Tuesday, 3 April 2012

2 April 2012 - Bicara gurau dalam realiti bersama Mahrin Sabara

Awal April menjadi titik tolak kegembiraan bagiku. Apa tidaknya, dalam aku melayari internet, aku dapat akses dengan rakan lama...katalah secret admire aku time belajar. Perbualan bersamanya petang kelmarin, rasanya membuatkan aku begitu rindu dengan negeriku, Sabah. Selepas begitu lama aku tidak bertemu dengannya, bahkan mendengar khabar berita darinya, aku teruja untuk mengetahui perkembangan darinya dan berbicara dengannya rasanya sangat santai dan mesra. Hilang segala rasa yang ada semasa aku melarikan diri dari kehidupannya. Luahan hati yang aku pendam hampir 30 tahun lalu, telah aku lakukan. Aku seperti kehilangan identiti diri. Semuanya kerana getar hati yang aku simpan sekian lama. Aku tidak peduli apa tanggapan darinya, yang penting aku merasa lega dan puas selepas meluahkan hatiku padanya. Entahlah apa riaksinya...aku tidak peduli. Seandainya aku bisa melihat wajahnya saat itu, pasti aku tidak terkata dalam meluahkan perasaan padanya...hehehhehe....aku nampak garang..tetapi sebenarnya dalam soal hati dan perasaan, aku amat pengecut....

Hampir 2 jam aku berbual dengannya dalam senja kelmarin, rasanya aku enggan melepaskan talian itu. Aku masih ingin berbual dengannya. Tetapi masa sangat mencemburui kami. Dalam keterpaksaan aku meninggalkan perbualan itu, tiba-tiba aku jadi terharu. Bukan apa, semuanya bagaikan mimpi indah bagiku. Bila aku terjaga, pastinya yang indah itu akan hilang tanpa kesan. Dia bagaikan ilusi bagiku, dulu dan kini getar itu sama. Namun bak katanya ' sudah terlambat Ani' hatiku berdentum bila ayat sudah terlambat keluar dari bibirnya. Ye betul katanya, semuanya sudah terlambat. Tetapi dalam kamus kehidupanku, tak ada istilah terlambat. Bagiku, aku berserah pada tuhan yang MAHA ESA...pastinya perjalanan kehidupanku ada jalurnya. Perpisahan dulu bersamanya tidak pernah aku kesalkan, jauh sekali untuk menyalahkan sesiapa. Aku pasrah dan redha bahawa semua itu ketentuan dariNYA. Pertemuan semula ini, juga sudah menjadi suratan dalam kehidupanku. Aku yakin dan pasti.....ada hikmah dibalik semua ini.

Dalam aku melangkahkan kaki yang penuh onak dan duri, tiba-tiba dia hadir semula. Kehadirannya memang aku yang cari dan rancang. Disaat aku dilanda ombak kekecewaan dari mereka yang menyakitkan hati, aku memang sengaja mencari dia. Memang aku jenis yang sangat setia. Setia pada persahabatan antara aku dan dia. Aku meletakkan dia dalam rangking yang tinggi dalam list perhubunganku dengan sesiapa pun. Biarlah apa orang nak kata. Aku tidak peduli. Semalam, tidurku tidak lena, semuanya kerana dia.

No comments: