Monday, 18 October 2010

MISTERI KEHIDUPAN

Pertemuan dengan seorang kawan internet semalam banyak mengajar aku erti kesyukuran padaMU ya tuhanku. Betapa aku sangat berbangga dan bersyukur bahawa aku tidaklah tergelincir dari landasan kehidupan dan duniawi seperti kawan tersebut (katalah aku memanggilnya HH). Aku mengenal HH dari laman sosial FACEBOOK...dia rajin mengikuti dan membaca blogku (katanya), aku menerimanya sebagai kawan sebagaimana aku menerima orang lain tanpa rasa curiga apa pun kerana aku sememangnya  seorang yang ikhlas dalam berkawan tak kira siapa pun dia. Kami sembang agak kerap dalam beberapa topik yang menarik dan topik yang paling menarik adalah bila dia meluahkan masalah kehidupannya padaku dan cuba untuk menyelami isi hatiku...Dengan rasa ikhlas aku memberikan pandangan menurut apa yg pernah aku alamai dan apa yang aku pelajari. Mendengar dia berceloteh dan meluahkan apa yang dia alami dalam kehidupannya cukup menyadarkan aku bahawa Tuhan itu MAHA ADIL....memberikan setiap hambanya anugerah yang berbeza dan memberikan kelemahan-kelemahan yang juga berbeza daripada orang lain agar setiap hambanya dapat menikmati kehidupan yang singkat ini dengan indah....

Apa yang aku dapat kutip dari perkenalan dengan HH, membuatkan aku merasakan bahawa aku memiliki satu kehidupan yang amat indah (meski pun aku mengalami banyak dugaan dan ranjau). Sedangkan dia tidak memiliki satu kehidupan yang sempurna bagi seorang wanita. Sekurang-kurangnya aku pernah memiliki satu kehidupan yang sangat indah dan masih lagi menikmati keindahan tersebut, biar pun aku tidak memilikinya. Aku tak pernah terbayang dalam kehidupanku bagaimana aku bisa hidup dengan seorang lelaki tanpa ikatan dan berkongsi semua dengan lelaki tersebut, sedangkan aku tidak mendapat penghargaan sedikit pun daripadanya... Tetapi kekuatan hati dan semangat waja HH dapat melalui semua itu....kalau aku..memang aku tak sanggup. Melihat kelembutan wanita itu, menyedarkan aku bahawa aku selama ini sangat kasar dan jahat pada lelaki...ehhehehe..Namun aku amat simpati padanya bila dia cuma menjadi objek tuk kepuasan lelaki tanpa sedikit pun lelaki itu berterima kasih padanya...namun kesabarannya aku cukup salut..hargai...betapa dia memiliki sekeping hati yang mulia....Kebetulan lelaki yang dia cintai dan sayangi adalah salah seorang rakan dalam laman sosial yang lain...ehheheh kecilnya dunia ini...tapi lelaki tersebut aku tak kenal pun...xpernah jumpa pun...namun lelaki itu selalu send sms/call dan sangat kerap hantar komen kat blog...hantar mesej kat website yang aku join (bukan fb) Kepada HH..aku panjatkan doa semoga dia tabah menghadapi kehidupannya dan mendapat rahmat dari ILAHI...AMIN...



No comments: