Sunday, 26 August 2012

Raya 2012






 Raya kali ini berbeza dengan raya yang lalu. Situasi yang berbeza, perasaan yang berbeza, insan-insan yang merayakan hari yang mulia ini juga berbeza. kadang aku berfikir, dimana perbezaan itu sebenarnya? adakah dari tahun yang cuma berupa angka atau baju yang berbeza...

Apa yang nyata dari gambar-gambar yang aku ada ketika ini, wajah-wajah yang ada tidak sama dengan wajah yang ada ditahun lalu. Justeru itu, perasaan pun jadi berbeza lantaran hati yang ada juga berbeza. Perbezaan yang tidak dirasakan oleh mereka yang lain, tetapi amat terasa dihatiku...Episod hari raya kali ini memang happening tapi sedikit mengharukan.....banyak yang aku kena edit agar menjadi satu cerita yang indah dan menggembiran bagi mereka yang lain (terutama pada anak-anakku)....

Suasana sebelum raya (4 hari sebelum raya aku sudah berada dikampung) begitu teruja...orang-orang kampungku semua gembira melihat kedatanganku (kepulanganku) tapi bagiku sambutan itu agak hambar dan sedikit sinis. Akukah yang berperasaan begitu atau memang senyum dan sapaan mereka memang begitu? Huhhhhh!!!...jika hati terasa ada kelainan semuanya seolah dalam keadaan yang tidak beres (negetive). Lebih-lebih jika seseorang yang menyapaku cuma untuk mendamaikan aku dengan Thamrin (x hubby) ..kenapa harus ada orang yang ingin campur tangan dalam urusan pribadiku...adakah Thamrin yang meminta orang tersebut berbuat demikian atau insan itu ingin menjadi hero dalam perhubunganku dengan Thamrin. Tidakkah mereka tahu bahawa dihatiku ketika ini , bukan Thamrin yang bertahta, tapi insan lain..insan yang cuma aku dan tuhan sahaja yang tahu...Namun untuk menjadi wanita yang baik itu sebenarnya amat susah. Aku terpaksa menjadi pelakon dalam kehidupanku sendiri. Aku kena berpura-pura untuk tersenyum pada semua orang, meski pun hatiku terluka dan berdarah....
 Bercerita tentang hari raya, merupakan cerita yang gembira sebenarnya.tapi dibalik kegembiraan pastinya terselit satu aksi yang kadang melucukan dan tak kurang juga yang menyedihkan. dalam aku melayan panggilan dari teman-teman dan sms dari mereka aku sentiasa menunggu kedatangan panggilan dari MAR..bahkan aku tidak segan dan malu untuk menghubungi dirinya seawal yang boleh sebelum aku menghubungi orang lain, kerana sesungguhnya..jauh disudut hatiku, dia sentiasa bertahta dihatiku selamanya meski pun dia tidak suka dan sayang padaku lagi. Berbagai gelaran yang diberikan padaku...JALANG..perempuan jalang..sundal...HEHHEHEH..indahnya panggilan tersebut.

Aku pasrah dengan sebutan tersebut meski pun hatiku terluka. Bahkan aku dan dia dapat berbicara seketika dan memohon maaf padanya atas semua yang terjadi. Tapi aku tahu, hatinya terluka dengan sikap dan perlakuanku. Aku tahu, aku bersalah dalam hal ini..namun pada masa yang sama aku sebenarnya tidak ingin seorang lelaki sewenang-wenangnya memijak harga diriku dikhalayak ramai meski pun aku amat jalang dimatanya. Lantaran itu aku harus mengambil keputusan pergi..pergi meski pun hatiku sebenarnya sukar untuk melupakan dia.
 Aku sentiasa berdoa untuk kebahgiannya (MAR) ..dia adalah lelaki yang terbaik yang pernah aku jumpa meski pun terkadang melukakan hatiku (bukan terkadang, tapi seringkali)..Dibalik kekasaran yang ada padanya, aku tahu dia seorang yang penyayang...meski pun aku tidak berpeluang untuk bersamanya, tapi aku akan sentiasa hadir dalam hidupnya meski pun dia membenci diriku...AKU TAHU DIA MEMBENCI AKU....muak padaku..tapi aku akur dengan perlakuannya kerana aku begitu sayang padanya. Sepanjang hayatku aku akan mengenangnya sebagai IDOLAku....entahlah dari sudut mana dia menarik...


Hari raya kali ini cuma satu pertengkaran antara aku dan MAR...aku tidak berpeluang untuk menyatakan perasaanku padanya...biarlah...biarlah aku simpan..bagiku tidak ada bezanya kalau dia tahu atau tidak..DIA TETAP MEMBENCIKU....huhuhuhu...








No comments: