Thursday, 29 March 2012

MAHRIN SABARA

Aku mengenali dia seawal usiaku 16 tahun. Pertama kali aku memandang wajahnya yang nampak sombong dan angkuh, aku telah jatuh cinta. Wajah baby face miliknya, dengan mata chinese look (yang memang kegemaranku) menjadikan iaku sentiasa mencari-cari wajahnya untuk santapan mataku. Pendek kata aku memang jatuh cinta pandang pertama. Tetapi dia memang sombong...tidak pernah sekali pun dia menoleh memandangku..bahkan dia memperlekehkan aku. Sikapnya yang amat sombong menjadikan aku semakin menaruh hati padanya.

Dia seniorku, aku junior setahun darinya...dia lahir 27 Mei 1966...aku sentiasa ingat tarikh lahirnya. Hampir 30 tahun baru aku dapat khabar berita darinya. Betapa kecanggihan teknologi zaman sekarang membolehkan kami berjumpa dan mengimbau semula kisah lalu....cerita antara aku dan dia lebih berkisar semasa kami belajar dalam usia yang begitu muda...sikapnya yang cool amat menggodaku. Biar pun ketika itu dia agak nakal..dia pelajar yang suka membantah dengan para guru. Aku memang terujah dengan dia...dan apa yang aku minat sangat dengan dia...dia amat menghormati aku dan berani menegur pakaian dan tingkah lakuku. Aku tahu dia tidak berminat pun denganku..bahkan tidak keterlaluan bila aku menilai dia amat membenci aku....kami seringkali bergaduh...bergaduh yang tidak tahu ujung pangkalnya. Dia kerap track aku dalam semua segi...entah kenapa..aku sendiri tidak tahu. Dalam diam aku benci padanya tetapi amat rindu padanya meski pun dia tidak tahu perasaanku ketika itu. Cinta dalam diam katakan...

sempat lagi melaram
Ketika aku belajar disekolah yang sama dengannya, sebenarnya aku telah mempunyai kekasih sendiri. Tapi percintaan kami tidaklah seperti orang lain. Lebih-lebih aku bukan jenis yang suka menonjolkan diri dengan kekasih dikhalayak ramai. Sehinggakan orang tidak tahu kami bercinta. Aku dan kekasih hatiku itu cuma berbicara melalui mata bila kami bertembung dikantin, perpustakaan atau semasa ada program disekolah. Tetapi dihujung minggu, kami meluangkan masa bersama dan Mahrin tidak menyedari bahawa aku ada orang istimewa dalam hidupku. Suatu hari, dia seakan-akan cuba menggodaku, tetapi aku pun bukan jenis yang jual murah pada jejaka-jejaka sekolahku ketika itu. Aku tidak melayannya...bahkan membalas senyumnya pun aku tidak sudi. Maklumlah dia amat nakal ..seorang pelajar nakal ketika itu. Dan aku pun agak samseng dalam sekolah ketika itu...siapa tidak kenal aku disekolah ketika itu..bahkan cikgu-cikguku pun masih ingat siapa aku ketika disekolah...ehheheh...ada cikgu yang sekarang kami bertemu dalam facebook mengingatkan aku dengan tingkah lakuku...malunya...Berbalik pada cerita aku dan Mahrin, bila aku tidak melayannya, dia marah dan berkata padaku ' patutlah tidak ada seorang lelaki pun yang suka dengan kamu ' aku tergaman bila dia berkata sedemikian. Dia tidak tahu bahawa aku ada seseorang yang istimewa...kebetulan ketika itu, kekasihku ada berdekatan dan dia ingin menerangkan pada Mahrin bahawa dia adalah kekasihku, tetapi aku tegah..aku tidak mau..biarlah dia berfikiran bahawa aku ini orang yang kasar dan tidak ada seorang pun yang sudi dengan aku...selepas peristiwa itu, aku dan Mahrin tidak pernah berbicara lagi..tidak bertegur sapa...sehinggallah ada suatu ketika dia bertemu denganku...dan meluahkan apa yang terpendam dihatinya...ehhehhehe..alangkah terkesimanya aku dengan pengakuan ikhlasnya saat itu..seandainya masa bisa berputar kembali aku ingin mengulangi peristiwa itu dan merasakan getar aneh di hatiku....

Ketika dia tamat tingkatan 5 dan kembali kedaerahnya....aku jadi moody disekolah, bahkan aku jadi malas pergi kesekolah. Guru-guruku jadi hairan, kenapa tingkah lakuku jadi berubah..semuanya gara-gara dia tidak ada dalam sekolah. Besar sangat impaknya terhadapku. Kekasihku setiap hari menghubungiku..tetapi aku seakan tawar hati padanya, aku hanya merindukan Mahrin..gairah hatiku untuk belajar amat menurun. Sehinggalah satu hari dia datang padaku dan mengajak aku keluar makan. Semua teman-temanku terkejut melihat kami makan bersama...mereka tidak sangka aku boleh duduk semeja dengan lelaki yang selalu marah denganku dan benci denganku. Dan, kawan-kawan tau bahawa aku dan dia mesti ada sesuatu yang tersirat. Betapa aku tidak bisa melupakan saat-saat itu. Selepas episod keluar makan bersama, aku dan Mahrin sering kali berjumpa, walau pun jarak tempat tinggalnya dengan daerahku terlalu jauh...Lahad Datu dan Tawau bukan halangan dalam perhubungan kami.

Tsunami perhubungan kami berkembang dan melanda ketika dia berkerja disatu kawasan yang jauh dan ramai pendatang....cinta jarak jauh memang banyak halangan. Dia jatuh cinta dengan gadis lain...aku tahu sebab dia memberi tahu padaku (sebagai kawan), ketika aku mengetahui perhubungan dia dengan gadis itu, hatiku sedikit hancur. Tetapi bukan Zutriani jika aku tidak pandai menyembunyikan tangisanku disebalik tawaku bersamanya....aku seolah-olah merestui dan menggalakkan perhubungan mereka...tetapi jauh disudut hatiku, aku amat terluka..tetapi salah siapa sebenarnya? salahku sendiri...kerana aku tidak pernah menunjukkan padanya bahawa aku menyintai dan menyayanginya..jauh sekali menyatakan perasaanku padanya...dia pun demikian. Tetapi jika dia bijak, pasti dia dapat meneka apa yang ada dalam hatiku....dia memilih gadis itu pun sebenarnya ada sebab tersendiri..dan aku amat memahami keadaan itu..tetapi luka hatiku dan kekecewaan yang aku alami memang sangat pedih..sukar untuk aku meluahkan dengan kata-kata. Dan pertemuan terakhir kami disatu restoran yang agak mewah ketika itu, dia menyatakan bahawa, " kalau aku tidak terjebak dalam masalah ini, aku memilih kamu jadi teman hidupku " aku tersentak dengan kata-katanya dan aku merenung dia...dan bak kata orang..jika kita menyintai seseorang..kita harus melepaskan dia pergi dengan kasih sayang yang dia inginkan dari orang lain..aku melepaskan dia pergi dariku...meski pun aku amat menyintainya ketika itu dan sehingga saat ini, sisa-sisa itu masih ada..berbekas dan kekal selamanya didalam hatiku.

Bertahun aku mencoba untuk melupakan dia...bukan bertahun..bahkan berpuluh tahun, aku gagal. Sehinggalah dalam aku bosan melayan facebook, aku mencoba menaip namanya dan mencari dia dimana berada. Sedangkan aku tahu kampungnya dan alamatnya sebenarnya, tetapi aku sengaja tidak ambil tahu.....ketika itu mencoba untuk melupakannya.....dan semalam, selepas aku menyiapkan kerja selepas jam 4.30 pagi, aku tidak dapat melelapkan mata...cuma Mahrin dihatiku....ada getar aneh yang hadir kembali...gelisah...dan gelisah..pesanan ringkas yang dihantar padaku lewat facebook...amat bermakna..ringkas dan padat..tapi menyentuh hatiku yang memang sentiasa ada ruang untuk dia...

No comments: