Thursday, 5 April 2012

Surgeri - antara takut dan kesepian


meeting time
2 April aku bertemu dengan doktor pakar, setelah berbulan dan hampir bertahun aku membuat pemeriksaan dengannya, aku harus menjalani pembedahan. Bagaikan suara guruh dilangit aku menerima khabar itu. Walaupun sebenarnya bukan pembedahan yang besar, tetapi aku masih merasa amat takut. 17 tahun lalu aku menjalani pembedahan melahirkan anak bungsuku (sebenarnya aku melahirkan kesemua anak-anakku melalui kaedah pembedahan) aku tidak begini gentar. Mungkin kerana saat itu aku bersama dengan keluargaku yang menyokong aku, walau pun tidak semua kelahiran anakku, aku tidak ditemani suami ketika itu, namun aku masih bersyukur kerana emak, adik, dan jiran serta teman-temanku ada bersamaku. Namun kali ini amat berbeza, aku sendiri dirantau orang, sendiri kaunseling dengan doktor...segalanya aku buat sendiri. Langkahku rasanya amat longlai bila menerima khabar itu....Alangkah indahnya dan bahagianya aku jika ada seseorang yang istimewa mendampingi aku, tetapi siapa? siapa yang sudi menjadi orang istimewa ketika aku dilanda kesepian dan ketakutan begini? siapa yang mengerti apa yang ada dihatiku saat ini....

Lantas aku cuba menghubungi MAR (kekasih yang aku sendiri tidak pasti dia menyayangiku) namun, aku gagal kerana dia berada diluar negara dan aku tidak mempunyai talian perhubungan dengannya, kecuali melalui email dan YM...bagaimana aku harus menghubunginya? Entahlah, aku dengan dia kadang aku tidak tahu, sejauh mana ikatan yang ada diantara kami. Cinta dengan ikhlas dan menerima aku seadanya atau cuma cinta untuk nafsu dan material...cuma dia yang tahu jawapan persoalan ini. Namun aku sematkan dihati bahawa dia menyintai dan menyayangi aku seadanya dengan apa yang aku miliki...sifatku, tingkahlakuku yang bagaikan monson..heheheh..aku rindu padanya, kenapa dia tidak menghubungi aku dalam beberapa hari ini? Marahkah....dalam aku ketakutan begini, aku amat memerlukan dia disisiku, meski pun cuma satu panggilan buatku....

4 April, aku bertemu dengan doktor seawal jam 8.00pagi. Debar hatiku semakin kuat...ketakutan yang amat sangat. Bila doktor membuat pemeriksaan, dia terkejut dan mendapati dengupan jantungku agak kuat...kenapa? doktor bertanya, takut ye? aku cuma mengangguk tanda mengiyakan, aku jadi terharu dengan pertanyaan itu, lantas tanganku dengan cepat mencapai telepon bimbitku dan menghantar satu sms ringkas pada seraut nama dan wajah yang bermain dihatiku akhir-akhir ini...siapa lagi kalau bukan Mahrin. Sebenarnya aku tidak bermaksud apa, cuma untuk meminta maaf padanya, mana tahu aku tidak berkesempatan untuk meminta maaf padanya disaat aku menjalani pembedahan ini. Riaksinya amat luar biasa bagiku, sms yang dibalas dengan nada kerisauan dan kegelisahan. Alangkah terharunya aku saat itu, kenapa dia begitu prihatin padaku? Kerisauannya menjadikan aku jadi cengeng lagi...terharu dan semakin bercelaru hatiku, kenangan bersamanya amat menyentuh hatiku. Sebelum aku masuk bilik pembedahan dia sempat menghubungi aku. Ada sedikit kekuatan yang aku perolehi bila mendengar suaranya. Kenapa harus ada perasaan itu? bukankah aku telah ada MAR...aku tidak boleh menduakan MAR...bukan senang aku memilihki dia...ehheheh...


April fool, new face
Saat aku telah keluar dari bilik pembedahan aku mendapat sms dari Mahrin semula...aku kembali terharu kerana disaat ini aku memang memerlukan seseorang yang bisa menghiburkan aku. Mana MAR? kenapa dia tidak menghubungi aku....MAHRIN, nama yang cukup sinonim dalam lembaran usia remajaku dan masih kekal sehingga hari ini...hadir dikala aku sangat memerlukan sokongan dan dorongan dari seseorang. Dalam hati berbisik...inikah jalur hidupku sekarang? aku terima dengan redha bila ini adalah ketentuan dariNYA....

No comments: