Kerajaan Selangor telah bergabung tenaga dengan Rembau bagi memerangi Belanda di Melaka dan pada masa yang sama, Belanda terpaksa menghadapi dua serangan iaitu di Riau oleh Raja Haji dan di Melaka oleh Sultan Ibrahim dengan dibantu oleh Rembau. Kemangkatan Raja Haji dalam peperangan dengan pihak Belanda menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan
Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor (Riau) itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.10
Dari segi ekonomi pula, perhubungan yang baik dengan British telah banyak memberikan keuntungan kepada Raja Ibrahim khususnya dalam aktiviti perdagangan bijih timah. Harga bijih timah yang ditawarkan di Kuala Selangor lebih baik oleh British berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Belanda di Melaka.
11 Dengan berlatarbelakangkan keadaan-keadaan ekonomi-ekonomi dan politik yang telah lama wujud diantara Belanda dan Selangor maka peperangan diantara dua pihak ini telah meletus pada tahun 1784-86. Selangor yang lebih menumpukan untuk memperolehi keuntungan dalam perdagangan bijih timahnya dan perkembangan Kuala Selangor sebagai pelabuhan kapal-kapal antarabangsa ketika itu. Dasar Belanda pula ialah cuba membataskan rancangan perdagangan Selangor yang kian berkembang.12
Peperangan Selangor dengan Belanda juga amat penting bagi membuktikan pengaruh Selangor di dalam suatu politik kuasa di Semenenajung Tanah Melayu pada abad ke-18.13 Pihak Belanda juga berasa bimbang akan cabaran politik dan perdagangan Selangor terhadap kedudukan mereka di Selat Melaka, sehingga mereka terpaksa menghantar satu ekspedisi dalam tahun 1784 untuk menghapuskan kekuasaan Sultan Ibrahim.14 Oleh sebab marahnya orang-orang Belanda kepada Sultan Ibrahim Selangor, pada 13 haribulan Julai tahun 1784, beberapa buah kapal perang Belanda dengan di bantu oleh Raja Muhammad Ali dari Siak bertolak dari Melaka telah menyerang Kuala Selangor.15 Peperangan berlaku antara Belanda dengan pasukan perang Selangor yang di kepalai oleh Saiyid Ja’afar. Akhirnya, Belanda telah menawan kota-kota di Kuala Selangor menyebabkan Sultan Ibrahim telah lari ke Ulu Selangor dan mendapatkan bantuan daripada ketua pemerintah Pahang iaitu Bendahara Abdul Majid.
Pada pertengahan tahun 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan daripada orang-orang Pahang seramai dua ribu orang cuba merampas kembali Kuala Selangor daripada Belanda.
16 Serangan megejut telah dilakukan pada waktu malam menyebabkan pihak Belanda mengundurkan diri dari Kuala Selangor dan Saiyid Ali telah lari semula ke Siak dan Sultan Ibrahim telah berjaya merampas semula Kuala Selangor daripada tangan Belanda. Tidak lama selepas itu pula, Belanda telah menghantar tiga buah kapal-kapal besar pergi mengepung Kuala Selangor17 menyebabkan barangan makanan seperti beras menjadi mahal dan menyusahkan kehidupan rakyat. Akhirnya, pada 29 Jun tahun 1786 setelah hampir setahun Kuala Selangor dikepung oleh Belanda, Sultan Ibrahim dengan orang Belanda telah membuat kata sepakat untuk menandatangani surat perjanjian damai.
Kesimpulan.
Melihat kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku diantara tiga pihak utama iaitu Selangor, Bugis dan Belanda, masing-masing mempunyai tujuan kepentingan bagi mempertahankan kekuasaan di Tanah Melayu. Di sini jelas menunjukkan bahawa Selangor mempunyai pengaruh yang amat besar dalam persengketaan antara Bugis dengan orang Belanda. Sultan Ibrahim boleh di anggap sebagai watak yang amat penting dalam tempoh waktu ini dan membawa wujudnya sebuah kuasa yang besar bagi menyaingi Belanda di Selat Melaka.
Bibliografi
Adnan Hj. Nawang dan Muhd. Fadzli Othman 1992, Sejarah Selangor dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: United Selangor Press
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya 1982. A History of Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd
Buyung Adil 1971 , Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu. Diperolehi pada April, 03, 2006 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bugis_Di_Tanah_Melayu"
1 Lihat Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya 1982. A History of Malaysia. Kuala Lumpur:
Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd, hlm 106.
2 Buyung Adil. 1971 , Sejarah Selangor , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6
3 Ibid ms 6
4 Hal ini demikian kerana Selangor merupakan negeri di bawah empayar Melaka, sebagai contoh, sebelum
Tun Perak menjadi Bendahara Melaka, beliau merupakan pembesar Kelang
5 Ibid ms 11
6Lihat Adnan Hj. Nawang dan Muhd. Fadzli Othman 1992, Selangor, Sejarah dan proses
pembangunannya. Kuala Lumpur: United Selangor Press Bhd, hlm 62.
7 Buyung Adil. 1971. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 22.
8 Ibid, hlm 22.
9 Buyung Adil. 1971 , Sejarah Selangor , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 24
10 Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bugis_Di_Tanah_Melayu"
11 Pada tahun 1760-an, Belanda tawarkan sebanyak 34 rial Sepanyol Sebahara (bagi tiap-tiap paun), berbanding 38 rial sepanyol oleh British di Kuala Selangor. Kemudian Belanda naikkannya kepada 36 rial Sepanyol, tetapi penwaran bijih timah di Kuala Selangor meningkat pula kepada 39 rial Sepanyol.
12 Adnan Hj. Nawang, op. cit., hlm.78.
13 Ibid., hlm 59
14 Ibid, hlm 59
15 Buyung Adil. 1971 , Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 27.
16 Angkatan perang ini telah berkubu di satu kawasan Permatang yang terletak di Tiram Burok. Angkatan
ini diketuai oleh Sltan Ibrahim sendiri serta Saiyid Ja’afar.
17 Kapal-kapal ini telah berlabuh di laut sekitar kuala sungai Selangor dan meghalang proses kemasukan
barang dagangan ke kuala Selangor.

No comments: