Saturday, 1 September 2012

Hadiah istimewa

1 September 2012,
Saat aku dalam kebingungan melayari bahtera kehidupanku, tiba-tiba 'dia' memberikan aku sebentuk cincin. Biar nilai cincin itu tidak begitu tinggi namun aku beranggapan bahawa ia sangat bernilai kerana simbolik pemberian itu   sangat memberikan seribu erti padaku. Setelah sekian lama aku terpisah oleh waktu dan situasi, aku dipertemukan semula dengannya. sandaran pada pemberian itu amat bermakna padaku. Tapi nilai cintaku padanya sukar untuk aku gambarkan..Detik istimewa itu tidak pernah aku duga walau aku memang sangat mengharapkannya...saat semua orang menghalang perhubunganku dengannya , aku tidak pernah menoleh untuk tidak bersamanya kecuali jika tuhan tidak mengizinkan. Perlukah aku peduli dengan kata-kata mereka yang tidak faham perasaanku..Pelayaranku kali ini memang menuju destinasi yang pasti dan aku akan kemudi haluan bahtera kehidupanku tanpa dikendalikan oleh sesiapa pun, pedomanku cuma satu 'DIA' yang MAHA ESA. Jika pelayaran ini mendapat hidayah dan berkah dariNYA ..perlukah aku berpaling dari 'dia' yang ada dihatiku sejak dulu....

Detik bahagia itu semakin menghampiri aku dan 'dia'. Pada waktu yang sama , semakin ramai yang teluka dengan segala tindakan dan keputusan yang aku ambil. Keluargaku, anak-anakku dan anak-anaknya (mungkin< walau pun dari kata-katanya, anak dan keluarganya tidak halangan), MAR, Thamrin dan beberapa orang yang ada disisiku. tapi aku nekad meneruskan perjalanan ini biar pun seribu halangan dan rintangan dihadapanku..lebih-lebih lagi dia  dapat menerima aku seadanya, meski pun dia tahu masa silamku. Dalam sujudku aku sentiasa berdoa padaNYA agar pelayaranku bersamanya dipermudahkan tanpa halangan yang sukar untuk aku tempuh. Masa laluku dan mereka yang ada kaitan dihatiku, akan aku kuburkan jauh dilubuk sana, demi perhubunganku bersamanya...Insyallah...tuhanku engkau tahu apa yang tersirat didalam hatiku ketika ini........

No comments: