Monday, 27 February 2012

Semuanya kerana dia

Walau jam sudah menunjukkan kul 4 pagi, tapi aku masih gagal untuk melelapkan mata. Mataku cukup letih sebenarnya. Namun hati dan jiwaku cukup degil...tidak memahami kehendak mataku yang ingin beradu. Hatiku cukup gelisah dan jiwaku dalam keadaan stress. Sebenarnya aku tidak perlu mengalami tekanan seperti ini jika aku bisa menerima hakikat  bahawa setiap kejadian tuhan itu pasti ada hikmahnya. Bahkan aku ingin sekali bersujud padaNYA ketika ini tetapi aku gagal melaksanakannya. Hatiku berkata-kata, kenapa cuma aku yang sentiasa mengalami nasib seperti ini..Aku seakan mempersoalkan nikmat tuhan yang diberikan padaku. Aku sepatutnya wajib sembayan taubat bagi membuang syak wasangkaku pada YANG MAHA PENCIPTA. Aku cukup berdosa padaNYA. Tetapi dosa apa lagi yang aku tidak lakukan? bukankah aku ini antara hambaNYA yang gagal menjadi mengikut ISLAM yang sebenar. Aku cukup sedar bahawa aku telah tergelincir dari landasan yang sebenarnya walau pun aku tidak terpesong jauh. Aku cukup memerlukan seorang yang bisa membimbingku dalam semua aspek. Lebih-lebih aspek agama dan ilmiah. Aku tidak ingin melangkah lebih jauh dalam arena 'tergelincir'.

Sebenarnya aku stress cuma kerana aku sedikit kecewa. Katalah bukan sedikit, tetapi cukup kecewa. Aku ingin ungkapkan kekecewaan itu pada seseorang...tetapi ikhlas aku cakap, bahawa aku tidak punya seorang kawan atau sahabat yang bisa aku percaya dalam meluahkan segala gundah gulanaku...mengungkapkan setiap resah gelisahku atau pun aku ingin sekali ada seorang insan yang aku bisa menangis sepuas-puasnya dibahunya..dalam dakapannya..atau pun seorang yang bisa menjadi pendengar setiaku dalam aku berduka. Tetapi sampai saat ini, aku gagal memperolehi nikmat itu. Mungkin juga ada yang sudi menjadi pendengar setiaku, tetapi aku ragu, mana tahu setiap inci rahsia hatiku menjadi intipati gosip dalam kehidupannya. Aku cuma menjadi pelawat setia dalam laman sosial www.facebook.com/riana67





Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

No comments: