Tuesday, 17 January 2012



Dosa  yang  dilakukan  dan kelalaian dalam mengingati Allah 
akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini 
akan  menyebabkan  diri manusia itu semakin jauh dari Allah 
dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Kebersihan  batin  penting  bagi  umat  Islam  bagi  menjadikan 
dirinya 
insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan 
membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat 
iaitu  dengan  cara  bertaubat  dan membersihkan hati daripada 
akhlak tercela.

iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat 
keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Rasulullah bersabda: 
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi 
yang  dirosakkan oleh air.  Seorang  sahabat  telah  bertanya, 
"Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" 
Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan 
membaca Al Quran."
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar).

Rasulullah bersabda :  
"Seseorang  yang tiada  mempunyai  sebarang ayat (Al Quran) 
dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." 
(Riwayat At Tirmizi.)

No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

Copy n paste from :

No comments: