Thursday, 7 April 2011

BIAR DIA TAHU BAHAWA AKU BUKAN YANG DIA KENAL DULU......

Hampir sebulan baru aku membuka blog ini. Aku rasa tidak ada gairah untuk meluahkan apa yang aku rasakan kini setalah ada orang yang berkata bahawa dia dapat melihat semua apa yang aku ada dalam mana-mana site yang aku ikuti...Ada rasa bangga bila dia memberitahu padaku berkenaan penemuannya...tetapi, pada masa yang sama aku jadi takut bila dia dapat mengetahui semua aktiviti yang aku ada. Kenapa aku perlu takut? bukankah aku tidak bersalah padanya? atau kerana aku merasa, aku sudah tidak punya hak mutlak lagi dalam kehidupanku? Seharusnya aku rasa suka dan senang sekali, sekurang-kurangnya ada insan yang sudi ambil tahu berkenaan diriku..tetapi aku menjadi benci dan meluat dengan sikapnya. Dulu aku lari dari lelaki yang suka menggongkong hidupku dan menjadikan aku seakan cuma pemuas nafsu semata. Apa bila aku mengenal dirinya aku menemukan kelainan padanya..dia berbeza dari lelaki lain yang aku kenal..Aku bangga dengan dirinya meski pun dia pernah melukakan hatiku. Tetapi apa bila aku dengan dia menjalinkan hubungan semula..aku seakan tidak mengenali dirinya semula...dia berbeza dari yang aku kenal dulu...Bagiku dia umpamakan atau lebih tepat lagi hampir sama dengan mereka yang ada diluar sana. Kenapa ye aku berperasaan sedemikian sedangkan aku cukup menyayangi dirinya..bahkan tidak keterlaluan bila aku berkata bahawa aku amat menyintainya. Tetapi mengapa aku kini seakan bosan dengan dia, aku jadi muak dengan apa yang diperkatakannya. ....seolah dia bukan lagi milikku..bahkan hatiku seakan jauh dari dirinya....aku cepat tersinggung dengan apa yang diperkatakannya....mmmmm....tapi hakikatnya aku merindukan dia...rindu sangat...

Ketika aku bergelut dengan segala karena anakku, aku berdepan lagi dengan hal aku dan dia. Huhuuhuhuhu....mungkin ada baiknya aku tidak perlu memikirkan insan yang bernama lelaki..ehheheh tetapi anak-anakku semua lelaki...hakikatnya aku tidak bisa lari dari mereka. Aku amat memerlukan mereka, Cuma kemungkinannya aku tidak pandai menakluki hati mereka termasuk hati anak-anakku.....Entahlah...sukar aku memikirkannya..rasanya aku jadi sukar tidur bila memikirkan hal ini..Aku bertekad untuk menutup pintu hatiku untuk sesiapa...Biarlah aku sendiri...dulu pun aku sendiri, bila aku mempunyai seseorang yang aku sayang..aku jadi manja dan sentiasa jadi seorang penanti..tetapi bila aku sendiri...aku tidak akan memikirkan sesiapa dan aku tidak akan menunggu sesiapa...Sekurang-kurangnya setiap apa yang aku lakukan , tidak akan melukakan hati orang lain.


Untukmu yang aku sayang dan cinta, iznkan aku menyimpan sedikit rasa rindu buatmu disana...maafkan aku bila aku pernah melukakan hatimu, maafkan aku bila aku tidak seperti yang kau harapkan, maafkan aku kerana aku gagal menjadi seperti yang kau inginkan, maafkan aku bila aku pernah hadir dalam hidupmu dan menjadi bebanmu...maafkan kerana aku menyintaimu...Selamat tinggal....

No comments: