Tuesday, 10 January 2012

Langkah yang usang

Hari ke10 aku ditahun 2012..enak dan menggembirakan. Meski pun baru beberapa hari aku melangkahkan kaki ke tahun ini, sudah ada peristiwa yang bisa meninggalkan  kenangan yang mencuit hati. Berakhirnya minggu terakhir ditahun 2011 yang lalu, aku mengambil satu keputusan yang boleh mencorakkan hari-hariku ditahun ini. Kota Kinabalu, kota yang aku sayangi, seandainya bisa berbicara pastinya akan melaungkan pada dunia bahawa pada detik 26 December 2011, aku melakarkan coretan tinta biru namun bersalut 'merah' didalam sebuah kamar bernombor 911, di sebuah hotel yang berprestige...aku menutup tirai 2011 dengan hari yang membara dan berdarah. Ada hati yang bersenandung indah ketika itu, dan pada masa yang sama ada hati yang dibohongi. Pastinya kotaku ini akan melaungkan pada dunia ' lihatlah dia..betapa bahagianya dia tanpa memikirkan hati org yang terluka'. Bagiku saat itu, aku tidak perlu memikirkan hati orang lain kerana aku sudah terlalu lama menjaga hati orang lain tanpa memikirkan hatiku sendiri. Kesempatan yang aku miliki aku pergunakan dengan manfaat yang ada. Aku kuras habis tanpa menoleh kebelakang, aku lupakan dosa yang tercalit dalam indahnya panorama malam kota Jesselton. Aku menutup tirai 2011 dengan hati yang berbunga indah tanpa aku sedari bahawa bunga yang mekar dalam taman hatiku adalah bunga yang melukakan jemariku sendiri....sekaligus melukakan hati orang lain.
Dan..bila 2012 bertandang, aku dengan megahnya melangkah dengan pasti, bahawa 2012 bisa memberikan aku sejuta kebahagian. Aku yakin dan pasti bahawa tuhan sentiasa melindungiku dari segala anasir yang merugikan diriku. Meski pun langkahku adalah langkah yang usang...namun aku akan menuju destinasi yang meberikan aku pulangan yang membahagiakan. Aku tahu dalam langkahku ini pastinya ada unsur-unsur yang memerlukan aku berhati-hati. Mana tahukan aku menemukan titian usang...aku menemukan binatang buas yang mengancam keselamatanku.

No comments: