Thursday, 8 March 2012

Hari yang cukup melelahkan

7 Mac baru sahaja melangkah pergi. Meninggalkan aku tanpa pamit. Berlalu dan pergi bersama kenangan bersamanya. Antara kenangan yang cukup aku merasa bahagia adalah PANGGILAN DARI INSAN YANG AKU SAYANG. cukup membahagiakan aku. antara jam 3-4 lebih kurang dia memanggilku dan mengucapkan selamat harijadi sekali lagi padaku. Inilah antara ucapan yang sangat membahagiakan aku selain dari ucapan dari anak-anak dan kawan-kawanku. Aku seakan bermimpi bila dia menghubungiku sekali lagi setelah sekian lama. Terima kasih ya Allah...sesungguhnya Engkau lebih tahu dari segalanya. Khabarnya dia berada di Aceh Indonesia.

7 Mac, cukup melelahkan. Banyak kerja yang aku harus selesaikan. Namun hari ini aku cukup ceria...kawan-kawan dan semua ketuaku memberikan respon yang baik. Mungkin ini adalah hadiah harijadiku. Pelajar-pelajarku memberikan aku kerjasama yang baik...anak-anakku pun cukup membahagiakan aku. Indahnya dunia ini. Rasanya aku ingin hidup seribu tahun lagi jika aku berada dalam situasi semacam ini. Panggilan telepon bertubi-tubi mendatangiku. Heeeheheheh..aku seakan seorang yang sangat sibuk hari ini. ..Aku melupakan bahawa hari ini adalah hari yang melukakan hati seseorang. Maafkan aku bila keputusan yang aku ambil cukup melukakan. Seandainya aku punya kuasa dan kudrat, aku tidak ingin melakukan semua itu, namun aku begitu mengerti bahawa semua ini adalah ketentuan dariNYA. ada hikmah yang tersembungui.

No comments: