Saturday, 11 February 2012

LUAHAN HATI DUA WANITA

Aku menjejakkan kaki di daerah ini beberapa bulan yang lalu, walau aku adalah warga baru dalam komuniti mereka..aku dapat menawan hati penduduk disini. Mungkin kerana aku memang dilahirkan sebagai seorang yang peramah.. Anugerah tuhan padaku yang memang amat aku manfaatkan bagi kelangsungan hidupku. Sebagai orang baru disini, aku berusaha agar mereka pribumi disini dapat menerima aku seadanya, meski pun mereka tidak melayanku dengan baik, bagiku sudah memadai jika mereka dapat tersenyum padaku ketika aku terserempak dengan mereka dimana-maa. Alhamdulillah aku mendapat lebih dari apa yang aku harapkan, penduduk dsini menerimaku lebih dari apa yang aku harapkan..bahkan mereka melayanku dengan baik sekali.

Dalam aku menjalani kehidupan disini yang bagiku menyenangkan , walau sebenarnya tidak berapa indah bagiku, aku mengenali 2 orang wanita yang berbeza wajah..berbeza identiti dan tingkah laku. Aku menjadi kawan kepada mereka (walau pun sebenarnya mereka bukan seorang sahabat yang baik). Apa yang aku ingin sampaikan disini bahawa kedua-dua wanita itu , punya masalah yang sama..punya keinginan yang sama..naluri yang sama tetapi citarasa yang amat berbeza. Dari pergaulan dengan mereka, aku dapat mengutip pengalaman dan pengajaran hidup yang amat bermakna. Meski pun mereka bukan datang dari golongan terpelajar, tetapi mereka memberikan aku satu pelajaran dan pengajaran yang sku tidak dapat beli dimana-mana sekolah atau pengajian tinggi didunia ini. Pada masa yang sama aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada,

Aku mulakan dengan wanita yang pertama.....
Aku mengenali dirinya dengan nama Shah (bukan nama sebenar). Seorang ibu tunggal (Janda kata sensasinya). Seorang wanita yang punya wajah yang sedap mata memandang walau pun bukan dalam kategori cantik dan menawan. Anak 5 orang dan telah gagal dalam perkhawinan sebanyak 3 kali. Berkerja dalam satu syarikat swasta dalam bidang pembersihan. Apa yang menariknya dalam diri Shah, dia sanggup menyara 5 orang anak dengan tulang 4 keratnya tanpa meminta bantuan dari mana-mana pihak diluar sana. Setelah 17 tahun berlalu dia membesarkan kesemua anak-anaknya dia jatuh cinta dengan seorang lelaki (suami orang). Setelah menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut selama 3 tahun, lelaki tersebut tidak mengambil dia sebagai isteri yang sah walau pun pengorbanan Shah pada lelaki tersebut sangat besar (menurut kata Shah) pengorbanan bagaimana yang dia maksudkan aku sendiri tidak ingin ambil tahu, tetapi kelihatannya Shah sangat terpukul dengan keputusan lelaki tersebut kerana menurut Shah itu adalah soal maruah dan harga diri dimata masyarakat. Dia mengejar lelaki tersebut dengan segala usaha yang dia ada, termasuk meminta aku menemui lelaki tersebut untuk memberi tahu pada lelaki itu bahawa dia sanggup lakukan apa saja demi hubungan mereka. Huuuuhhh!!!..aku jadi berpeluh juga bila dia memohon sangat untuk aku melakukan tugasan tersebut. Bukan apa, aku tidak tahu apa sebenarnya sengketa mereka sehinggalah terputusnya hubungan yang khabarnya sangat menarik. Walau bagaimana pun aku terpaksa juga menemui lelaki tersebut (kebetulannya lelaki itu adalah rakan sekerja). Aku pun sebagai seorang kawan, bertanya pada lelaki itu kenapa hubungan mereka terputus sedangkan Shah sangat mengharapkan perhubungan itu sampai kedestinasi tujuan mereka.Lelaki itu menjelaskan sinopsis hubungan mereka dengan terperinci..sekaligus menjelaskan kenapa dia membatalkan rancangan perkhawinan mereka. Aku terkedu mendengar penjelasan lelaki tersebut dan tidak tergamak untuk menerangkan pada wanita itu, apa sebab musabab hubungan mereka kandas ditengah jalan. Kesimpulan yang aku ambil tiada jodoh, hehehehe simple..tapi bukan semudah itu sebenarnya. Biar aku simpan sebagai pengajaran bagiku.

Kini aku mulakan dengan wanita kedua...
Aku mengenalinya lewat laman sosial. Dia mendaftarkan aku sebagai kawan FACEBOOK. Maklumlah dunia moden, ibu-ibu tunggal semua celik IT. Aku sendiri hairan kenapa wanita itu sangat meminati aku, mengikuti setiap tulisanku dalam mana-mana site yang aku join. Memberikan komen-komen yang bagus pada setiap pembuka kata dalam muka depan profileku. Kadang-kadang aku berbangga dengan diriku sendiri, kerana ada insan yang sudi memberikan perhatian pada apa yang aku lakukan. Setelah aku mengenali dirinya beberapa lama, kami berjanji untuk berjumpa. Pendek cerita, aku dan dia bertemu diibu kota (Kuala Lumpur). Aku jadi berdebar ketika pertemuan pertama itu. Mengalahkan orang bercinta. Hehhehehe...
Ketika aku tiba ditempat yang telah dijanjikan, aku menunggu hampir 1jam, sedangkan katanya dia telah berada ditempat itu 1jam sebelum dia menelepon aku. Aku jadi agak gelisah. Aku memang bukan seorang penunggu yang baik.. Menunggu adalah perkara yang paling aku tidak gemar. Aku cuba menghubungi dia beberapa kali, namun jawapan yang sama dia katakan sekejap..sekejap..tunggu situ je...fuuuuhhhh...kalau beginilah semua manusia yang ingin menjadi sahabatku..dengan singkat aku menolak untuk menjadi sahabatnya. Pertemuan pertama saja sudah gagal dalam senarai seorang sahabat yang aku inginkan. itu adalah penilaianku. Bila dia tiba, dia dengan selamba bertanya padaku "sudah lama sampai", dengan muka dan senyum manis milikku, aku cuma boleh berkata " tak lama, cuma aku kena order minuman 2x" dia boleh gelak selambah. Pertemuan itu dimulakan tanpa basa basi, dia bertanya padaku, adakah aku mengenali nama  seorang lelaki yang memang aku sangat kenal kerana lelaki itu adalah mantan guruku semasa aku belajar di Sabah dulu. Bla...bla..bla..dia menceitakan episod dia dengan guru tersebut...katanya guruku itu adalah cinta pertamanya. So, dalam hatiku aku berkata, apa hubungannya denganku sedangkan aku dan guru tersebut tidak ada hubungan yang istimewa pun kecuali antara murid dan guru. Namun aku tidak meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Maklumlah aku sudah bosan dengan sikap yang ditunjukkan padaku. Wanita itu meminta aku jadi penasihat cintanya pula..eeeeeeee..aku jadi terkedu lagi..apa hal ini, kenapa aku mesti buat semua ini sedangkan aku tak ada kena mengena pun. Tapi seperti biasanya aku tidak dapat menolak permintaan orang meski pun hatiku berkata tidak (itulah kelemahanku).
Kedua-dua wanita tersebut semuanya ingin bersama dengan lelaki yang mereka cintai sedangkan lelaki-lelaki tersebut adalah suami orang. Bagiku, kenapa mesti suami orang? bukankah ramai lagi lelaki yang ada diluar sana. Apa sih istimewanya lelaki yang bergelar suami ini dimata mereka? Aku sendiri gagal untuk memberikan jawapan. aku cuma menasihati mereka bahawa, menyintai seseorang bukan bererti kita memiliki mereka. cinta tidak semestinya harus dimiliki...





No comments: