Wednesday, 3 June 2009

1 MALAYSIA, 1 BELIA, 1 RASA, 1 BUDAYA, 1 BAHASA.....

Merujuk kepada tajuk diatas, memang 1 perkataan yg mudah diperkatakan dan dibicarakan. Indah dilihat...indah dirasa tetapi perlaksanaan dalam mereliasasikan ayat itu sebenarnya amat sukar dan memerlukan pengorbanan yg besar dari semua pihak. Ironisnya....bisakah semua etnik dalam negara kita menggarap dan menerapkan gagasan yang dicetuskan oleh pujuk pimpinan kita (yg mana sebenarnya telah disuarakan oleh pihak-pihak yg tertentu tetapi tidak menyuarakan).Satu gagasan yg memang telah dilaksanakan dinegara jiran sebenarnya. Persoalannya....adakah kita sebagai seorang rakyat dan sebahagian daripada MALAYSIA dapat menyahut cabaran ini dan berkorban sebahagian daripada hak kita untuk org lain? Tepuk dada tanya selera...sekiranya kita mencintai kedamaian, mencintai negara kita tanpa memikirkan ego kita, tidak mustahil gagasan ini akan tercapai dan kita dapat menikmati hasil daripada gagasan tersebut.

Tetapi sekiranya kita masih berpegang pada kesombongan kita sebagai etnik yang merasa diri kita lebih gah dari etnik lain...saya percaya gagasan pemimpin kita akan terkubur begitu sahaja...marilah kita menyahut cabaran tersebut demi kesinambungan bangsa MALAYSIA tanpa meminggirkan agama kita sebagai pedoman kita dalam berkongsi bumi bertuah ini. Tidak ada yang dapat kita tinggalkan kepada anak cucu kita selain bumi bertuah ini dengan keamanan dan kesejahteraan seperti yang kita nikmati sekarang...Tidak ada yg lebih bermakna pada kita selain dari keamanan dan perpaduan yg jati dari kalangan kita semua.....tidak perlulah kita mendabik dada pada etnik lain bahawa kita adalah yg terbaik dari semua yg ada d bumi bertuah ini..setiap diantara kita tentunya ada keistimewaan dan kelemahan yang kita sendiri tidak melihatnya. Justeru dari itu kita gabungkan semua keistimewaan tersebut bagi menutupi setiap kelemahan yang kita ada agar anasir luar tidak dapat menggugat kedaulatan negara kita.

Sebagai permulaan dan sebagai etnik sabahan, kami dari bumi dibawah bayu telah mengamalkan gagasan tersebut sejak dulu lagi. Sabah yg mempunyai 32 etnik dapat menerima sesiapa sahaja dalam komuniti demi keamanan dan kesejahteraan....HAPPY KAAMATAN DAY N HAPPY GAWAI DAY 4 ALL MALAYSIAN...

SATU MALAYSIA SATU BUDAYA SATU BAHASA SATU RASA SATU BELIA SATU IKBN.....

FROM SABAH WITH LOVE.....
Riana67

No comments: