Monday, 7 May 2012

TIGA PANDANGAN YANG MEMBEERIKAN PAHALA

my mom...love u mum...
 
Pertama : Wajah Ibu
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita
dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa
jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak.
Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan
wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam
Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu
juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah
diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)
Karya teragung
 
Kedua : Al-Quran
 
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa
kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati
kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya.
Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah
Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak
langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya
hidup kita akan di berkati
Kerinduan yg terindah....kapan aku bisa sujud d hadapanmu?
 
Ketiga : Memandang Kaabah
 
Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan, Indonesia suka
bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya
saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di
dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat
kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah
peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang
Baitullah (kaabah) InsyAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk
duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak
zaman nabi Ibrahim lagi.
 
 
  alangkah indahnya..kapankah gerangannya aku bisa memandang yang ketiga ini?

No comments: