Tuesday, 28 December 2010

27 December

Hari ni 27 Dec...harijadi dia...dia yg aku rindu...dia yang mempermainkan perasaanku...dia yang telah melukakan hatiku (namun aku maafkan kerana aku menyintainya.) Aku pernah bahagia dalam dakapannya, walau aku tahu dia telah mendakap ramai wanita lain selain diriku, namun aku rela..betul kata orang, cinta membuatkan kita buta. Tapi aku tak pernah kisah siapa pun dia kerana aku terbuai dan rasa selamat bila berada bersamanya dan aku bisa bermanja dengannya, aku bisa merajuk bila bersamanya. Aku tahu dia tak mempunyai perasaan pun padaku, tak ada cinta pun dihatinya untukku jauh sekali rasa sayang dan rindu buatku darinya..namun aku seperti MELUKUT DITEPI GANTANG..HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG (memang pun hidung tak mancung...heheheheh) Alangkah indahnya saat ini bila dia berada bersamaku. Sempena hari yang bermakna dalam hidupnya ini, aku ingin sekali membahagiakan dirinya (seandainya dia disisiku) namun apakan dayaku, dia jauh dariku dan tidak pernah mengetahui apa yang aku rasa dan apa yang aku ada untuk dirinya. mmmmmm....biarlah cuma aku yang merasakannya...aku cuma mampu untuk mengucapkan selamat harijadi buatnya, biar pun aku tahu ucapan ini tak ada nilai buat dirinya.Aku ingin sekali melupakan dia dari hidupku...ingin sekali melupakan raut wajahnya, melupakan semua apa yang pernah ada diantara kami, namun seperti yang aku katakan bahawa aku gagal...gagal total..kegagalan ini menjadikan aku seorang yang perindu, bodohkan...tapi kebodohan ini terkadang membahagiakan diriku (apa yang aku rasa). Aku tahu diluar sana da insan lain yang mengejarku, ada insan lain yang merindukan aku, ada insan lain yang ingin mendampingiku, ada insan lain yang ingin hidup bersamaku, namun semua itu aku abaikan dek kerana DIA, aku tahu dan aku sangat percaya bahawa menyintai seseorang tak semestinya MEMILIKI DIA...tetapi jika tuhan mengabulkan doaku...aku ingin sekali MEMILIKINYA SAMPAI AKHIR HAYATKU BIAR SIAPA PUN DIA...kata seorang temanku (pakar kaunseling) aku boleh merugikan diri sendiri, tapi bagiku inilah anugerah tuhan yang aku sukar tepis dan aku sangat bersyukur padaNYA bila aku dapat mengenali dirinya peribadinya, latar belakang dirinya (biar pun pada mulanya aku tak pandang pun dia...heheheh...berlagak konon..tapi siapa sangka, aku jadi PENCINTA DIA) Huuuuhhhh.....aku menarik nafas panjang bila rindu itu datang lagi...Dia begitu pintar mempermainkan hati dan perasaanku, sangat bijak...mungkin kerana dia memang pakar dalam soal PEREMPUAN...tapi sangat daif soal WANITA kerana bagiku...setiap wanita adalah perempuan, tetapi setiap perempuan bukan semua wanita. Untukmu yang jauh disana, seorang lelaki yang aku sanjung dan cinta, SELAMAT HARI JADI, semoga tuhan memberkati dirimu dan memanjangkan usiamu serta tuhan memberikan rezeki yang berlipat ganda buatmu dan yang paling penting, semoga tuhan mengampunkan semua dosa-dosa yang lalu...Amin.... aku menyintaimu MAR...SELAMANYA.

No comments: