Monday, 30 April 2012

McD Tawau....Sukarnya mencari sekeping big burger...

 20 April 2012, anak buahku berkata..".mama restoran McD sudah buka" bila kita mau pergi sana?"...aku menjawab selambah...sabarlah...biarkan dulu, masih ramai lagi orang disana kalau baru buka" Dalihku pada mereka. Setelah 9 hari pembukaan tersebut, aku pun mengajak anak buahku pergi kerestoran tersebut. Aku ingat tiada masalah dalam pesanan kelak...Alamak!!!...aku terkejut bila restoran yang agak kecil itu dibanjiri manusia yang kesedaran sivik langsung tiada. Aku tergaman bila setengah daripada mereka tidak mengikut barisan yang sedia ada dan dengan selamba memotong barisan orang lain. Huhuhuhu...ketika itu aku memasuki barisan seawal jam 5 petang. Aku sengaja datang sebelah petang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga kesesakan dalam restoran tersebut. Fullamakkkk....!!!...jam 7.30petang  baru aku boleh berdiri dihadapan kaunter dan memesan burger McD (itu pun setelah bertekak dengan manager kerana dia tidak prihatin dengan kami yang berbaris panjang bagai nak gila...dia cuma melayan orang-orang yang memotong barisan) Rasanya panas baranku tiba-tiba naik mendadak....ehheheh..mujur dapat dikawal (meski pun tone suara agak keras) Aku berjanji tidak akan datang lagi kerestoran itu dalam tahun ini....heheheh memanglah aku tidak akan datang sebab aku keluar dari Sabah...Tunggu tahun hadapan..insyallah...kalau setiap hari sambutan seperti itu, pasti dalam tempoh 6bulan akan datang, pemilik (anak jati BUGIS TAWAU) akan jadi jutawan...tahniah..aku bangga dengan kejayaan anak bangsaku..lebih-lebih lagi pemilik itu adalah adik ipar kepada bapa saudaraku (sepupu ibu) ...

No comments: