Monday, 21 February 2011

Biarkan aku terbang tinggi dan pergi jauh

Langkahku semakin jauh. Aku terbang tinggi, melintasi lautan, jauh diseberang sana. Namun aku tidak bisa lari dari dirinya. Lebih-lebih perlakuannya padaku yang 'memang kuarang ajar'. Aku pernah menghormati dirinya. menyanjungnya sebagai seorang yang aku sayangi. Tapi kini bukan dia yang aku kenali. Jauh berbeza. Seharusnya aku terbang tinggi dan pergi jauh sejak dulu...tapi aku tak mampu..gagal melupakan dirinya. Gagal total kerana dia telah memberikan aku sejuta rasa dalam kehidupan ini. Berapa kerap pun dia menyakiti hati dan tubuhku aku sentiasa memaafkan dirinya . Aku sentiasa menerima dia semula biar pun air mata masih menitis dipipiku. Alangkah bodohnya aku...memang aku seorang wanita yang teramat bodoh. Menyintai seorang lelaki dalam dunia ini sedangkan diluar sana aku tahu ada hati yang menungguku. Tapi biarlah kerana aku pernah berkongsi segalanya dalam hidup ini. Namun perlukah aku menuggu terlalu lama? perasaan itu telah aku lupuskan. Aku buang jauh. Aku tinggalkan nuuuuunnnn di sana. bagiku itulah yang terbaik walau pun aku terluka. biarlah...biarlah...Memaafkan memang amat mudah..tetapi melupakan semua apa yang terjadi terlalu sukar. Aku sukar melupakan semua apa yang dia lakukan. Ianya menjadi igauan ngeri ketika aku tidur dan jaga.entah ilmu apa yang digunakan untuk aku melupakan dia secara total. Ketika aku mengadap yang MAHA ESA sku cuma mampu menadah tangan padaNya betapa aku begitu kerdil dan tak mampu untuk pergi. Kenyataannya, biar pun aku telah terbang jauh dan pergi...aku akan kembali padanya dan mengutip dia semula dan menyimpan dia jauh disudut hatiku dan dia akan bersikap SAMA seperti dulu. menyakiti hatiku dan tubuhku. BODOHNYA AKU...membiarkan diri jadi SAMPAH dimatanya. Aku terfikir, bolehkah seorang itu menukar taqdir dirinya, dan aku sering kali berfikir adakah ini qada dan qadar diriku? berdosakah aku bila aku mempersoalkan qada dan qadar ini?. Keimanan yang sememangnya tipis rasanya jadi goyah dan hampir rapuh bila aku berada dalam keadaan ini. Tuhanku..jangan biarkan aku JAUH DARIMU...biarkan aku terbang tinggi dan pergi TETAPI jagalah diriku kerana aku amat MEMERLUKANMU dalam melayari kehidupanku yang semakin singkat. Aku tahu, cepat atau lambat, aku pasti akan pergi selamanya. Tapi bila dan dimana, hanya ENGKAU yang tahu...ampunkan diriku ya tuhan....

No comments: