Wednesday, 29 February 2012

Sebuah Hati Yang Karam

Antara dedaunan yang menghijau,
Ada sosok wajah melangkah dan berlari mengejar merpati,
Putih dan suci antara wajah,
Merah dan biru membakar jiwa.

Antara dedaunan yang menghijau,
Ada bunga yang sedang mekar, kembang dan semerbak harum,
Layu dan gugur bersama tangkai,
Hitam dan Jingga melakar jiwa.

Antara dedaunan yang menghijau,
Ada hati yang sedang lara dan berbisik pada angin lalu
Sosok siapakah didalam sana
Melambai dan berlalu tanpa kata
Membakar mata, menangis jiwa.......sepi dan sunyi
Bila dan dimana nokta itu berakhir.

Antara dedaunan yang menghijau,
Ada janji yang terpateri dan mengukir kata indah namun dusta
Hati siapakah yang terluka,
Berlalu dan pergi tanpa nyawa
Berbicara dan tersenyum mengukir tinta
Siapakah yang tertawa dan terhibur?
Aku atau dia,
Dia atau Kamu,
Kamu atau aku.....
Kapan dan dikamar manakah gelora itu berakhir?

Antara dedaunan yang menghijau,
Aku masih bisa melangkah dan berlari jauh....dan jauh...namun dekat padamu
Aku masih bisa berdiri dan berpaut pada dahan yang rendang namun rapuh
Aku masih bisa tertawa dan tersenyum pada kedukaan yang lalu
Aku masih bisa berbicara dan berkata pada lembaran hati
Antara dedaunan yang menghijau,
Aku masih menunggumu walau seribu tahun tanpa jemu....


Nukilan rasa:
Kembara Tawau
ria shyam shyina sabdu (riana67)
Desa Lanchang, Temerloh, Pahang
29/02/2012
11.40 malam

Selamat tinggal Febuari...

Tuesday, 28 February 2012

Febuari

Esok hari terakhir aku berada dalam bulan Febuari 29 / 02 /2012. Tarikh 29 hanya 2x dalam tempoh 4 tahun akan bertandang..entahlah dimasa akan datang..adakah aku masih punya kesempatan untuk menikmati tarikh tersebut. Febuari bagi setengah orang adalah bulan kasih sayang. Bahkan setengah orang meraihkan bulan kekasih ini dengan meriahnya...tetapi aku tidak meraihkannya meski pun ucapan dari beberapa orang kawan yang aku kenal dan tidak kenal bertandang tidak berjawap dariku. Aku sebenarnya ingin juga meraihkan hari tersebut dengan insan tersayang...tetapi aku tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi kebahagian tersebut..huhuhuhu...miskinkan aku? miskin kasih sayang.

  
Esok sepatutnya adalah hari lahir seorang sahabatku yang baik..dulu dia adalah insan yang sangat menjaga aku. sangat menghormati aku. Bahkan sentiasa menjaga kewanganku. Aku ingin sekali mengucapkan selamat menyambut hari kelahirannya esok seperti hari-hari dulu sebelum sengketa melanda kami...Dia merajuk. Mungkin salahku sebab tidak menghargai dirinya sedangkan dia cukup menjaga hatiku. Aku sebenarnya amat menyesali perbuatanku. Bahkan seringkali aku memohon maaf padanya sebelum aku berpindah ketanah Malaya ini, namun dia tidak pernah memperlihatkan akan memaafkan aku, bahkan menjawap salamku pun dia enggan. Betapa aku sangat kehilangan dirinya. Sehingga kini, aku belum lagi menemukan kawan, sahabat sebaik dia. Ramadhan tahun lalu, aku menerima ucapan selamat hari raya darinya. Sungguh aku terhibur dan terharu menerima email darinya. dengan ayat yang sederhana dan mengesankan, dia memohon maaf padaku. Hatiku berdetik, pastinya dia juga merindukan aku sebagaimana aku rindu padanya. Sebagai sahabat setiaku dulu, dia adalah insan yang sangat memahami perasaanku. Demikian juga aku. Bahkan sehinggakan kami digelar sebagai pasangan sejoli (sedangkan kami sebenarnya bukan pasangan kekasih). Usia antara aku dan dia berbeza, aku lebih tua darinya tua 5 tahun. Bahkan dihadapan orang lain dia memanggilku sebagai kakak dan aku cuma menyebut namanya HALIM MARJAN @ Lim...

Doa Ketika berduka cita dan sedih

Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.




Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Monday, 27 February 2012

Salam




 












Assalammu'alaikum waramahtuhllahi wabarakahtuh 
and
GOOD MORNING & HAVE A NICE DAY…..


 

Semuanya kerana dia

Walau jam sudah menunjukkan kul 4 pagi, tapi aku masih gagal untuk melelapkan mata. Mataku cukup letih sebenarnya. Namun hati dan jiwaku cukup degil...tidak memahami kehendak mataku yang ingin beradu. Hatiku cukup gelisah dan jiwaku dalam keadaan stress. Sebenarnya aku tidak perlu mengalami tekanan seperti ini jika aku bisa menerima hakikat  bahawa setiap kejadian tuhan itu pasti ada hikmahnya. Bahkan aku ingin sekali bersujud padaNYA ketika ini tetapi aku gagal melaksanakannya. Hatiku berkata-kata, kenapa cuma aku yang sentiasa mengalami nasib seperti ini..Aku seakan mempersoalkan nikmat tuhan yang diberikan padaku. Aku sepatutnya wajib sembayan taubat bagi membuang syak wasangkaku pada YANG MAHA PENCIPTA. Aku cukup berdosa padaNYA. Tetapi dosa apa lagi yang aku tidak lakukan? bukankah aku ini antara hambaNYA yang gagal menjadi mengikut ISLAM yang sebenar. Aku cukup sedar bahawa aku telah tergelincir dari landasan yang sebenarnya walau pun aku tidak terpesong jauh. Aku cukup memerlukan seorang yang bisa membimbingku dalam semua aspek. Lebih-lebih aspek agama dan ilmiah. Aku tidak ingin melangkah lebih jauh dalam arena 'tergelincir'.

Sebenarnya aku stress cuma kerana aku sedikit kecewa. Katalah bukan sedikit, tetapi cukup kecewa. Aku ingin ungkapkan kekecewaan itu pada seseorang...tetapi ikhlas aku cakap, bahawa aku tidak punya seorang kawan atau sahabat yang bisa aku percaya dalam meluahkan segala gundah gulanaku...mengungkapkan setiap resah gelisahku atau pun aku ingin sekali ada seorang insan yang aku bisa menangis sepuas-puasnya dibahunya..dalam dakapannya..atau pun seorang yang bisa menjadi pendengar setiaku dalam aku berduka. Tetapi sampai saat ini, aku gagal memperolehi nikmat itu. Mungkin juga ada yang sudi menjadi pendengar setiaku, tetapi aku ragu, mana tahu setiap inci rahsia hatiku menjadi intipati gosip dalam kehidupannya. Aku cuma menjadi pelawat setia dalam laman sosial www.facebook.com/riana67

Sunday, 26 February 2012

Sesaat kau datang dalam hidupku


Sesaat kau datang ..mengubah hidupku
Aku susah melepakanmu kerana aku manusia biasa
Sesaat kau hadir dalam hidupku, betapa aku begitu terluka, namun apa dayaku..siapa aku dalam hidupmu? aku bagaikan pungguk rindukan bulan...sesaat kau datang, membuatkan hari-hariku begitu indah. Aku tak mampu untuk berkata-kata. Sesaat kau datang...melukakan hatiku,...Sesaat kau datang...umpamakan sinaran bulan dalam hidupku..namun cuma seketika. Aku cuma ingin bersamamu walau cuma sesaat kau datang padaku...

Friday, 24 February 2012

HAPPY DAY



When you are sorrowful look again in your heart, 
and  you  shall see that in truth you are weeping 
for that which has been your delight.

Your  living is determined not so much by what 
life brings to you as by the attitude you bring to 
life, not so much by what happens to you as by 
the way your mind looks at what happens

It is wrong to think that love comes from long 
companionship  and  persevering  courtship. 
Love  is  the  offspring of spiritual affinity and 
unless  that  affinity  is  created in a moment, 
it will not be created for years or even 
generations

By Kahlil Gibran 
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

Wajah terkini...huhuhuhu..

Dalam penerbangan bersama anak 

Lepak seorang dalam bilik hotel Mandarin Pacific 

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Jalan-jalan cuci mata kat semenanjung Maalaya 



Thursday, 23 February 2012

 

Assalammu'alaikum waramahtuhllahi wabarakahtuh...dan Selamat Pagi
 
Bismillah-ir Rahman-ir Rahim       
7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


 Copy from email:
Kembara Tawau

Wednesday, 22 February 2012

Aku ....Dia ....dan....Kamu

Tarikh itu semakin hampir denganku, namun hatiku seakan berbelah bagi antara ya dan tidak. Mulanya aku ingin merahsiakan perkara ini darimu, namun aku tidak tergamak untuk menjadi seorang pendusta dalam perhubungan kita. Aku tahu, mengatakan yang benar itu amat pahit untuk di telan sebenarnya. Namun kenyataannya, yang pahit itu adalah terapi minda dan jiwa dalam menujuh kebenaran. Memang sakit untuk ditelan. Justeru itu aku menyatakan padamu biar pun aku sebenarnya ingin sangat agar kamu tidak tahu. Tapi seperti biasa, aku bukanlah pendusta kelas atas. Apa yang aku pasti, setelah aku menyatakan hal yang sebenar, riaksi darimu amat membuatkan aku teruja. Aku tidak tahu adakah riaksi itu cuma sandiwara mainan darimu. Tapi aku benar-benar terperangkap dalam hal ini. Aku jadi sukar untuk memilih antara kamu dan dia. Disisi lain aku menemukan kasih sayang darinya, yang mana selama ini aku tidak memperolehi darimu, Dalam kamus, dairi hatimu, aku tidak wujud. Bahkan sekian lama aku mendambakan dirimu, hatimu, sedikit pun kamu tidak menoleh padaku. Aku seolah tidak wujud. Memang pun aku tidak wujud dihatimu.

Tetapi aku memang dasar wanita tidak tahu malu (katalah wanita murahan, seperti anggapanmu dan anggapan kekasihmu), sentiasa mengejar dan menghubungimu meski puna kamu sememangnya tidak ingin aku berbuat demikian. Bahkan seringkali kamu tidak mengindakan panggilanku. Kenapa aku harus berbuat demikian sedangkan aku cukup sedar bahawa kamu tidak menyukai, menyayangi, dan menyintai aku? kenapa aku harus membiarkan diriku dilebelkan sebagai wanita murahan sedangkan pada hakikatnya aku bukan sedemikian? jawapannya mudah...'BAHAWA AKU SANGAT MENYINTAIMU' namun aku tidak berharga padamu bahkan nilai diriku lebih hina dari mereka yang hina dimatamu. Sebab itulah kamu tidak memandang aku sebelah mata pun. Namun perasaan itu masih milikmu meski pun aku tahu kamu menolak diriku. Sadiskan aku....menggadaikan diri dan maruah cuma kerana dirimu..

Aku menerima dia, kerana aku melihat dia cukup sabar dengan tingkalakuku. Meski pun aku bukan seorang wanita yang baik, tetapi dia dapat menerima aku seadanya. Bersabar menungguku. Bersabar mendengar keluhanku. Bersabar dengan segala titik permasalahanku. Bila aku berada dalam situasi buruk, dia sentiasa ada dekat padaku. Memberikan aku perlindungan dan memberikan aku kasih sayang, meski pun dia tahu bahawa aku tidak pernah menyintainya. Kesabarannya membuatkan aku memilih dia berbanding dengan cintaku. Aku cuba melupakan cintaku, mencuba untuk bersikap adil padanya. Tetapi seperti biasa, aku gagal sebenarnya...gagal total melupakan dirimu. Bahkan disaat menjelang hari bahagia itu, aku masih punya keinginan gila untuk bersamamu walau seketika cuma. Adalah satu bonus bagiku jika aku dapat bersamamu dalam sehari dua untuk terakhir kalinya sebelum aku menjadi milik orang lain. Sadiskan aku, murah sangatkan aku? sanggup melakukan apa pun demi kamu (bukan demi kamu) tapi demi cintaku padamu. Aku tahu, kemungkinan besar, pertemuan yang bakal terjadi antara kita (jika ditakdirkan) pastinya terukir satu dosa yang mana sebelum ini pernah terukir diantara kita. Tetapi aku tidak peduli semua itu. Dosa bagiku antara aku dan Tuhan. Apa yang aku rasakan sekarang adalah gelojak asmaraku padamu. Saat ini aku ingin sangat berada dalam pelukanmu meski pun diluar sana...ada hati yang terluka dengan tindakanku. Maafkan aku jika ini melukakan ....
Nukilan seorang wanita yang bakal menamatkan kemarau panjang dalam kehidupannya. Cuma sebagai bahan tatapan. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Baik yang hidup atau yang mati..heheheh...

aramaiti :
Riana67
Kembara Tawau
22/02/2012
6.10pm
Titik tengah Semenanjung Malaya.

Monday, 20 February 2012

Adira dan Hafiz-Ombak Rindu lirik

Walau jam telah menunjukkan hampir dini hari, tapi mata ini masih enggan untuk lelap. Biar aku tahu kenapa namun aku masih ingin menafikan hakikat sebenar. Hati dan minda ini berlegar merindukan dirinya...dia yang jauh dariku. Walau sebenarnya jasad ini bisa dimiliki oleh orang lain namun aku masih gagal untuk melupakan dirinya. Justeru aku jadi insan yang sedikit keliru, kenapa aku harus menyerahkan diriku pada orang lain sedangkan hakikatnya jiwaku adalah milik dia yang kurindu saat ini. Perlukah aku bermain dengan api?

Saturday, 11 February 2012

LUAHAN HATI DUA WANITA

Aku menjejakkan kaki di daerah ini beberapa bulan yang lalu, walau aku adalah warga baru dalam komuniti mereka..aku dapat menawan hati penduduk disini. Mungkin kerana aku memang dilahirkan sebagai seorang yang peramah.. Anugerah tuhan padaku yang memang amat aku manfaatkan bagi kelangsungan hidupku. Sebagai orang baru disini, aku berusaha agar mereka pribumi disini dapat menerima aku seadanya, meski pun mereka tidak melayanku dengan baik, bagiku sudah memadai jika mereka dapat tersenyum padaku ketika aku terserempak dengan mereka dimana-maa. Alhamdulillah aku mendapat lebih dari apa yang aku harapkan, penduduk dsini menerimaku lebih dari apa yang aku harapkan..bahkan mereka melayanku dengan baik sekali.

Dalam aku menjalani kehidupan disini yang bagiku menyenangkan , walau sebenarnya tidak berapa indah bagiku, aku mengenali 2 orang wanita yang berbeza wajah..berbeza identiti dan tingkah laku. Aku menjadi kawan kepada mereka (walau pun sebenarnya mereka bukan seorang sahabat yang baik). Apa yang aku ingin sampaikan disini bahawa kedua-dua wanita itu , punya masalah yang sama..punya keinginan yang sama..naluri yang sama tetapi citarasa yang amat berbeza. Dari pergaulan dengan mereka, aku dapat mengutip pengalaman dan pengajaran hidup yang amat bermakna. Meski pun mereka bukan datang dari golongan terpelajar, tetapi mereka memberikan aku satu pelajaran dan pengajaran yang sku tidak dapat beli dimana-mana sekolah atau pengajian tinggi didunia ini. Pada masa yang sama aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada,

Aku mulakan dengan wanita yang pertama.....
Aku mengenali dirinya dengan nama Shah (bukan nama sebenar). Seorang ibu tunggal (Janda kata sensasinya). Seorang wanita yang punya wajah yang sedap mata memandang walau pun bukan dalam kategori cantik dan menawan. Anak 5 orang dan telah gagal dalam perkhawinan sebanyak 3 kali. Berkerja dalam satu syarikat swasta dalam bidang pembersihan. Apa yang menariknya dalam diri Shah, dia sanggup menyara 5 orang anak dengan tulang 4 keratnya tanpa meminta bantuan dari mana-mana pihak diluar sana. Setelah 17 tahun berlalu dia membesarkan kesemua anak-anaknya dia jatuh cinta dengan seorang lelaki (suami orang). Setelah menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut selama 3 tahun, lelaki tersebut tidak mengambil dia sebagai isteri yang sah walau pun pengorbanan Shah pada lelaki tersebut sangat besar (menurut kata Shah) pengorbanan bagaimana yang dia maksudkan aku sendiri tidak ingin ambil tahu, tetapi kelihatannya Shah sangat terpukul dengan keputusan lelaki tersebut kerana menurut Shah itu adalah soal maruah dan harga diri dimata masyarakat. Dia mengejar lelaki tersebut dengan segala usaha yang dia ada, termasuk meminta aku menemui lelaki tersebut untuk memberi tahu pada lelaki itu bahawa dia sanggup lakukan apa saja demi hubungan mereka. Huuuuhhh!!!..aku jadi berpeluh juga bila dia memohon sangat untuk aku melakukan tugasan tersebut. Bukan apa, aku tidak tahu apa sebenarnya sengketa mereka sehinggalah terputusnya hubungan yang khabarnya sangat menarik. Walau bagaimana pun aku terpaksa juga menemui lelaki tersebut (kebetulannya lelaki itu adalah rakan sekerja). Aku pun sebagai seorang kawan, bertanya pada lelaki itu kenapa hubungan mereka terputus sedangkan Shah sangat mengharapkan perhubungan itu sampai kedestinasi tujuan mereka.Lelaki itu menjelaskan sinopsis hubungan mereka dengan terperinci..sekaligus menjelaskan kenapa dia membatalkan rancangan perkhawinan mereka. Aku terkedu mendengar penjelasan lelaki tersebut dan tidak tergamak untuk menerangkan pada wanita itu, apa sebab musabab hubungan mereka kandas ditengah jalan. Kesimpulan yang aku ambil tiada jodoh, hehehehe simple..tapi bukan semudah itu sebenarnya. Biar aku simpan sebagai pengajaran bagiku.

Kini aku mulakan dengan wanita kedua...
Aku mengenalinya lewat laman sosial. Dia mendaftarkan aku sebagai kawan FACEBOOK. Maklumlah dunia moden, ibu-ibu tunggal semua celik IT. Aku sendiri hairan kenapa wanita itu sangat meminati aku, mengikuti setiap tulisanku dalam mana-mana site yang aku join. Memberikan komen-komen yang bagus pada setiap pembuka kata dalam muka depan profileku. Kadang-kadang aku berbangga dengan diriku sendiri, kerana ada insan yang sudi memberikan perhatian pada apa yang aku lakukan. Setelah aku mengenali dirinya beberapa lama, kami berjanji untuk berjumpa. Pendek cerita, aku dan dia bertemu diibu kota (Kuala Lumpur). Aku jadi berdebar ketika pertemuan pertama itu. Mengalahkan orang bercinta. Hehhehehe...
Ketika aku tiba ditempat yang telah dijanjikan, aku menunggu hampir 1jam, sedangkan katanya dia telah berada ditempat itu 1jam sebelum dia menelepon aku. Aku jadi agak gelisah. Aku memang bukan seorang penunggu yang baik.. Menunggu adalah perkara yang paling aku tidak gemar. Aku cuba menghubungi dia beberapa kali, namun jawapan yang sama dia katakan sekejap..sekejap..tunggu situ je...fuuuuhhhh...kalau beginilah semua manusia yang ingin menjadi sahabatku..dengan singkat aku menolak untuk menjadi sahabatnya. Pertemuan pertama saja sudah gagal dalam senarai seorang sahabat yang aku inginkan. itu adalah penilaianku. Bila dia tiba, dia dengan selamba bertanya padaku "sudah lama sampai", dengan muka dan senyum manis milikku, aku cuma boleh berkata " tak lama, cuma aku kena order minuman 2x" dia boleh gelak selambah. Pertemuan itu dimulakan tanpa basa basi, dia bertanya padaku, adakah aku mengenali nama  seorang lelaki yang memang aku sangat kenal kerana lelaki itu adalah mantan guruku semasa aku belajar di Sabah dulu. Bla...bla..bla..dia menceitakan episod dia dengan guru tersebut...katanya guruku itu adalah cinta pertamanya. So, dalam hatiku aku berkata, apa hubungannya denganku sedangkan aku dan guru tersebut tidak ada hubungan yang istimewa pun kecuali antara murid dan guru. Namun aku tidak meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Maklumlah aku sudah bosan dengan sikap yang ditunjukkan padaku. Wanita itu meminta aku jadi penasihat cintanya pula..eeeeeeee..aku jadi terkedu lagi..apa hal ini, kenapa aku mesti buat semua ini sedangkan aku tak ada kena mengena pun. Tapi seperti biasanya aku tidak dapat menolak permintaan orang meski pun hatiku berkata tidak (itulah kelemahanku).
Kedua-dua wanita tersebut semuanya ingin bersama dengan lelaki yang mereka cintai sedangkan lelaki-lelaki tersebut adalah suami orang. Bagiku, kenapa mesti suami orang? bukankah ramai lagi lelaki yang ada diluar sana. Apa sih istimewanya lelaki yang bergelar suami ini dimata mereka? Aku sendiri gagal untuk memberikan jawapan. aku cuma menasihati mereka bahawa, menyintai seseorang bukan bererti kita memiliki mereka. cinta tidak semestinya harus dimiliki...





Thursday, 9 February 2012

Pembedahan Buah dada yang menjadi ingauan wanita

Replacement of silicone breast implants

Despite the rapidly developing technologies in the field of medicine, breast augmentation and now - is a complex surgical procedure. As with other operations, there may be complications. There is also a risk of complications from the implants, the most common of which are violations of sensitivity, chronic inflammation, and the displacement of implants.

A. In the early 80-ies in the press has information on the possible development of breast cancer patients who underwent breast augmentation surgery. One of the largest manufacturers of implants was an American company «Dow Corning». Pictured: The surgeon prepares the patient for surgery to replace the defective implants.

Two. In 1998, the company recognized the bankruptcy after lengthy court proceedings and payment of claims from more than 170 000 affected women.
Since 1991, the market of plastic surgery could be heard about the French company Poly Implant Prothese (PIP), which produces a variety of medical products, annually producing more than 100,000 breast implants. Products of the company «PIP» acquired the status of exclusive. In the photo: The patient's chest is put special markings.
Three. According to the managers of the company, its products as a filler for implants used in the production of silicone gel vysokogezivny or saline. One of the main properties of the gel vysokogezivnogo is its low fluidity, which allows it to not flow out at break of the outer shell and retain a given shape under external loads. Outer shell of the implant further strengthened PIP special protection, eliminating the possibility of rupture or gel propotevanie out. In the photo: A woman is ready for operation
4. However, in 2009 the quality of implants PIP was in jeopardy because of the frequency of rupture of implants. In 2010 it was reported that the implants do not contain high-tech medical gel, and the usual industrial silicone, which costs no more than 10% of the price of this vysokogezivnogo silicone gel. In the photo: Doctor holding new implant, the patient will be installed.
Five. Soon was published about the woman's death, which happened because of lymphoma breast implants caused by PIP. At the end of December 2011 the French government recommended that more than 30 thousand French women to change the dangerous implants. In the photo: anesthetist prepares a woman for surgery. Surgical intervention of this kind are carried out under general anesthesia.
6. The risk of implant rupture PIP, according to some estimates, approximately 10% and the risk of leakage of silicone - 11%. However, removal of defective implant does not give 100 per cent guarantee to avoid complications. At the end of 2011 there were eight cases of mammary tumors in patients who removed the implant. To date, 672 have already performed surgery to remove the implants. In 43 cases the implants were damaged in the 14 - gel seeped through the outer shell. In the photo: Dr. commence operations.
7. Surgeons in nearly 70 countries around the world have used implants company «PIP» in the course of breast augmentation surgeries. And count the number of women whose health is threatened, it becomes unreal. According to some assumptions, the number of patients - more than 400,000. In the photo: women treated skin antiseptic.
Eight. In 2011 the company closed the PIP, its founder, Jean-Claude Mas Interpol has an international wanted list. In the photo: during the operation.
9. In the picture: Faulty Implant replacing a new one.
10. Pictured: The new implant patient set.
11. Pictured: The surgeon places sutures
12. In the picture: In the hands of the surgeon - the extracted low-quality implant.

Fikirkanlah jika mempunyai kemahuan untuk membuat pembedahan kerana bukan sahaja berdosa dari sisi agama tetapi risiko melakukan pembedahan ini amat tinggi.. 

Monday, 6 February 2012

To all my Dearest Friends, Hope this one brings you all the smiles...

Some of these are repeats but I bet they'll still make U smile!!
 
 
 
 

 
 
[]

 
 
[]



[]


[]

?

[]


[]


[]


[]


[]

That's why we love kids....God bless them all..!