Tuesday, 28 February 2012

Febuari

Esok hari terakhir aku berada dalam bulan Febuari 29 / 02 /2012. Tarikh 29 hanya 2x dalam tempoh 4 tahun akan bertandang..entahlah dimasa akan datang..adakah aku masih punya kesempatan untuk menikmati tarikh tersebut. Febuari bagi setengah orang adalah bulan kasih sayang. Bahkan setengah orang meraihkan bulan kekasih ini dengan meriahnya...tetapi aku tidak meraihkannya meski pun ucapan dari beberapa orang kawan yang aku kenal dan tidak kenal bertandang tidak berjawap dariku. Aku sebenarnya ingin juga meraihkan hari tersebut dengan insan tersayang...tetapi aku tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi kebahagian tersebut..huhuhuhu...miskinkan aku? miskin kasih sayang.

  
Esok sepatutnya adalah hari lahir seorang sahabatku yang baik..dulu dia adalah insan yang sangat menjaga aku. sangat menghormati aku. Bahkan sentiasa menjaga kewanganku. Aku ingin sekali mengucapkan selamat menyambut hari kelahirannya esok seperti hari-hari dulu sebelum sengketa melanda kami...Dia merajuk. Mungkin salahku sebab tidak menghargai dirinya sedangkan dia cukup menjaga hatiku. Aku sebenarnya amat menyesali perbuatanku. Bahkan seringkali aku memohon maaf padanya sebelum aku berpindah ketanah Malaya ini, namun dia tidak pernah memperlihatkan akan memaafkan aku, bahkan menjawap salamku pun dia enggan. Betapa aku sangat kehilangan dirinya. Sehingga kini, aku belum lagi menemukan kawan, sahabat sebaik dia. Ramadhan tahun lalu, aku menerima ucapan selamat hari raya darinya. Sungguh aku terhibur dan terharu menerima email darinya. dengan ayat yang sederhana dan mengesankan, dia memohon maaf padaku. Hatiku berdetik, pastinya dia juga merindukan aku sebagaimana aku rindu padanya. Sebagai sahabat setiaku dulu, dia adalah insan yang sangat memahami perasaanku. Demikian juga aku. Bahkan sehinggakan kami digelar sebagai pasangan sejoli (sedangkan kami sebenarnya bukan pasangan kekasih). Usia antara aku dan dia berbeza, aku lebih tua darinya tua 5 tahun. Bahkan dihadapan orang lain dia memanggilku sebagai kakak dan aku cuma menyebut namanya HALIM MARJAN @ Lim...
asal Kulai Johor. Bahkan bila dia ingin berkhawin dengan seorang gadis Sabah akulah tempat rujukannya tetapi aku seringkali mempersendahkan keupayaannya untuk memikat seorang gadis..heheheh...wajahnya pasti berubah bila aku mengusiknya bahawa dia seorang lelaki yang tidak normal pada wanita...jahatkan aku...

Bila aku dapat tahu dia sudah menikah dengan gadis lain (gadis Sabah) tanpa pengetahuanku, aku jadi terkedu dan marah padanya. Marah kerana dia bernikah tanpa pengetahuanku. Dia cuma selambah berkata ' aku da bagi tahu, engkau je yang tak faham '. Aku sebenarnya gembira dengan perkahwinannya tetapi aku sedikit cemburu pada isterinya bila masa dan hidupnya tidak lagi bersamaku. Bahkan akibat perkahwinannya itu, aku melepaskan marah padanya dan insiden itulah yang memisahkan kami. Betapa aku rindu padanya saat ini..esok adalah harijadinya. Siapa sangka, dia yang seorang yang warak dalam agama boleh menjadi rakan baikku ..bahkan sahabatku. Pribadi kami berbeza, dia dalam bidang agama dan aku dalam bidang yang lain. Dia warak dan aku sosial. bagaikan langit dan bumi. Tetapi dalam persahabatan kami, jurang itu bukan penghalang. Bersamanya aku mengenali solat 5waktu. Dia bahkan menyediakan aku sepasang telekung dalam keretanya untuk kegunaanku bila waktu solat tiba. Dia tidak suka jika aku memberikan alasan bahawa aku tidak bawa telekung....Dia boleh marah padaku jika aku tidak melakukan solat...Dan bila kami keluar bersama, dia boleh memberi teguran padaku dengan berkata pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat. Sehingga kini aku belum menemukan lagi sahabat sedemikian. 

Febuari, semoga sahabatku yang entah dimana sekarang berada tetap dan sentiasa mendoakan aku. Disaat aku berduka dan bersedih seperti ini, aku sangat-sangat merindukan dia. Seandainya dia ada, pasti esok kami meraihkan hari lahirnya dan pastinya aku mendapat hadiah darinya. Bukan aku yang memberikan dia hadiah tetapi dia yang memberikan aku hadiah dengan membawa aku makan direstoran kegemaranku dan melayanku bagaikan permaisuri. Indahnya saat itu...tetapi dimana dia kini...SELAMAT HARIJADI SAHABATKU, SEMOGA TUHAN SENTIASA MEMBERKATI HIDUPMU. AKU RINDU PADAMU

No comments: