Tuesday, 8 May 2012

TEPUK DADA TANYA SELERA

Shahriansyah yang handsome...hehehe
Pagi yang indah, aku terkejut dari lena yang panjang. Bersyukur padaNYA kerana aku masih bisa menikmati indahnya pagi hari bersama mereka yang aku cinta. Kerinduan pada anak-anak jelas memberikan kesan yang amat mendalam dihatiku, terutama pada ketigaku...Shahriansyah Thamrin. Bagaimana keadaannya? Terlalu awal dan terlalu muda dia memikul beban masalah yang dihadapi cuma kerana seorang wanita. Wanita yang sepatutnya memberikan dia semangat dan dorongan dalam menghadapi hari-hari indahnya. Namun, kelihatannya dia cuma menghadapi hari-hari yang membawa seribu tekanan perasaan. Kenapa mesti begitu? bukankah mereka saling menyintai dan aku merestuinya meski pun aku tidak merelakannya. Ya, jujur aku katakan aku sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan perkhawinan mereka, namun aku terpaksa merestuinya demi kebahagian anakku. Bagiku, bila seorang anak bisa tersenyum bahagia, aku sebagai ibu, sudah cukup merasa bahagia dengan kebahagian yang dialami oleh mereka...tetapi jika kebahagian itu terlalu sukar untuk dimiliki cuma kerana sombong dan ego dari pihak pasangan mereka, tentunya aku tidak senang dengan semua itu. Rasanya tidak ada seorang ibu pun dalam dunia ini yang sanggup dan rela anak mereka disakiti dalam bentuk apa pun. Termasuk aku...

lelaki-lelaki yang aku sayang
Pagi yang indah ini melantunkan perasaan rindu pada mereka yang aku sayang dan cintai. Utuh dan kekal dalam sanubariku. Bersyukur padaNYA kerana aku memiliki insan-insan yang menyintaiku dalam berbagai bentuk. Aku menghargai semua itu meski pun terkadang aku alpa, lupa dan lalai dalam menyemai kasih sayang bersama mereka. Aku inginkan kesempurnaan dalam meluahkan kasih sayang itu, namun seperti orang lain, aku juga gagal mendapatkan kesempurnaan seutuhnya kerana aku mengerti tiada yang sempurna dibumi ini kecuali SANG MAHA PENCIPTA...sekurang-kurangnya aku tidaklah terlalu daif dalam hal yang berbentuk kasih sayang. Bahkan terkadang aku lemas dengan kasih sayang...hehehehhe...ceehhhh...berlagak ooo...

meeting KIK
Pagi yang indah ini, memberikan aku semangat baru dalam menjalankan tugas seharian. Semoga pagi yang indah ini dapat memberikan aku komitmen yang lebih pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Sesuatu yang amat penting dalam hidupku. Aku bersyukur padaNYA kerana aku masih punya pekerjaan dan punca rezeki. Berbanding orang lain, yang seakan begitu sulit dan sukarnya mendapatkan pekerjaan. Nikmat tuhan yang tidak seharusnya aku abaikan. Lagi pun aku dikelilingi oleh mereka yang bergelar 'kawan' yang baik dimata kasarku. Jika ada pun yang tidak menyenangiku ,bagiku lumrah kerana aku memang tidak mempu untuk menyenangkan hati semua orang. Perlukah aku mengambil hati dengan perlakuan segelintir daripada mereka cuma kerana keegoan? Jawabnya mudah bagiku. Ignore dan buat muka selamba!!!...apa yang penting aku tidak membalas perbuatan mereka. Biar tuhan yang memberikan balasan...itulah yang sebaiknya.

Segar dipagi hari...
Pagi yang indah ini melantunkan kerinduanku padanya, seorang yang bertahta dihatiku. Utuh dan kekal bersemadi. Halangan yang terbentang luas dihadapanku amat menyedarkan aku bagaimana sukarnya meniti perjalanan kasih untuk bersamanya. Banyak hati yang perlu dijaga. Banyak perlakuan yang harus diatur agar tidak ada yang terluka. Namun aku tahu dan pasti, ada yang terluka, ada yang membenci...rasanya aku tidak perlu pusing dengan semua perasaan orang lain.... apa yang penting, aku bahagia...bukankah kebahagian itu milikku juga? bukankah kebahagian itu milik semua orang tidak terkecuali aku. Jika tuhan merestui perhubungan ini dan menjadikan sesuatu yang pahit sebagai obat dan terapi buatku, kenapa aku harus berfikir dua kali untuk meneruskan langkah dan perjalanan yang aku tempuhi ketika ini... TEPUK DADA TANYA SELERA...aku tidak akan menoleh kebelakang meski pun ada hati yang terluka....maafkan aku...Selamat pagi semua...

No comments: