Wednesday, 14 March 2012

Mood punya hal

Tiba-tiba aku rasa mody sangat hari ini. Kerja-kerja yang sepatutnya aku lakukan tidak satu pun aku selesaikan. Letih tapi aku tidak melakukan apa pun. Sejak semalam aku jadi mody macam ini. Sehinggakan seorang kawan berfikir dan berprasangka bahawa aku mody disebabkan oleh dia. Dia sms aku bertubi-tubi memohon maaf padaku. Sebenarnya mody ini tidak ada kena mengena dengan dia pun....dan hari ini mody ini berlanjutan sehingga kepetang. Mungkin juga disebabkan aku meeting, mungkin juga disebabkan aku tidak dapat berhubung dengan MAR...fuhhh!!! begitu sekali penangan dia padaku. Tuhanku, damaikanlah hati ini. Aku tidak mampu untuk menanggungnya. Semua tidak menjadi. Kerja terbelangkai, hubungan dengan kawan-kawan pun agak hambar...inilah tabiatku yang tidak baik..bila mody..semua kena padanya. Bila aku tengah minum petang bersama officemate, tetiba handphone berbunyi...sms masuk. Siapa gerangan yang sudi hantar sms padaku petang-petang ini? Hujan-hujan lagi.. ahhh biarlah, malas tengok. Tetapi rasa ingin tahu itu melebihi perasaan sejuk dalam hujan ini. Bila aku periksa handphone, wahhh...orang kirim topup...Pehhhh..siapa gerangannya baik hati ini....apa pun syukur Alhamdulillah...orang sudah bagi...terimalah dengan hati yang rela..ehehehh...

Bila asyik sembang dengan kawan, huhuhu..buah hatiku call..bahhh..gembiranya tak payah cakaplah. hanya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi macam biasalah, dia jenis yang slow and steady, cakap pun cuma sekejap. Tetapi kira baguslah, daripada tidak ada hubungan langsung. Tengahari tadi pun dia ada call tetapi aku tidak sempat untuk angkat. Maklumlah dalam meeting. Terubat rasanya rindu ini padanya..wahhh..gatal..heheheh..biarkanlah...

Bila tengah update blog, tetiba tengok dia on9...aik, aku tegur dia..bahhh..tetiba dia off9 pula..kenapa ini? dia tidak ingin digangguke atau line internet disana tidak ok? biarlah..kan aku baru sahaja sembang dengan dia..mesti dia tengah buat kerja...aku kini tidak ingin ambil hati dengan segala macam yang seperti ini. Bagiku, biarlah masa dan keadaan seperti ini aku rasa sudah amat bersyukur. Apa yang aku risaukan, cutiku akan dibatalkan dek kerana kerja. Kenapa mesti aku yang kena. Aku nak baliklah....rindu dengan kampungku...


No comments: