Friday, 3 December 2010

Dairi 2010

Huh!!!!....sedar tak sedar 11 bulan telah kutinggalkan dalam tahun 2010. Tinggal beberapa hari lagi 2011 menjelang tiba. Tanpa kusedari betapa masa terlalu cepat berlalu. Perjalanan hidupku  begitu berliku sebenarnya...penuh onak..penuh ranjau..penuh lumpur. Hujan panas, telah kulalui.....akhirnya aku berada dalam penghujung tahun 2010. Banyak yang telah ku ungkapkan dalam catatan harianku. Namun yang sangat berkesan dalam hati bila aku telah dibohongi oleh insan yang paling aku percaya. Sakit dan pedih tak dapat kuceritakan bagaimana rasanya bila kita berhadapan dengan situasi tersebut. Aku amat mempercayainya..meletakkan seluruh harapan dan impianku dibahunya, namun apa yang kuperolehi adalah sebaliknya. Hancur luluh hatiku..punah semua kepercayaanku padanya dan sekaligus menutup semula hatiku padanya , juga pada kaumnya. Dendam bermain dalam jiwa untuk seketika. Namun kewarasanku dan sedikit keimanan yang ada dihatiku membuatkan aku memaafkan dia untuk sekian kalinya. Memaafkan seseorang bukan bermakna menerima dia semula dalam hidup kita. Lantaran itu aku cuba untuk membuat jarak dengannya biar pun aku tahu hati kecilku memberontak ingin berdampingan dengan dirinya. Tapi perlukah aku bersandiwara. Perlukah aku membohongi diriku dan jiwaku? jawabannya cuma aku yang tahu....Aku ingin melupakan semua itu, biar penghujung dan penutup 2010 ini menggembirakan aku...namun langkahku harus berhati-hati dalam meneruskan perjalanan kerana misteri kehidupan menjelang 2011 amat menakutkan aku. Harapan dan impianku sama seperti hari-hari yang lalu...

No comments: