Wednesday, 26 September 2012

KELIRU

Bagaimana perasaan kita bila seseorang yang pernah bersama kita cuba untuk menghancurkan masa depan dan masa bahagia kita? Berlagak menyukai kita, tetapi pada masa yang sama dia menyebarkan keburukan kita dan membuat fitnah terhadap kita....bukankah ini satu sifat yang amat ' terpuji '

Segala perlakuan yang pernah ada diantara mereka menjadi topik yang hangat dalam sembang kosong bersama orang lain. Seandainya dia berada dipihak yang teraniya..bagaimana perasaannya? Selesakah dia? Atau sekiranya, perempuan yang diperlakukan sedemikian rupa adalah dari kalangan keluarganya, apa tindakan yang bakal dilakukan?


Apa lagi perasaan itu bercampur aduk dengan benci dan sayang pada orangnya. Bagaimna untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati

No comments: