Wednesday, 8 December 2010

EMAIL MAAL HIJRAH...INDAH TAPI MENYAKITKAN...

Salam Maal Hijrah
From:
Hanni Hashim  
Add to Contacts
To:


Kiriman email dari seorang teman kepada teman yang lain dan cc buat saya..Luahan rasa yang ikhlas dan jujur dan pendedahan yang baik untuk kebaikan semua wanita-wanita yang telah terpedaya dari seorang lelaki yang "nampak baik" tapi sebenarnya adalah seorang yang pendusta dan suka menipulasi atas kelemahan wanita-wanita diluar sana.
semoga apa yang dipaparkan ini dapat menjadikan kita (mereka yang bergelar wanita tapi bukan yang bergelar perempuan kerana bagi saya seorang wanita bukan seorang perempuan...tetapi seorang perempuan adalah seorang wanita) lebih berhati-hati dalam melayari satu kehidupan yang serba mencabar ini dalam mengejar erti cinta sejati. Sahabat ini berhati mulia...seorang wanita yang jujur mengejar cinta dan apa yang dia cari membuahkan hasil dan tuhan memberikan dia petunjuk dan jalan yang sangat indah untuk dilaluinya...bersama kita membaca luahan rasanya untuk tatapan perempuan yang menjadi saingannya dalam mencari cinta.


Salam buat Hani…

Bicara ini adalah bicara dari hati sorang yg bernama perempuan kepada sorang perempuan. Muga maksud yg tersirat difahami sebaiknya. Pemahaman sorang lelaki berbeza kerana I yakin u sebagai sorang perempuan akn memahami hati sorang perempuan yg lain.

Berkat kesabaran selama ini akhirnya terjawab juga pada Maal Hijrah kelmarin. Apa yg ingin I tulis ini, tidak ada niat utk memburukkan Hash terutamanya dan juga I harap dapat memberikan dan membawa kebaikan pada Hash, pada Hani dan pada kita semua. Buka mata, buka hati dan buka perasaan Hani sejujur2nya dan seikhlas2nya.  Andai benar Hani menyayanginya, insya ALLAH satu hari nanti kebenaran pasti akan terlihat juga. InsyaALLAH.
                                                                                                                                                                 ;                                                     
Pulang dari Kuching bulan July yg lalu selepas Hash tersilap menghantar sms utk Hani kepada I dan selepas mengenali Hani, disitu lah segala2nya bermula. I mencari kebenaran dan kepastian. Niat I ikhlas Hani kerana tidak ada apa yg I mahukan selain dari memulakan satu kehidupan yg sederhana di jalan yg benar. Arah dan tujuan I utk bersama Hash adalah utk mencari satu kehidupan yg dirahmati, satu kehidupan yg sah dan diberkati, ingin dia membimbing dan menunjuk arah ke jalan yg terbaik dan jalan yg benar, I tidak kisah andai dia mahu berkawin lebih atau pun berkawan. I terima CT dalam hidup I walaupun berat utk I menghadapinya. Alhamdullilah satu persatu kebenaran I temui, Ya ALLAH sungguh x disangka Hash tidak lah seperti mana yg dia sendiri ceritakan dan sikapnya yg sbenar I ketahui. Hancur hati ini namun semuanya I terima kerana I ikhlas utk mencintai dan menerima segala kekurangan, keburukan dirinya. I tidak mahu hanya mencintai kebaikan dan juga keseronokan, dari tempoh August hinggalah kelmarin, I tabahkan hati dan kuatkan semangat utk menerima dia seadanya.

I tahu dia amat mencintai CT dan dalam masa yg sama dia juga tidak ingin melepaskan I pergi dan pernah berkata dia tidak dpt meninggalkan I kerana I tlh menyelamatkan dia dr dunia hanyut yg tidak berpenghujung, yg telah mengejutkan dia dari mimpi, yg tlh mengeluarkan dia dari lorong gelap yg kotor dan hanyir. Dalam masa yg sama juga dia tidak pernah membuang/menolak CT dari hidupnya. I juga sudah bersedia utk meninggalkan dia kerana I juga memahami apa yg CT alami, ternyata dia tidak mampu utk berkongsi kasih, namun segala yg dirancang, tidak kesampaian. Ternyata setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.  Ternyata banyak hikmah yg diketahui.

Dalam masa yg sama juga, I juga ingin berterimakasih pada u Hani, kalau tidak kerana dia mengenali u, hingga kini mungkin I tidak mengetahui siapa Hash yg sebenar. I masih mampu utk bersamanya kerana I yakin dia akan berubah namun kini I tidak pasti lagi. Yup mungkin ada sedikit perasaan sayangnya pada I namun I yakin hatinya ‘kosong’ utk I.  I move in ke rumahnya pada August lalu dan pada masa itu I nyatakan tentang status kami dan mengajaknya utk bernikah, kerana tidak manis/elok duduk bersama anak2nya sebumbung tanpa apa2 ikatan,  malu pada anak2 yg sudah besar dan juga sekeliling. Namun seperti biasa, masalah kewangan, masalah anak2 adalah alasan utama, sedangkan hari2 yg dilalui, tidak ada apa yg berubah, makan, minum, berbelanja seadanya yg termampu. I dikatakan ‘rushing things out’ dan memberikan tekanan padanya, tidak memahaminya namun yg  I minta cumalah per’nikah’an bukannya acara persandingan/jamuan besar2an. Hanya di pejabat kadhi saja sudah mencukupi utk sesuatu yg sah dan yg baik. Ternyata setiap kali ditanya tentang fokus, arahtuju dan commitment, tidak ada jawapan. Patutnya masa itu I bole mengangkat kaki ditambah lagi dengan apa yg telah I ketahui tentang diri Hash. Tapi I masih bersabar dan yakin pastinya dia akan berubah dan I yakin sikap2nya dulu itu adalah kisah hidupnya yg lampau, tidak ada kaitan di waktu ini.

Hani, di saat Hash berkata dia ingin mengambil kedua2 nya sekali (CT n I) sebagai isterinya, I sudah redha dan ikhlas atas keputusannya itu. I yakin dosa2 yg kami bertiga lalui akhirnya dapat kami simpulkan ke arah kebaikan, dan selepas CT pergi, I juga tetap mengizinkan dia utk bernikah dengan sesiapa saja yg disukainya. Berkawanlah dengan janda, andartu seperti I,  namun berlaku jujurlah pada I sebagaimana jujurnya dia tentang kisahnya bersama CT. I am a very open minded person, insyaALLAH I bole menerima apa saja keadaannya namun ada juga batasan buat I. I sama sekali tidak boleh menerimanya sekiranya dia bercinta dengan isteri orang. Terus terang Hani, I approached u hari tu kerana I tidak mahu dia mengecewakan atau mempermainkan u, kerana i tahu hakikatnya dia amat suka berkawan dengan isteri orang. Tidak ada commitment, kalau mengandung pun tidak ada masalah kerana status isteri dan juga perhubungan itu tidak smpai memecahbelahkan rumah tangga isteri tersebut dan padanya itu bukan satu kesalahan. Mungkin dia lupa atau tidak menyedari, andainya dia beristeri satu hari nanti dan isterinya juga melakukan perkara yg sama, apakah dia boleh menerima itu semua.

Dan buat u Hani, I tidak tahu apa penderitaan yg u tanggung selama ini, but I yakin ianya sesuatu yg amat berat dan x tertanggung oleh u. Mengenali Hash I dapat rasakan u bahagia dan rasa ‘relief’ kerana dia amat memahami. Faham perasaan sorang perempuan yg menanggung penderitaan sekian lama, I tidak menyalahkan u juga, mungkin niat u hanya utk berkongsi/mengadu masalah pada mulanya namun dalam masa yg sama apa yg telah berlaku tidak dpt dielakkan. Kemesraan, keserasian u bersama Hash makin hari makin kuat dan akhirnya u juga menyayanginya. I juga tidak mahu menjadi penghalang utk u dan dia, sebab itulah I pohon sebelum ini, andainya u merasa bahagia dan menemukan kebahagian itu, carilah jalan yg terbaik buat u dan dia, jgn berterusan begini. I rela dan I redha melepaskan dia demi utk kebahagiaan dia dan juga utk apa yg dia cari sebenarnya selama ini.

Apa yg dia cari dan apa yg dia inginkan sebenarnya dari kehidupan dia selama ini? Selama mana lagikah dia akan berterusan begini, usia bukannya makin muda, di usia ini lah sepatutnya pertimbangan makin bijaksana.  Cinta dia hilang dan dia merasa amat kecewa tapi jgn dibiarkan begitu saja, punah dan sia2 saja kehidupan ditengelami keseronokan yg tiada kesudahannya. I yakin dia bukan sahaja menyayangi u malah mungkin u juga pengubat cinta dia yg hilang. Hani, bantu lah dia.  Tangan I sudah tidak dapat lagi menarik dia dari lorong yg gelap itu, tangan I sudah tidak diperlukan. I yakin u sorang isteri, ibu dan perempuan yg baik dan mampu membuatnya berubah.  Hati, perasaan dan ingatannya buat masa ini hanyalah pada u, Hani. Jiwanya kini kosong, hatinya kosong dan hidupnya kosong bersama I. I ada bersamanya kerana anak2, kerana makan, minum, pakainya berjaga. Itu sahaja.

Hanya itu saja yg dapat I perkatakan tentang Hash, terlalu byk ceritanya tapi I rasa tidak wajar utk bercerita kerana I yakin, seandainya u ikhlas menyayanginya, insyaALLAH kebenarannya pasti akan terlihat juga satu hari nanti seperti apa yg telah I ketahui kini. Alhamdullilah kerana masih belum ada ikatan lagi bersamanya dan CT ternyata perempuan yg bertuah kerana melepasinya kemelut ini. Mungkin CT juga tidak mengetahui sebanyak mana yg telah I ketahui dan andainya dia menderita atas tindakannya meninggalkan Hash, itu adalah perkara yg terbaik dalam hidupnya. Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya.

I sudah pun membuat keputusan utk meninggalkannya dan keluar dari rumahnya secepat mungkin, namun I masih meminta pertolongannya kerana I menghadapi masalah utk ke tempat kerja. I ceritakan semua ini kepada u Hani, utk u fahami dan utk u buka hati u seikhlas2nya. I tidak ada sebarang niat yg tidak baik, berdendam atau marah. Tempohari semasa kita bertemu di ruang lobi itu,  I ingin menangis tapi rupa2nya tidak ada setitik pun airmata I jatuh. Di malam tahun baru, ALLAH menunjukkan kebenaranNYa dan I akur bahawa I perlu ‘berhijrah’.  Selepas ini, jgn lah u risau atau menjaga waktu2 utk u berhubungan dengannya. Sedar selama ini dia dan u tercari2 masa yg sesuai utk berhubungan. I harap u jadilah ‘teman’ yg terbaik utknya dan fahami dan terimalah dia seadanya. Jodoh kami mmg tidak ada, dan hatinya juga bukan utk I.

Mmg benar, I terlalu meyayangi dan i dolove him very2 much, namun dihatinya tiada I rupanya. Hakikatnya kejadian kelmarin menyedarkan I bahawa I mesti mengundurkan diri dari hidup Hash. Dia tidak memerlukan I dalam hidupnya. Andainya dia berterus terang sejak dari dulu, tidak lah smpai begini jadinya.

Hani my dear, I pohon maaf atas segala kata2 I sebelum ini, baik di dalam email mahupun di dalam sms, pasti ada yg terguris dihati you, maafkan lah i, sesungguhnya sebagai manusia kita tidak lekang dari melakukan kesalahan. Jangan risau, I tidak lagi akan menganggu perhubungan anda berdua. Tidak ada perasaan marah, benci mahupun dendam. I juga sorang perempuan seperti u. I percaya setiap yg berlaku ada sebab2nya dan ada hikmahnya, we are human being, masing2 ada cerita tersendiri dan kekurangan diri. I terima semua ini dengan hati yg redha, semuanya adalah ketentuan Illahi.  Insya’ALLAH dengan seikhlas hati I mendoakan kebahagiaan dan yg terbaik buat Hani dan juga paling utama buat Hash. Carilah satu kepastian dan ketentuan dalam kehidupan dengan usia kita yg semakin pendek ini. Muga ada sinar kebahagiaan dan muga kebahagiaan milik anda berdua dan semuga apa yg kita cari selama ini dapat kita temui.

Terima kasih atas segala2nya dan muga kita semua akan dapat menemui kebahagian dan keredhaanNya. Insya ALLAH.


Salam penuh kemaafan dan ikhlas

zanna

sk :

Keikhlasan terserlah dalam email ini, namun jalan yang dilalui oleh Zana amat berliku, semoga kehadiran tahun baru ISLAM ini, memberikan satu sinar yang indah buat Zana. Bersabar dan redha menghadapi semua ini. Saya percaya zana amat kuat untuk memikul beban rasa ini kerana setiap apa yang terjadi merupakan bukti tuhan amat menyayangi kita. Tuhan tidak akan menurunkan sesuatu dugaan itu pada kita bila kita tidak mampu untuk menanganinya dan pastinya hikmah yang tersurat dalam dugaan itu amat indah balasannya. Kepada Zana, terima kasih yang tidak terucapkan dari saya kerana mempercayai saya  dan membenarkan saya menebitkan email yang indah ini buat tatapan  pengunjung blog saya. Anda adalah rakan yang terbaik yang pernah saya miliki dalam alam maya dan semoga apa yang ada diantara kita akan berkekalan. Amin...Salam MAAL HIJRAH...BERSAMA KITA BERHIJRAH UNTUK KEBAIKAN BUAT SEMUA.....ARAMAITIII.....

FROM SABAH WITH LOVE


No comments: