Monday, 19 March 2012

MIMPI YANG INDAH

Perjalanan yang panjang dan melelahkan tetapi menyenangkan. Langkahku teratur dan longlai bila menuju kesana. Aku tidak tahu apakah langkah ini langkah yang benar atau cuma langkah yang semakin menjadikan perjalananku tergelincir dari landasan yang sebenarnya...Banyak duri dan onak aku temui dalam perjalanan ini. Semakin jauh aku melangkah semakin banyak duri-duri yang memedihkan kaki aku lalui...bahkan aku terpijak duri itu, menjadikan kakiku agak berdarah dan terluka. Tetapi kenapa aku masih meneruskan langkah ini? bukankah ini merugikan aku? bahkan menjadikan perjalanan ini sedikit gelap dan kelam. Aku sedar dan tahu bahawa semua ini amat merugikan aku. Tetapi kenapa aku mesti melalui denai yang beronak ini? Apakah kerana harta, cinta atau cuma nafsu sex semata? Kepuasan yang aku cari tidak pernah aku lontarkan pada sesiapa. Hatta kepada dia sekali pun. Aku berlindung dibalik semua keperibadian yang misteri dan orang tidak dapat membaca siapa dan bagaimana aku sebenarnya. Bagi mereka diluar sana, aku adalah individu yang tegar dan berkarisma. hehehhhe..aku jadi tertawa bila mengenangkannya. Bukankah aku pelakon sandiwara yang unggul...

Perjalanan yang indah dan melukakan ini amat aku kesali sebenarnya. Namun aku tidak bisa berpatah balik kegarisan semula. Aku harus meneruskan perjalanan ini meski pun aku tahu apa yang bakal aku temui digaris penamat perjalananku...Indah namun menyakitkan..indah namun melelahkan..indah namun cuma seketika...Realitinya..aku berada dalam mimpi yang indah ...namun aku tidak bisa menggenggamnya....jauh sekali untuk memilikinya...cuma ilusi yang tidak kesampaian. Ketika aku terjaga dari tidur yang lena, pastinya aku sedar bahawa semua ini cuma sandiwara semata. Pelakonnya adalah aku, kamu dan dia (pelakon utama) dan mereka disekitar kita adalah pelakon tambahan yang menjadikan mimpi indah ini lengkap dengan cerita yang indah.

Kenyataannya, aku harus terjaga dari mimpi indah ini. Sepahit mana pun kebenaran yang aku harus telan, aku terpaksa menerimanya tanpa pamrih....aku harus belajar untuk menerima hakikatnya bahawa aku tidak bisa memiliki dia seutuhnya...Berada dalam mimpi yang indah ini amat membahagiakan aku....menyenangkan aku...bahkan menjadikan hari-hariku amat indah. Aku terbuai dengan mimpi indah ini. Bahkan amat terlena dan terbuai. Aku bahagia bersamanya....walau kadang aku terluka, bahkan selalu sangat terluka dan dilukai...

kursus kat Klang

kontrol ayu
Aku harus terjaga dari mimpi indah ini sebelum aku terjatuh dari ranjangku...tentunya amat menyakitkan bila aku harus menghadapi semua ini.

No comments: