Friday, 23 September 2011

Cinta dan Airmata

Lama aku tidak berbicara disini. Meluahkan apa yg aku rasa. Selama aku tidak meluahkan rasa hatiku, rasanya aku begitu terasing jauh dari sesiapa. Menyendiri tanpa alasan. Sebenarnya bila aku berbicara disini, sekurang-kurangnya aku seolah-olah aku punya teman. Kerana hanya disini aku boleh membiarkan diriku berbicara tanpa noktah dan sempadan walau sebenarnya aku kesendirian dialam maya ini. Tapi disinilah aku punya kebebasan yang mutlah tanpa sesiapa boleh mencegahku selagi aku tidak berbicara mengenai hal-hal yg menyinggung hak orang lain.


Selama aku menjauhkan diri dari dunia blog  ini, aku tidak tahu kemana aku harus meluahkan isi dan rasa hatiku ketika aku dalam situasi  yg menyedihkan. .dan aku seringkali memikirkan kenapa aku harus bersikap menyendiri ketika air mata adalah teman setiaku. Kenapa aku harus membiarkan diriku menjadi pelakon yang cukup baik dihadapan orang lain sedangkan jauh disudut hatiku..aku bukanlah seperti yang mereka lihat.



Bermulanya awal ramadhan tahun ini dan sehingga kini setelah syawal yang ke 24 (kalau aku tidak salah , perhitungan), aku belum bisa memberikan kegembiraan mutlak bagi diriku. Cinta dan airmata bermain dalam diriku dalam jiwaku. Semuanya bermula dari ulah anak bungsuku yang aku sangat sayangi. Kiranya tahun ini aku amat gembira kerana aku dapat menyambut ramadhan bersama anak-anakku dibumi rantauan. Biar pun jauh dari sanak keluarga dan budaya kami aku merasakan tahun ini amat bermakna baginyku..namun apa yang aku rasakan cuma ilusi yang menjadi igauan ngeri bagiku. Konflik bermula antara anak bungsuku dengan ayahnya. Tragedi yang hampir meragut nyawa orang-orang yang aku sayang sangat menyentuh hatiku. Aku tersepit diantara mereka berdua. cintaku pada anakku tentunya melebihi dari segalanya namun pada masa yang sama aku juga menyayangi ayah kepada anakku melebihi rasa sayangku pada diriku sendiri.Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Kemungkinan adalah salahku sendiri. Entahlah...

 Ketika syawal menjelma..aku merayakan raya ini tanpa hidangan raya kerana aku jauh dari mereka yang aku sayang..Semuanya kerana aku Cintaku pada anak sulungku yang tidak dapat berraya dikampung halamanku, justeru aku harus menemani dia dsini.







No comments: