Saturday, 30 June 2012

Aku rindu padanya

with my friend (zulk
Perjalanan keJohor memang meletihkan....lebih-lebih bila bersama mereka yang aku tidak gemar. Heheheheh...sori, bukanlah tidak menyukai mereka, tetapi kadang-kadang sikap sebahagian orang-orang disekeliling kita boleh memberikan sejuta rasa yang bisa memberikan mood yang kurang enak (wahhh..bahasa indonesia). Perjalanan yang panjang dan melelahkan ini sebenarnya merupakan satu hobiku sejak dulu. Bukankah aku ini seorang petualang yang unggul..suka berjalan..mengembara..mengenali orang dan sebagainya. tetapi perjalananku kali ini, merupakan perjalanan kerja bersama orang-orang yang aku kurang serasi. Namun mereka sebenarnya baik. Cuma aku yang merasakan kurang selesa bersama mereka..aku tidak merasa enjoy dan terhibur. semuanya kerana aku berurusan dengan individu yang sangat serius. Bukankah aku ini jenis yang happy go lucky, so bila aku berhadapan dengan mereka yang muka serius..aku jadi moody dan sedikit jadi insan yang pendiam..bahkan tidak keterlaluan jika aku sangat pendiam sebenarnya dalam perjalanan ini. Sehinggakan masaku banyak kuhabiskan dengan tidur. Sebenarnya bukan tidur yang lena..cuma tidur yang dipaksakan.


Jam 11 malam kami tiba diJohor. Setelah chek in dalam hostel, aku chek telepon bimbit. wahhh..banyaknya panggilan tidak terjawab. Pastinya 2 daripada panggilan itu aku kenal pasti dari orang yang aku sayang. Kesian dia, susah-susah mendail tapi aku tida sedar ada panggilan. Maklumlah dalam perjalanan aku cuma tidur je. Tiga daripada panggilan itu datangnya dari luar negara..siapa ye? aku jadi tertanya-tanya sebab nombor yang ada menunjukkan negara Austaralia dan England. Kalau diAussie, memang Dia yang selalu call dari sana...tapi kalau dari England, aku kurang pasti...mungkin kawan lama...orang india kelahiran Malaysia, adik menteri yang pernah mengejarku dulu? eeeeeeee...kalau dia, aku malaslah...aku memang kurang gemar dengan bangsa india ini. Bukankah mereka kurang ajar sikit..malas layan..tetapi harap-harap bukan dia yang membuat panggilan itu. Lalu nombor yang satu lagi..dari siapa ye? Fuhhh pening juga untuk mengingat nombor-nombor yang kurang mesra ini. Panggilan yang lain datangnya dari anak-anak dan kawan-kawan yang ada disekitar Semenanjung ini...menghubungi mereka semula dan meminta maaf sebab tidak menjawab panggilan mereka..yang lain aku cuma hantar pesanan ringkas...semuanya cuma untuk menjaga hati mereka. Namun yang sangat pasti aku rindu pada MAR..huhuhuhu....RINDU SANGAT!!!...tadi semasa melalui negerinya aku tiba-tiba teringat dia. Peristiwa yang menyakitkan hati bertandang lagi.. ahhhh biarlah...kesian dia..2 kali dia dail aku tapi aku tidak sedar pun. Bukan salah dia...semuanya salah aku...

wajah terbaruku.
Perhimpunan sukarelawan JPAM kali ini memang meriah. Setelah 2 tahun aku tidak aktiv dalam kerja-kerja sukarelawan ini...tahun ini aku kembali aktiv untuk memulakahkan kerja-kerja amal yang selama ini aku memang minat dan sangat terhibur melakukannya. Lebih-lebih aku sangat senang dan bahagia bila berjumpa kawan-kawan lama. Sekurang-kurangnya aku bisa melupakan masalah yang melandaku dalam menghadapi kesibukan ini. Bila berjumpa dengan orang-orang politik semula, rasanya aku ingin bersama dengan mereka semula untuk membantu mereka..tetapi aku tidak punya kesempatan waktu untuk melakukan semua itu. Pilihanraya semakin dekat. Pastinya mereka (orang-orang politik tengah melobi mencari pengruh) huhuhuhu...dunia.                                                                                                                 

No comments: