10 GOLONGAN YANG DILAKNAT KERANA ARAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Dari Annas bin Malik katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

Pembuatnya , Pengedarnya , Peminumnya , Pembawanya , Pengirimnya , Penuangnya , Penjualnya , Pemakan wang hasilnya , Pembayarnya dan juga Pemesannya .” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “ "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah , adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya ." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan ." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3 , kitab memabukkan , Bab 30 , Hadis no . 3371)

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arakdan mereka menamakannya dengan nama yang lain . (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis . Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera ataubabi ." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman .) - Sumber 

P/s :- Kita sebagai umat Nabi Muhamad S.A.W (Umat Islam) , mesti pandai dalam pengurusan membezakan yang mana baik dan yang mana yang sebaliknya . Jadi , yang baik di jadikan tauladan , yang buruk di jadikan sempadan