Thursday, 31 December 2009

10 hadiah untuk org yg tersayang...HAPPY NEW YEAR 4 ALL MY LOVE....


10 Hadiah Untuk Yang Tersayang
________________________________

Ini adalah daftar 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada siapa saja yang kita kasihi ~ ibu, ayah, suami, isteri, saudara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu harus benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencela, jangan berangan-angan dan jangan berniat bagaimana kamu ingin membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan pelit memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri
kamu.

3. Hadiah Sehelai Notice:
Ini mungkin ringkas seperti "Sayang" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan catatan-catatan ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Intinya adalah, "bergembira bersama."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang cocok dengan kamu" atau "Sedap masakan kamu" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia senang

6. Hadiah Bantuan:
Tolong cuci piring mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mau sendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah waktu dan tempat untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedini upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Permainan:
Sertai sesuatu aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

No comments: