Tuesday, 13 March 2012

MIMPI MAINAN TIDUR @ ADA MAKSUD TERSIRAT?

Semalam (kelmarin) dan hari ini aku gembira sangat. Bukan sahaja aku menjadi perhatian dan pujian dari bos dan pihak MPC dalam pre-audit 5S, tetapi aku memperoleh kasih sayang dari orang tercinta...hehehhe..siapa lagi kalau bukan dia (MAR). Tidak perlu aku warkan siapan nama dia..biar aku sendiri yang tahu. Kalau dia peka, dia pun pasti tahu dirinya. Kerja hari ini aku rasa cukup sempuna. Senyum sokmo kata orang sebelah pantai timur Malaya...Hari ini aku lena tidur., mungkin disebabkan jiwa tenang. Ketenangan yang amat luar biasa aku rasakan. Pengaruh persekitaran dan jiwa amat menyumbang dengan kehidupan kita sebenarnya..heheheh...Rasanya saat ini aku ingin sekali berada dalam dakapannya..ehhehe gatalnya aku..ehhh biarlah..aku peduli apa erk...

Semalam aku bermimpi beberapa ekor buaya dalam sungai yang besar membaham seorang kanak-kanak lelaki yang berusia kira-kira 7-12 tahun. Aku menjerit ketakutan..seperti biasa aku memang seorang yang kuat mengigau..hehehehe..kelemahanku itulah..MENGIGAU MEMANJANG...silap-silap rahsiaku terbongkar jika dalam keadaan mengigau. Untuk menghilangkan tabiat mengigau itu aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Menurut orang lain, mengigau itu semacam gambaran jiwa yang kacau. Bahhhh!! sah, aku seorang jiwa yang kacau..so, apa maksud mimpiku itu? beberapa ekor buaya dalam sungai yang besar..dan seorang mangsa kanak-kanak. Mmmm..aku berharap agar mimpi itu membawa erti yang baik. Dan hari ini aku bermimpi yang lain pula, aku melihat, aku memasuki satu bangunan yang besar dan kuno. Ketika aku ingin melalui satu ruang, aku melihat 2 ekor gajah yang besar sedia menungguku, Aku berpatah balik, aku batalkan niat untuk melalui ruang tersebut dan bergerak kearah lain. Aku melihat, aku menaiki tangga dan sampai kesatu ruang yang agak besar. Ketika aku melalui ruang tersebut aku melihat seekor ular sawa yang agak besar dan panjang tengah memerhatikan aku dan beberapa ekor lipan yang banyak tengah mengerumuni kakiku...aku melihat lipan-lipan itu menjalar ingin naik ketubuhku tetapi aku kibas kakiku dan aku melihat lipan-lipan itu berjatuhan tetapi masih berada berdekatan kakiku...Aku ingin meninggalkan kawasan yang berlipan itu, tetapi aku melihat, ular besar itu tengah menungguku dan memerhatikan aku. aku jadi terkedu dan rasa takut...Dan apa bila aku melihat ular dan lipan itu bersamaan menuju kearahku, aku menjerit ketakutan (seperti biasa aku ngigau lagi) lalu terbangun seawal jam 3.40 pagi. Aku lantas bangun mengambil wuduk (kata emak, bila kita bermimpi ngeri kena ambil wuduk dan solat) selepas itu aku solat (hehehe bukan apa, aku belum solat Isyaq sebenarnya). Ada kelegaan selepas itu. Tetapi hatiku masih bertanya-tanya apa gerangannya maksud mimpi 2 hari berturut-turut ini? semuanya berkenaan binatang.

Hari ini aku ingin turun keKuala Lumpur. Aku mencuba untuk menunda tarikh penerbanganku ke Bandung dan Bali. Kalau tidak pun aku ingin agar tiket itu aku tukarkan pada nama anakku. Semoga pihak Airasia dapat memberikan kerjasama yang baik...kalau perlu tambahan bayaran pun aku sanggup. Kalau gagal, terpaksa aku menggunakan tiket tersebut....Nampak gayanya penerbanganku untuk balik kampung (Tawau) terpaksa aku batalkan pada 27 Mac ini. Aku kena selesaikan tugas yang diberikan padaku pada 29 Mac ini. Huuuuhhhh..kenapa pula mesti bertepatan dengan masa cutiku? Big boss telah mengarahkan aku agar membatalkan cuti...Lorrr..hati terkedu lagi...kenapa mesti aku boss...? huhuhuhu..bagilah pada orang lain..orang lain pun pandai buat kerja...Susahlah kalau macam ini. Aku rindu pada keluargaku dan teman-teman sekampungku. Kalau beginilah gayanya..aku kena naik ke Kementerian dan mohon kerja di Sabah semula.

Nukilan:
Kembara Tawau
Riana67
Titik tengah semenjung Malaya
13/03/2012

No comments: