Thursday, 31 May 2012

Dunia Politik

 

pada 28-05-2012 01:05 Ditulis Oleh Shuhaniza Said


Post Pic
[Dikemaskini]
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendakwa parti itu telah memutarbelitkan pendiriannya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

Dalam sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi, Tunku Aziz menjelaskan bahawa beliau tetap menyokong matlamat gabungan itu untuk memperjuangkan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Namun beliau enggan bersetuju dengan pendekatan demostrasi jalanan yang dicadangkan sehingga membawa kepada kejadian rusuhan serta mengakibatkan keselamatan awam dan harta benda terjejas.

"Saya beri sokongan kepada kempen untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil. Itu memang saya sokong 100 peratus.

"Tetapi kalau mahu capai perkara tersebut dengan melanggar undang-undang saya tidak boleh sokong. Tetapi (kenyataan) dipusing bahawa saya menentang BERSIH, ini tidak betul," jelas beliau kepada media.

Beliau dalam pada itu turut menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan beliau tidak akan 'dihukum' berhubung pendiriannya yang menentang BERSIH, hanyalah separuh benar.

"Kebenarannya adalah disebabkan oleh kenyataan saya berhubung perhimpunan Bersih yang melanggar undang-undang, akan menyukarkan parti tersebut dan menyebabkan nama saya tidak dilantik semula," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau telah berhasrat meninggalkan parti dua kali sebelum ini, namun membatalkannya atas dasar setiakawan.

Tunku Aziz sebelum ini dikecam kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyatakan pendirian di sidang Dewan Negara menolak himpunan BERSIH 3.0 yang ingin dilakukan di jalan raya.

Susulan kenyataan itu, DAP berterusan mengkritik Tunku Aziz dengan alasan pemimpin tertinggi parti dominasi Cina itu tidak sehaluan dengan pendirian parti.

Justeru DAP mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang berakhir Mei ini.

Ekoran keputusan itu Tunku Aziz dalam sebuah wawacana khas bersama NTV7 awal bulan ini mengumumkan keluar parti kerana kesal dengan sikap kepimpinan DAP yang menyekat kebebasan bersuara.

Monday, 28 May 2012

Kuala Lumpur International Airport - KLIA

Tiga tahun lepas aku bertemu dia disini. Ketika itu aku baru balik dari kursus yang dianjurkan oleh kementerian tempatku bertugas, dia pula baru balik dari China. Katanya ada perniagaan yang dikendalikanya disana. Aku sendiri lupa, bagaimana awal perkenalan aku dan dia. Kalau aku tidak silap, aku rasa perkenalan kami bermula bila kami menunggu penerbangan untuk kembali kenegeri masing-masing. Aku ingin kembali keSabah dan dia ingin kembali keSerawak. Ketika itu dia menolongku mengutip barang-barangku yang berselerak jatuh ketika aku ingin menjawab panggilan dari seorang rakan. Dengan budi bahasa yang dia ada, dia memberikan aku paper bag miliknya untuk menyimpan barang-barangku yang agak banyak ketika itu. Aku terkedu dan agak rimas bila dia banyak membantuku. Segan...maklumlah dia agak kacak dan menawan, kemas dan nampak bijaksana. Perkenalan itu berakhir dengan pertukaran nombor talipon antara aku dan dia. Keep n touch, katanya...ehheheh aku membalas....bukan touch n go ? heheheh..dia gelak...katanya aku agak nakal..bahhh....memang puna aku nakal..Kami berpisah diKLIA tanpa aku mengetahui siapa namanya. Ketika itu dia memberikan aku kad namanya tapi aku tidak sempat melihat dan membaca kad tersebut. Pelikkan aku....

Semuanya berakhir begitu sahaja, sehinggalah satu hari aku mendapat panggilan dari luar negara. Hatiku berbisik..' siapalah gerangannya yang sudi menghubungi aku' kalau dulu aku selalu mendapat panggilan dari MAR...tetapi ketika itu MAR telah meninggalkan aku tanpa kata...hatiku berdetik lagi, MARkah? bila aku menjawab panggilan itu, aku terdengar suara yang bukan milik MAR..jadi siapa? hatiku bertanya dan pada saat yang sama aku bertanya, siapa dia...dengan penuh teka teki dia berkata 'cuba riana ingat, siapa saya' Saat itu, mamang ingatanku agak lambat berjalan. Aku gagal mengingati dia...lantas aku memohon padanya untuk memperkenalkan diri. ' riana, call me DASRI. kita kenal time tunggu fligt balik borneo beberapa hari yang lepas.' OOOO...DIA rupanya...hehehhe aku benar-benar lupa..katanya saat itu dia di GERMAN...WAHH!!!!..aku yang tidak pernah pergi kesana, merasakan bahawa dia amat bertuah dan kagum padanya. Ketika itu aku belum lagi mengetahui siapa dia dan apa pekerjaannya. Bagiku masa bodoh aku mengambil tahu hal-hal yang tidak ada hubungan denganku....dia bertanya padaku, apa yang aku inginkan dari GERMAN...heheeh selambah aku berkata..'apa-apa je, janji ikhlas' selang seminggu dari hari dia menghubungiku, aku mendapat kiriman minyak wangi jenama kegemaranku berserta pakaian dalam..hehehehe aku tertawa suka bila menerima hadiah kecil tersebut. Kecil tapi amat bernilai bagiku. Lantas hatiku bertanya, siapa gerangan individu tersebut...Bergegas aku menyelongkar beg tanganku untuk mencari kada nama yang diberikan pdaku dulu. Alangkah terkejutnya aku bila kad nama itu tertulis nama seorang DATUK SRI ZAZ (singkatannya) patutlah dia nak dikenali cuma sebagai DASRI. ...wahhh kreatif juga Datuk tersebut. Lantas hatiku jadi takut. Takut jika aku tersalah bahasa dan sebagainya....rupanya aku berurusan dengan individu yang ada kelas tersendiri dalam ruang hidupnya...Hubungan kami berakhir disitu sahaja. Aku tidak berani menghubunginya, aku takut dia akan beranggapan bahawa aku cuba mengambil kesempatan pada dirinya. Dia pun sedemikian, selepas kiriman minyak wangi tersebut, dia tidak pernah menghubungiku lagi. Senyap begitu sahaja....dan aku melupakan dia dari kamus hidupku, namun jika aku memakai minyak wangi tersebut, aku lantas teringat padanya dan menggelarkan dia sebagai lelaki misteri....

Namun hari ini aku terkejut dan agak terpinga-pinga, bila mana aku menghantar anak angkatku ke KLIA, aku disapa oleh seseorang yang aku tidak kenali. Kata lelaki itu ada orang yang ingin bertemu denganku diRUANG TUNGGU VIP...aduuhhhh, apalah salahku, detik hati kecilku. Kenapa ada orang yang ingin bertemu denganku disana. Aku enggan pergi, kerana aku takut. Sehiggalah orang suruhan tersebut datang kembali padaku dan membawa nota kecil yang berbunyi ' riana, jpa abg - DASRI' HEHEHHE....tersirap darahku bila seorang Datuk Sri boleh menggelarkan dirinya sebagai abg padaku. Aku bergegas pergi menemuinya, (kebetulan urusan anakku telah selesai). Kami bertemu dalam suasana yang mesra. Mulanya aku cuma ingin berjabat tangan pada dengannya, tapi dia menarik tubuhku dalam pelukannya...fuhhh hatiku bergetar, teringat kata-kata MAR bahawa aku dari satu pelukan kesatu pelukan lelaki lain..huhuhuhu...tapi aku beranggapan pelukan itu cuma tanda dia menyayangi aku sebagai kawan. Aku sedikit terispu malu bila pelukan yang tidak dirancang itu terjadi. namun aku tidak takut, kerana ada orang suruhan tersebut didekat kami. 'riana apa khabar?' kenapa nampak hitam'..hehehhe aku ketawa bila pertanyaan itu terlontar dari bibirnya, bila masa pula aku putih, bukankah sememangnya seorang yang berkulit hitam, jawabku. Pertemuan itu berakhir disitu sahaja. Namun seperti biasa, dia memberikan aku kad nama untuk dihubungi, Insyallah jika aku sempat. itu janjiku padanya...' riana sudah khawin?' soalan bonus, aku cuma senyum tanpa memberikan jawaban. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami berpisah di KLIA. Dia menujuh keBrisbane Aussie, aku menuju kenegeriku. Sememangnya KLIA BANYAK meninggalkan cerita singkat yang aku perolehi setiap kali aku bersamanya. KLIA, AKU BANGGAKAN kerana dari beberapa airport luar negara yang aku kunjungi, KLIA memang yang cantik dan terbaik...hehehhe..biasalah, MADE IN MALAYSIA....AKU BANGGA...

Saturday, 26 May 2012

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.  Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis.  Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah).  Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai.  Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti.  Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan.  Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya.  Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO.  Antaranya semestinya perebutan sumber.  Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari.  Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut.  Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah.  Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik.  Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.  Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza


Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011.  Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO.  Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.  Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah.  Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.  Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas.  Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman.  Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri.  Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri.  Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan.  Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun.  Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO).  Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini.  Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah.  "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah.  Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko.  Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah.  Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.


from email :
kembara tawau
riana67
Titik tengah s'jung malaya
26 Mei 2012
4.40pm

Thursday, 24 May 2012

Tsunami Kasih

bersama yang tersayan
Aku suka bila aku disayangi. Lebih-lebih lagi aku suka bila orang menyintai aku. Cinta dan sayang memang sukar untuk dipisahkan. Aku menyayangi anak-anakku, menyintai mereka dengan sepenuh jiwaku. Sama seperti aku menyintai ayah mereka dengan tulus ikhlas dengan apa yang ada padanya. Takkan ada yang bisa menghapus sayang dan cintaku pada mereka semua kecuali dariNYA. Dan bila aku tidak memiliki kasih sayang dan cinta itu untuk ayah mereka sebagai seorang suami, aku percaya, semua berpunca dariNYA. Pasti ada sebab, kenapa dan mengapa hatiku berubah. Perubahan itu tidak akan terjadi tanpa alasan apa pun. Namun ikatan yang ada diantara kami (memiliki anak dari buah cinta kami) tentunya tidak dapat memisahkan kami begitu mudah. Biarlah apa kata orang diluar sana...bagaimana hubungan yang tidak lagi harmoni bisa terjalin dan berjalan seperti pasangan normal yang berkhawin. Semuanya demi anak-anak (alasan kami). Tetapi bagiku, bukan cuma kerana anak. Ada yang lebih dari itu. Aku adalah seorang pencinta sangat setia pada pasangan sebenarnya. Jika mereka tahu, aku adalah seorang yang sangat menghargai mereka yang menyayangiku, menyintaiku meski pun mereka melihat aku dari sudut yang negetive. Bila aku menyintai seseorang, aku akan menjaga dengan baik hubungan tersebut sehinggalah HATIKU TERLUKA. Aku bisa memaafkan sesiapa pun dalam hidupku termasuk suamiku, namun aku tidak akan pernah melupakan apa yang pernah mereka lakukan padaku. SENTIASA HANGAT DALAM INGATAN...sehangat ketika aku dalam pelukan mereka. Membara dan membakar jiwaku. Kehangatan itulah yang akan membuatkan aku sedikit demi sedikit berpaling dari mereka, meski pun aku menyayangi dan menyintai mereka. Aku harus pergi dari hidup mereka bila aku melihat perhubungan itu tidak menjanjikan aku kebahagian. Bagiku kebahagian itu penting dalam perhubungan. Untuk apa aku bertahan dalam perhubungan yang aku tidak melihat jalan penghujungnya? Untuk apa aku pertahankan perhubungan jika aku perlu mengalirkan airmata? Untuk apa aku bertahan dalam perhubungan jika aku harus menjadi seorang pengemis? Bukankah aku juga punya harga diri

insan tersayang

Aku sedar, bukan mudah untuk mencari kebahagian dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi orang seperti aku. Sosial dan agak nakal. Ramai yang tidak dapat menerima sikap dan tingkah lakuku seadanya. Namun aku tidak dapat mengubah diriku untuk menjadi insan yang mereka kehendaki.. aku ingin mereka menerima aku seadanya. Menerima semua kekurangan yang aku ada dan dalam masa yang sama menerima kelebihan yang aku ada. Bukan menerima kelebihan yang aku ada tetapi tidak dapat menerima kekurangan yang aku ada. Namun sehingga hari ini aku belum lagi mendapat apa yang aku inginkan. Jauh sekali dari mereka yang merasa menyayangi aku. Persoalannya sekarang, perlukah aku pertahankan perhubungan yang tidak dapat menerima aku seadanya. Mengonggkong kebebasan yang aku ada? melanggar hak-hak peribadi yang aku ada? Apa lagi jika perhubungan itu amat menggaggu emosiku dan menjatuhkan harga dan imej diriku. Kesendirian dan kesepian itu amat mencengkam jiwa, aku tidak menyukai kesepian, tetapi jika kesepian itu menjadi terapi ketenangan diriku, rasanya aku lebih baik menjadi seorang yang sepi daripada aku dimiliki dengan jiwa yang memberontak. Aku harus meneruskan perjalananku tanpa menoleh kebelakang, aku harus meninggalkan semua yang merasa menyayangiku tapi tidak pernah menghormati dan menghargai apa yang aku berikan pada mereka. Selamat tinggal jika itulah ucapan yang paling tepat buat mereka. Biarlah ada hati yang terluka. BUKANKAH AKU SUKA MEMPERMAINKAN HATI DAN PERASAAN MEREKA.? itu tanggapan yang diberikan padaku. itu lebel yang aku ada dimata mereka. Huuuuhhhh!!!...hati dan perasaan siapa yang aku permainkan? bukan hati dan perasaanku yang dipermainkan selama ini? hati dan perasaanku yang diinjak-injak tanpa kasihan?....Biarlah apa tanggapan mereka. Rasanya aku tidak pernah menyusahkan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Kalau lelaki yang menyusahkan aku ADALAH...perggggghhhh...

Tuesday, 22 May 2012

Sperma dan Onani

img Kegusaran seorang belia tentang tahap produktiviti sperma yang dia ada. Berikut adalah antara email yang saya dapat daripada seorang kawan lama saya (doktor pakar sakit tuan). Beliau berkongsi maklumat ini pada saya :-

(Foto: thinkstock)
Dok, saya sering melakukan kegiatan onani seminggu 2 kali, tetapi sehabis melakukannya muncul dipikiran saya sperma bisa habis. Sebenarnya sperma itu bisa habis atau tidak? Terimakasih Dok.

Boy (Pria Lajang, 21 Tahun), syamsimakeaXXXX@yahoo.com
Tinggi Badan 170 Cm dan Berat Badan 65 Kg

Jawaban

Sperma tidak akan habis sesering apapun Anda melakukan onani. Turn-over (perputaran) produksi cairan sperma bergantung pada usia dan kebugaran fisik pria.

Laki-laki yang sehat akan memproduksi 70-150 juta sperma per hari. Sperma ini terdapat dalam air mani yang mana rata-rata volume air mani normal yang dihasilkan pada ejakulasi adalah 2-5 ml (setengah sampai 1 sendok makan ukuran Inggris).

Sperma diproduksi di testis dan membutuhkan waktu selama 10 minggu untuk menjadi matang. Sperma yang matang ini bisa menunggu selama dua minggu di daerah yang disebut epididimis (waduk penyimpanan sperma), organ ini berada di atas testis.
__._,_.___
  

Sunday, 20 May 2012

Semuanya salahku..maafkan aku

Aku fikir, aku terlalu kerap meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Membiarkan orang lain menuduh aku seenaknya sahaja. Membiarkan orang lain menginjak-injak hak pribadiku dengan sewenang-wenangnya..Dulu aku begitu teguh berdiri dan berlari seroang diri. tiada hati yang perlu aku jaga. Meski aku menyukai seseoarang, namun aku tahu orang tersebut tidak mengindahkan perasaanku. Jauh sekali melihat jauh dalam hatiku. Terkadang aku merasa bahawa diriku adalah seorang pengemis yang menangih simpati dan belas kasihan dari seroang lelaki. dan semuanya berubah bila aku berpaling pada kenangan lama yang membuatkan aku merasa dihargai dan disayangi, lebih tepat lagi aku merasa dicintai. Dengan perhatian yang sekecil-kecilnya aku dapatkan dari kenangan lamaku membuai hati dan diriku dialam lain. Aku tahu ada hati yang terluka dan sakit hati. Lebih-lebih MAR..MENUDUHKU TANPA MELIHAT KENAPA DAN MENGAPA AKU JADI SEPERTI INI...katanya dia ingin aku berubah...berubah bagaimana yang dimaksudkannya. Bukankah aku kini telah berubah. hatiku berubah total. Kenangan lama membuai diriku...melambungkan aku diruang yang aku sukar untuk gambarkan. Perlukah aku ungkapkan segalanya tanpa memikirkan hati orang lain. Kononnya aku tidak jujur dan mempermainkan lelaki? Betulkah aku permainkan lelaki? bukan akukah yang selama ni dipermainkan oleh MAR...bukan selama ini aku jadi pungguk rindukan bulan? bukan selama ini aku seakan pengemis yang hina? bukan selama ini aku cuma perempuan yang tidak ada moral? bukankah semua itu yang MAR katakan pada kekasihnya di JOHOR SANA....mengunggkapkan semua sifatku yang jelek..
                                                                                  
Kadang-kadang aku tidak mengerti sikap MAR...katanya sayang padaku, tetapi bila dia bercuti balik Malaysia, aku memohon sangat padanya untuk bertemu, tetapi dia seakan enggan...kenapa ye? salahkah aku bila aku memohon pertemuan dengan orang yang kita sayang? atau dia tidak punya perasaan padaku. Cuma rasa terpaksa? Entahlah. Namun bila melihat komen-komen yang dilontarkan dalam facebook milikku, aku seperti anak kecil yang mendapat perhatian penuh darinya. Sehinggakan pergerakan dan pertuturanku dalam site tersebut menjadi janggal. Lebih-lebih bila komen-komen tersebut mendapat respon yang negetive dari kawan-kawan yang lain...wahhh...bangga juga, bila mendapat perhatian seperti itu. tetapi rasa rimas bila komen-komen itu seakan menelanjangi diriku. Aku tidak salahkan MAR...aku sedar semua ini adalah KESALAHANKU...biarlah, jika dia hendak membuat keputusan meninggalkan aku dan delete aku dari kehidupannya, aku PASRAH...bagiku semua itu adalah ketentuan dariNYA.  Aku menunggu MAR sejak dulu. Sabar dengan setiap perlakuannya. Namun bila aku xperesikan kegembiraanku bersama orang lain, dia seakan terkedu dan amat terpukul..aku tidak mengenali sikapnya sejujurnya. Atau aku buta dengan semua . Dulu aku amat berbangga dengan dirinya, nampak penyayang dan prihatin. Namun kini dia...entahlah..aku sukar untuk mengungkapkan segalanya. Kemungkinan aku yang silap tafsir terhadap dirinya. MUNGKIN DIA TIDAK SERIUS DENGANKU...mungkin juga dia tidak ingin menjadikan aku suri dalam hidupnya...mungkin dia cuma ingin menjadikan aku perempuan yang boleh dibawah tidur semata. huuuuuhhhhh!!!...semuanya serba kemungkinan. Aku malas memikirkannya. Aku serahkan padaNYA semata. Bagiku, meski pun kita genggam erat sesuatu, tetapi jika bukan milikku pastinya akan terlerai juga, namun meski pun sesuatu itu adalah milikku, pasti akan menjadi milikku jua, meski pun badai melanda. Semuanya aku serahkan padaNYA...                                                                                 

Saturday, 12 May 2012

Mama - Celine Dion

Happy mother day to my self..ehehhehe...lonely

APA LAGI YANG BISA AKU KATAKAN

Apa lagi yang bisa aku katakan dengan perlakuanmu? haruskah aku menangis?....sedangkan aku sudah kekeringan airmata untuk menangisi perlakuanmu....bahkan hatiku turut sama menjadi kering dengan episod-episod tingkah lakumu...aku 'terbentuk'dengan perlakuannu yang begitu indah dan menyenangkan. Congratulation...cukup membanggakan, saban tahun aku diperlakukan sedemikian. Apa bila aku memohon dilepaskan dengan cara baik agar aku bisa mencari kebahagian sendiri, kenapa harus ditunda...kenapa harus aku melayari kehidupan sendiri tanpa batas waktu yang aku sendiri tidak tahu kapan dan dimana kamu  bisa membuat sesuatu keputusan yang menyenangkan hatiku. Sedarkah, dengan perlakuanmu itu, bisa membuat aku jadi seorang yang 'derhaka' dan ber'dosa' padamu, padaNYA, bahkan pada semua orang disekitarku. 
Apa lagi yang aku bisa katakan padamu, menilaimu...?

Merenung kembali kebersamaan kita yang sekian lama, terkadang membuatkan aku terfikir, kanapa aku begitu bodoh membiarkan diriku berada dalam genggamanmu sedangkan aku bisa melangkah jauh lebih baik bila aku tidak berada dalam genggamanmu. Kebosanan yang aku rasa semakin membelenggu diriku bila kesepian dinginnya subuh ini mencengkam jauh dilubuk hatiku. Sunyi dan sepi tanpa seorang yang aku cintai dan sayangi begitu menghiris hatiku. Kenapa aku harus berada dalam dosa bila aku bisa mengecapi semua itu dalam bentuk yang 'halal'? Semuanya berpunca darimu yang begitu ego memenjarakan aku dalam penjara cintamu. Apa lagi yang bisa aku katakan? Bebaskan aku...bebaskan aku...berulang kali aku memohon padamu dengan tulus ikhlas...cinta antara kita memang masih ada, tetapi untuk bersama, aku tidak merasakan indahnya cinta yang ada dihatimu.

Menoleh kebelakang melihat kepedihan yang aku rasa bila bersamamu terasa amat menyakitkan, bahkan jika bisa aku tidak ingin menoleh melihat semua apa yang pernah terjadi antara kita. Namun aku gagal berbuat demikian, semuanya kerana lorong dan langkahku masih melalui denai-denai yang kamu ciptakan. Kenapa aku harus melalui lorong tersebut sedangkan aku bisa melalui lorong yang lain. Jawabnya amat mudah...kamu adalah insan yang memang ditaqdirkan untukku tetapi kamu tidak menjagaku dengan sempurna bahkan tidak keterlaluan bila aku berkata ' kamu gagal menjalankan AMANAH yang telah diberikan padamu olehNYA'...salahkah bila aku berkata begitu? tanya dirimu, tanya hatimu, dimana kedudukan sekarang..dimana hakku sebagai manusia, dimana hakku dalam ISLAM....DOSAKAH AKU BILA AKU MEMOHON PADAMU UNTUK DILEPASKAN SECARA TOTAL TANPA ALASAN? apa lagi yang perlu aku katakan padamu? perlukah aku bersujud padamu untuk kebebasanku? kenapa perlu berdalih? kenapa perlu ada benci dihati untuk memohon kebebasanku?

Melihat dan melangkah kehadapan, aku memerlukan kekuatan yang luar biasa. Ada tangan-tangan yang rakus, yang harus aku hindari. Bahkan ada raksasa yang perlu aku elakkan dalam melalui lorong-lorong kehidupanku yang semakin abstarak aku rasakan. Aku tidak ingin menjadi mangsa kerakusan yang ada...aku tidak ingin raksasa memburuku cuma kerana nafsu dan dinar semata. Mampukah aku menghindari semua itu? sedangkan aku sendiri punya kerakusan tersendiri dan terkadang menjadi 'raksasa' yang menakutkan setengah mereka diluar sana...hehehehehe.....namun aku dengan mereka tidak serupa walau ada kesamaan. Yelah, secara jujurnya aku bukanlah seorang yang baik mana, kekurangan dan kelemahan yang aku ada terkadang menjerumuskan aku kelembah kerakusan. Semuanya berpunca darimu....insan yang bertopengkan CINTA DAN SAYANG PADAKU tetapi sebenarnya cuma menjadikan aku PIDANA yang tidak bersalah dalam penjara kehidupanku. Apa lagi yang bisa aku katakan padamu bila, perhubungan kita sukar untuk disimpulkan seutuh dulu. Apa lagi yang bisa aku katakan padamu bila cintaku tidak lagi buatmu...apa lagi yang bisa aku katakan bila aku telah bersama insan lain....apa lagi yang bisa aku katakan padamu bila hatiku milik insan lain. Perlukah aku jelaskan semuanya padamu. Lihatlah dalam mataku, jauh dilubuk sana, ada cinta dan sayang buat insan lain, lihatlah jauh didalam sana, aku bersamamu cuma kerana kita memiliki buah cinta yang sama...lihatlah jauh didalam sana, aku cuma seorang sahabat, kawan dan temanmu ketika ini...Jika kita bersama, mungkin cuma untuk mengusir rasa sepi yang ada dihatiku....

Friday, 11 May 2012

Juz 'Amma Plus Terjemahan - Muhammad Thoha Al Junayd

Rutin harianku, mendengar dan menghayati bait-bait indah. Menyelami erti yang tersirat dan tersurat. Akhir-akhir ini aku seakan begitu jauh dari PENCIPTAKU...tergelincir dari landasan kehidupan dan moral. Kemungkinan kesepian yang sekian lama aku alami menjadikan aku begini kesepian. Lantas inilah cara yang terbaik aku lakukan. Kalau dulu aku membaca bait-bait itu dengan lantun yang perlahan...meski pun aku tidak sebaik Qariah lain namun aku masih mampu membaca bait-bait indah ini. Namun, tika ini aku begitu terpesong jauh...aku seakan tidak mempu melantunnya dengan indah. Berpandukan semua bacaan dari teknologi yang canggih ini aku mengikuti bait-bait ini dengan sentuhan yang berlainan. Jauh disudut hatiku, betapa aku begitu kerdil dan hina disisiNYA. Semakin hampir hari ibu, semakin terasa kesepian dalam lubuk hatiku....

Tuesday, 8 May 2012

OMBAK RINDU (Full Movie)

TEPUK DADA TANYA SELERA

Shahriansyah yang handsome...hehehe
Pagi yang indah, aku terkejut dari lena yang panjang. Bersyukur padaNYA kerana aku masih bisa menikmati indahnya pagi hari bersama mereka yang aku cinta. Kerinduan pada anak-anak jelas memberikan kesan yang amat mendalam dihatiku, terutama pada ketigaku...Shahriansyah Thamrin. Bagaimana keadaannya? Terlalu awal dan terlalu muda dia memikul beban masalah yang dihadapi cuma kerana seorang wanita. Wanita yang sepatutnya memberikan dia semangat dan dorongan dalam menghadapi hari-hari indahnya. Namun, kelihatannya dia cuma menghadapi hari-hari yang membawa seribu tekanan perasaan. Kenapa mesti begitu? bukankah mereka saling menyintai dan aku merestuinya meski pun aku tidak merelakannya. Ya, jujur aku katakan aku sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan perkhawinan mereka, namun aku terpaksa merestuinya demi kebahagian anakku. Bagiku, bila seorang anak bisa tersenyum bahagia, aku sebagai ibu, sudah cukup merasa bahagia dengan kebahagian yang dialami oleh mereka...tetapi jika kebahagian itu terlalu sukar untuk dimiliki cuma kerana sombong dan ego dari pihak pasangan mereka, tentunya aku tidak senang dengan semua itu. Rasanya tidak ada seorang ibu pun dalam dunia ini yang sanggup dan rela anak mereka disakiti dalam bentuk apa pun. Termasuk aku...

lelaki-lelaki yang aku sayang
Pagi yang indah ini melantunkan perasaan rindu pada mereka yang aku sayang dan cintai. Utuh dan kekal dalam sanubariku. Bersyukur padaNYA kerana aku memiliki insan-insan yang menyintaiku dalam berbagai bentuk. Aku menghargai semua itu meski pun terkadang aku alpa, lupa dan lalai dalam menyemai kasih sayang bersama mereka. Aku inginkan kesempurnaan dalam meluahkan kasih sayang itu, namun seperti orang lain, aku juga gagal mendapatkan kesempurnaan seutuhnya kerana aku mengerti tiada yang sempurna dibumi ini kecuali SANG MAHA PENCIPTA...sekurang-kurangnya aku tidaklah terlalu daif dalam hal yang berbentuk kasih sayang. Bahkan terkadang aku lemas dengan kasih sayang...hehehehhe...ceehhhh...berlagak ooo...

meeting KIK
Pagi yang indah ini, memberikan aku semangat baru dalam menjalankan tugas seharian. Semoga pagi yang indah ini dapat memberikan aku komitmen yang lebih pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Sesuatu yang amat penting dalam hidupku. Aku bersyukur padaNYA kerana aku masih punya pekerjaan dan punca rezeki. Berbanding orang lain, yang seakan begitu sulit dan sukarnya mendapatkan pekerjaan. Nikmat tuhan yang tidak seharusnya aku abaikan. Lagi pun aku dikelilingi oleh mereka yang bergelar 'kawan' yang baik dimata kasarku. Jika ada pun yang tidak menyenangiku ,bagiku lumrah kerana aku memang tidak mempu untuk menyenangkan hati semua orang. Perlukah aku mengambil hati dengan perlakuan segelintir daripada mereka cuma kerana keegoan? Jawabnya mudah bagiku. Ignore dan buat muka selamba!!!...apa yang penting aku tidak membalas perbuatan mereka. Biar tuhan yang memberikan balasan...itulah yang sebaiknya.

Segar dipagi hari...
Pagi yang indah ini melantunkan kerinduanku padanya, seorang yang bertahta dihatiku. Utuh dan kekal bersemadi. Halangan yang terbentang luas dihadapanku amat menyedarkan aku bagaimana sukarnya meniti perjalanan kasih untuk bersamanya. Banyak hati yang perlu dijaga. Banyak perlakuan yang harus diatur agar tidak ada yang terluka. Namun aku tahu dan pasti, ada yang terluka, ada yang membenci...rasanya aku tidak perlu pusing dengan semua perasaan orang lain.... apa yang penting, aku bahagia...bukankah kebahagian itu milikku juga? bukankah kebahagian itu milik semua orang tidak terkecuali aku. Jika tuhan merestui perhubungan ini dan menjadikan sesuatu yang pahit sebagai obat dan terapi buatku, kenapa aku harus berfikir dua kali untuk meneruskan langkah dan perjalanan yang aku tempuhi ketika ini... TEPUK DADA TANYA SELERA...aku tidak akan menoleh kebelakang meski pun ada hati yang terluka....maafkan aku...Selamat pagi semua...

Monday, 7 May 2012

TIGA PANDANGAN YANG MEMBEERIKAN PAHALA

my mom...love u mum...
 
Pertama : Wajah Ibu
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita
dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa
jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak.
Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan
wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam
Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu
juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah
diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)
Karya teragung
 
Kedua : Al-Quran
 
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa
kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati
kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya.
Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah
Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak
langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya
hidup kita akan di berkati
Kerinduan yg terindah....kapan aku bisa sujud d hadapanmu?
 
Ketiga : Memandang Kaabah
 
Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan, Indonesia suka
bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya
saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di
dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat
kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah
peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang
Baitullah (kaabah) InsyAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk
duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak
zaman nabi Ibrahim lagi.
 
 
  alangkah indahnya..kapankah gerangannya aku bisa memandang yang ketiga ini?

Saturday, 5 May 2012

Tidur....Tidur...zzzzzzzz.....zzzzzz....

Sepanjang hayatku, aku tidak pernah lagi tidak tidur malam. Walau sesibuk mana pun aku masih sempat melelapkan mata walau sejam atau lebih. Tetapi semalam aku gagal mendapat nikmat tidur yang aku nantikan. Sejak kemarin aku tidak tidur siang, cuma menghadap personal kumputer dikamarku. Segala macam website aku jelajah, hanya untuk melelapkan mata. Namun aku gagal. Kenapa aku harus menghadapi masalah seperti ini?.

Sehingga hari ini mata ini masih enggan untuk tidur. Aku sudah minum obat untuk menyenangkan perjalanan lelapku, namun masih gagal. Cobaan apa lagi yang aku harus hadapi? Bila mata tidak dapat tidur, otak pun tidak berfungsi...Aku ingin menulis apa saja cerita dalam blog, tapi aku gagal. Otakku tidak dapat berkerja dengan baik. Kenapa ye? Aku rindu seseorang? tidak juga...rasanya aku tidak merindukan sesiapa pun saat ini. Jauh sekali mengenang orang lain dalam hidupku. Masalah kerja? tidak juga...aku dalam masa cuti, tidak ada kerja yang perlu aku fikirkan. Jadi kenapa? aku sakitkah?

Aku menghabiskan masa membaca buku, aku tidak boleh solat sebab aku period (datang bulan), aku baca blog-blog politik yang memang menjadi hobiku...tetapi aku masih gagal untuk lelap. Kenapa ini? aku jadi risau. Sehingga saat ini aku masih gagal untuk mendapatkan sedetik pun masa tidur. Aku perlu makan obat tidur dengan dos yang tinggi kot? eeee..tidak berani pula aku. Mana tau, aku terlajak tidur selamanya....NAUZUBILLAH...aku  belum lagi bertaubat.....Semoga ini bukan hukuman dariNYA atas dosa-dosa yang telah aku lakukan...aku takut menghadapi azab dariNYA....

Friday, 4 May 2012

RECYCLED HOUSE


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Click Here To Join
 
 
Building a home that is inexpensive and unique in same time is real challenge today. A perfect example how home can be built with less money is this house which is designed by architects Claire Helene Drouin and Jean Marie Sanchez.
The entire house is built with 15 recycled shipping containers. After it is finished, you would never notice that it is built from containers and it has a very fashionable design.

This home is built in Marseille, France where you can find a plenty of shipping containers that are waiting to be recycled and used again. Maybe the coolest fact is that this home is pretty mobile and it could be eventually relocated to another place.
 
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join
 
 
Click Here To Join

Dwen - Satu Penantian with lyrics

Dwen - Satu Penantian with lyrics



anything....aramaiti...

Wednesday, 2 May 2012

Hari-hari terakhir aku bersama Mahrin

Woi..Pakcik...macam songeh orang kalah judi je..

Aik...posing tepi hutan..apa kes beb!!!

Heheheheh...macam orang kalah judi...

Pinjam spek....

Apa sal kepala toleng? tengok saya erk? hehehe

Amboi...mentang-mentang bukan kereta dia..suka hati je sandar ye...

Aikkkk...dari mana nak kemana ni Makcik oooiii...