Monday, 28 May 2012

Kuala Lumpur International Airport - KLIA

Tiga tahun lepas aku bertemu dia disini. Ketika itu aku baru balik dari kursus yang dianjurkan oleh kementerian tempatku bertugas, dia pula baru balik dari China. Katanya ada perniagaan yang dikendalikanya disana. Aku sendiri lupa, bagaimana awal perkenalan aku dan dia. Kalau aku tidak silap, aku rasa perkenalan kami bermula bila kami menunggu penerbangan untuk kembali kenegeri masing-masing. Aku ingin kembali keSabah dan dia ingin kembali keSerawak. Ketika itu dia menolongku mengutip barang-barangku yang berselerak jatuh ketika aku ingin menjawab panggilan dari seorang rakan. Dengan budi bahasa yang dia ada, dia memberikan aku paper bag miliknya untuk menyimpan barang-barangku yang agak banyak ketika itu. Aku terkedu dan agak rimas bila dia banyak membantuku. Segan...maklumlah dia agak kacak dan menawan, kemas dan nampak bijaksana. Perkenalan itu berakhir dengan pertukaran nombor talipon antara aku dan dia. Keep n touch, katanya...ehheheh aku membalas....bukan touch n go ? heheheh..dia gelak...katanya aku agak nakal..bahhh....memang puna aku nakal..Kami berpisah diKLIA tanpa aku mengetahui siapa namanya. Ketika itu dia memberikan aku kad namanya tapi aku tidak sempat melihat dan membaca kad tersebut. Pelikkan aku....

Semuanya berakhir begitu sahaja, sehinggalah satu hari aku mendapat panggilan dari luar negara. Hatiku berbisik..' siapalah gerangannya yang sudi menghubungi aku' kalau dulu aku selalu mendapat panggilan dari MAR...tetapi ketika itu MAR telah meninggalkan aku tanpa kata...hatiku berdetik lagi, MARkah? bila aku menjawab panggilan itu, aku terdengar suara yang bukan milik MAR..jadi siapa? hatiku bertanya dan pada saat yang sama aku bertanya, siapa dia...dengan penuh teka teki dia berkata 'cuba riana ingat, siapa saya' Saat itu, mamang ingatanku agak lambat berjalan. Aku gagal mengingati dia...lantas aku memohon padanya untuk memperkenalkan diri. ' riana, call me DASRI. kita kenal time tunggu fligt balik borneo beberapa hari yang lepas.' OOOO...DIA rupanya...hehehhe aku benar-benar lupa..katanya saat itu dia di GERMAN...WAHH!!!!..aku yang tidak pernah pergi kesana, merasakan bahawa dia amat bertuah dan kagum padanya. Ketika itu aku belum lagi mengetahui siapa dia dan apa pekerjaannya. Bagiku masa bodoh aku mengambil tahu hal-hal yang tidak ada hubungan denganku....dia bertanya padaku, apa yang aku inginkan dari GERMAN...heheeh selambah aku berkata..'apa-apa je, janji ikhlas' selang seminggu dari hari dia menghubungiku, aku mendapat kiriman minyak wangi jenama kegemaranku berserta pakaian dalam..hehehehe aku tertawa suka bila menerima hadiah kecil tersebut. Kecil tapi amat bernilai bagiku. Lantas hatiku bertanya, siapa gerangan individu tersebut...Bergegas aku menyelongkar beg tanganku untuk mencari kada nama yang diberikan pdaku dulu. Alangkah terkejutnya aku bila kad nama itu tertulis nama seorang DATUK SRI ZAZ (singkatannya) patutlah dia nak dikenali cuma sebagai DASRI. ...wahhh kreatif juga Datuk tersebut. Lantas hatiku jadi takut. Takut jika aku tersalah bahasa dan sebagainya....rupanya aku berurusan dengan individu yang ada kelas tersendiri dalam ruang hidupnya...Hubungan kami berakhir disitu sahaja. Aku tidak berani menghubunginya, aku takut dia akan beranggapan bahawa aku cuba mengambil kesempatan pada dirinya. Dia pun sedemikian, selepas kiriman minyak wangi tersebut, dia tidak pernah menghubungiku lagi. Senyap begitu sahaja....dan aku melupakan dia dari kamus hidupku, namun jika aku memakai minyak wangi tersebut, aku lantas teringat padanya dan menggelarkan dia sebagai lelaki misteri....

Namun hari ini aku terkejut dan agak terpinga-pinga, bila mana aku menghantar anak angkatku ke KLIA, aku disapa oleh seseorang yang aku tidak kenali. Kata lelaki itu ada orang yang ingin bertemu denganku diRUANG TUNGGU VIP...aduuhhhh, apalah salahku, detik hati kecilku. Kenapa ada orang yang ingin bertemu denganku disana. Aku enggan pergi, kerana aku takut. Sehiggalah orang suruhan tersebut datang kembali padaku dan membawa nota kecil yang berbunyi ' riana, jpa abg - DASRI' HEHEHHE....tersirap darahku bila seorang Datuk Sri boleh menggelarkan dirinya sebagai abg padaku. Aku bergegas pergi menemuinya, (kebetulan urusan anakku telah selesai). Kami bertemu dalam suasana yang mesra. Mulanya aku cuma ingin berjabat tangan pada dengannya, tapi dia menarik tubuhku dalam pelukannya...fuhhh hatiku bergetar, teringat kata-kata MAR bahawa aku dari satu pelukan kesatu pelukan lelaki lain..huhuhuhu...tapi aku beranggapan pelukan itu cuma tanda dia menyayangi aku sebagai kawan. Aku sedikit terispu malu bila pelukan yang tidak dirancang itu terjadi. namun aku tidak takut, kerana ada orang suruhan tersebut didekat kami. 'riana apa khabar?' kenapa nampak hitam'..hehehhe aku ketawa bila pertanyaan itu terlontar dari bibirnya, bila masa pula aku putih, bukankah sememangnya seorang yang berkulit hitam, jawabku. Pertemuan itu berakhir disitu sahaja. Namun seperti biasa, dia memberikan aku kad nama untuk dihubungi, Insyallah jika aku sempat. itu janjiku padanya...' riana sudah khawin?' soalan bonus, aku cuma senyum tanpa memberikan jawaban. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami berpisah di KLIA. Dia menujuh keBrisbane Aussie, aku menuju kenegeriku. Sememangnya KLIA BANYAK meninggalkan cerita singkat yang aku perolehi setiap kali aku bersamanya. KLIA, AKU BANGGAKAN kerana dari beberapa airport luar negara yang aku kunjungi, KLIA memang yang cantik dan terbaik...hehehhe..biasalah, MADE IN MALAYSIA....AKU BANGGA...

No comments: