Friday, 20 April 2012

Kembali ke Lubuk

wajah terbaru.
Aku tak tahu kenapa percutianku kali ini (balik kampung) begitu mendebarkan aku. Semalaman aku kurang tidur. Gelisah...dan tak sabar menjejakkan kaki kedaerahku. Kesakitan yang aku alami dalam penerbangan kali ini tidak menghentikan gelorah hatiku. Mungkin kerana aku bakal berdepan dengan situasi yang berbeza dari sebelumnya, mungkin juga kerana ada seseorang yang aku harus temui...mungkin juga kerana aku amat takut menghadapi perkara yang aku telah lakukan. Semuanya serba kemungkinan. Huhhhhh...

Ketika aku tiba dilapangan terbang ini, aku seakan mencari satu wajah yang dulu seringkali menungguku dengan setia ketika aku tiba dari mana-mana destinasi. Tetapi kali ini aku gagal menemui raut wajah itu. Marahkah dia padaku atas perlakuan yang aku telah lakukan terhadapnya? pastinya dia marah. Jika aku pun berada dalam situasi dirinya pasti aku marah dengan tindakan orang yang telah mengecewakan aku. Perkara pertama yang aku lakukan setiba aku didaerahku, aku dan anak buahku pergi ketempat makan yang aku gemari..ehheheh..makan..makan melulu. Larut malam baru kami kembali kerumah..mujur mak belum tidur lagi..kalau tidak, jawabnya setengah mati ketuk pintu.

Orang pertama yang mendail no teleponku setiba aku didaerah ini, siapa lagi kalau bukan MAHRIN...hehehhe aku jadi suka. bertanyakan khabar dan segalanya. Setelah itu, Roslan (akitek dari KL) mmm...perkembangan terkini..hehehh..bertanya keselamatanku. Wahhhh..best juga jika disayangi kawan-kawan. Hidup tidaklah sepi sangat. Tetapi orang yang aku harapkan tidak menghubungiku. Siapa lagi kalau bukan MAR...begitulah sikapnya..aku ini tidak ada erti pun dalam hidupnya. Sentiasa membiarkan aku. Aku jadi sedih...biarlah...aku hiburkan diriku sendiri. Mungkin dia ada seseorang yang lebih dari aku..yelah..siapalah aku disisinya..tak ada erti pun...

Setelah 3 hari berada dalam daerahku ini, aku agak puas hati...kawan-kawan yang mengetahui aku ada kembali kedaerah ini semuanya berjanji akan berjumpa denganku. Indahnya hidup ini. Gembiranya hidup ini. rasanya aku ingin sekali menyambung cutiku sehingga 2 - 3 bulan..tetapi bisakah? persoalan yang tidak perlu aku jawab. Kerana jawabannya pasti TIDAK...hehheheh...

Hari ini aku berkunjung ke Semporna. Daerah yang banyak meninggalkan aku sejuta kenangan indah bersama seseorang ketika dulu. Apa khabar dia ye..berapa anak? berapa isteri ? heheheh...Aku kesini bukan disebabkan oleh dia, tetapi cuma aku ingin menikmati Festival Regetta lepa-lepa yang saban tahun diadakan didaerah ini dan aku belum pernah menikmati suasana festa tersebut walau pun aku berasal dari daerah ini. Aku semakin berdebar...apa yang bakal aku temui disana kelak?

No comments: