Saturday, 13 October 2012

Akhirnya ~~~DIA MENJADI MILIKKU....


by Zutriani Riana Bedu on Saturday, October 13, 2012 at 12:47am ·

Menitis airmataku tanpa kusedari bila melalui hari indah ini....Siapa sangka 7 tahun lalu, aku mengorbankan perasaanku dan perasaan anakku ...untuk melihat dan meraih kejayaan hari ini. Istiadat Pemasyuran dan Konvokesyen ke3 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menjadi saksi keindahan ini. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apa yang pasti, meski pun air bening mengalir dari celah-celah bibir mata...namun kebanggaan dan kegembiraan itu adalah menjadi tunjang dalam hati saat ini. Semuanya kerana aku masih diberikan kesempatan dariNYA untuk menyaksikan kejayaannya, usaha gigihnya, pengorbanannya dalam merialisasikan impian dan harapan seorang yang bergelar ibu. Aku tahu....7 tahun lalu, dia tidak ingin melangkahkan kaki kesana...jauh sekali untuk menjadi warga UPNM dan RMC (Royal military college)



Aku tahu, betapa siksanya dia mengharungi hari-hari pertamanya di Royal Military College. Dalam usia yang begitu muda, dia telah melangkahkan kaki pergi jauh dari sisi keluarga, terutama dari sisiku. Semuanya kerana aku ingin dia menjadi seperti hari ini...dan..tuhan mengabulkan doaku dan harapanku berkat semangat waja dan jati diri yang dia miliki. Aku tahu dia pernah menyuarakan isi hatinya  pada sesiapa bahawa aku sebagai seorang ibu tidak sayang dan cinta padanya kerana aku 'membuang' dia jauh dari sisiku. Kata-kata itu sampai ketelingaku dan aku telan dan simpan dalam diam, kerana aku tahu, aku tidak pernah berniat seperti itu. Hanya tuhan yang tahu apa niat sebenarku dan hari ini...niat itu telah terserlah dan dia kecapi...Segulung Ijazah dengan jawatan yang baik, bahkan menjadi pemimpin yang aku dan seluruh keluarga boleh banggakan...Semuanya aku lakukan kerana aku ingin dia menjadi perwira...pemimpin yang ulung ...lelaki yang dihormati...kehidupan yang mapan...dan yang paling penting..aku ingin agar namanya terukir di persada negara bahawa dia adalah salah satu anakku yang berbakti pada bangsa, agama dan negara (seperti kata-kata ucapan dari peneraju UPNM siang tadi).

Aku tahu dia mampu melakukan semua itu,...
Ketika aku melihatnya berbaris masuk menuju dewan, aku tersenyum sedikit kerana dia adalah antara yang rendah (pendek-pendek tagap joe..kata orang Sabah). Semua rakan-rakannya adalah tinggi belaka. Tetapi aku tahu semangat dan jiwanya jauh lebih tinggi dari mereka semua..(.eheheheh ..aku pujilah dia, sebab dia anakkukan...) dan aku bangga sekali lagi kerana wajahnya yang kacak, macho dan sentiasa senyum menutup tanggapan seseorang yang mengatakan dia adalah panas baran (semua orang panas baran dengan bersebab). Kegembiraan sentiasa terserlah diwajahnya. Kebanggaan itu lagi hadir ..saat aku melihat teman-temannya berpusu-pusu mengucapkan tahniah padanya dan memberikan dia sejambak bunga...dia begitu disukai oleh junior dan rakan seangkatan dengannya. Hatiku berbunga-bunga dan mekar...seketika aku melupakan masalah yang ada dalam kehidupanku bila melihat kejayaan yang ada padanya. Benar-benar dia berjaya membentuk identiti diri yang unik dan berkarisma. Sesuai dengan selogan UPNM. Hilang rasa kerdil yang ada dihatiku ketika aku melangkahkan kaki diawal pagi tadi bila melihat ibubapa rakan-rakannya nampak 'gah' berbanding aku dan keluargaku yang cuma datang dengan menaiki teksi. Aku buang perasaan kalut tersebut bila aku sedar bahawa dalam sekian ramai orang-orang yang ada, aku punya mutiara yang berharga didalam sana dan mutiara itu menjadi idola orang lain tanpa aku sedari. Sekali lagi aku bangga padanya. Dia berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan orang Malaya (dulu dia benci dgn orang malaya, sebab dia kena buli semasa dia menjadi junior di RMC). Masih terngiang-ngiang ditelingaku bila dia menghubungiku untuk berhenti belajar. Tetapi aku memujuknya dan berusaha untuk tidak melayan kehendaknya kerana aku ingin dia menjadi seperti hari ini.

Saat dia melangkahkan kaki naik kepentas menerima segulung kertas yang bernama IJAZAH, aku menoleh kesebelah kananku dan aku melihat wajah seorang lelaki berusia 50an yang mengalirkan airmata. Meski pun aku ada sengketa pribadi dengan lelaki itu, aku genggam tangannya dan mengucapkan tahniah padanya sekaligus terima kasih yang tidak terucapkan untuknya kerana  lelaki itu telah memberikan aku seorang anak yang bakal memimpin negara dengan nilai-nilai murni yang ada padanya dengan mengamalkan integriti yang tinggi. Keharuan tetiba hadir dalam jiwaku bila aku melihat semua itu. Sukar untuk aku luahkan. Satu hal yang pasti, aku sangat BERSYUKUR padaNYA kerana, tanpa izin dariNYA pastinya semua ini tidak kukecapi.

Kejayaan ini, tentunya ada sokongan dari mana-mana pihak, terutama dari seorang rakan baiknya yang bernama RAZIN, aku terhutang budi padanya dan keluarganya. Meski pun aku tidak mengenali siapa mereka sebenarnya tetapi pertolongan mereka dalam menjaga dia amat besar sekali. Hanya tuhan yang mampu membalas semua budi baik mereka. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang lain...YANA..staff AZIZ..yang menjaganya...ramai lagi yang ingin aku sebut...tetapi nama mereka aku tidak tahu...sejujurnya...aku cuma berdoa semoga semua budi baik mereka tuhan balas dengan setimpal bahkan lebih dari yang mereka berikan pada anakku......

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku luahkan , tetapi semuanya tidak terucap. Jika aku luahkan pastinya cerita ini tidak akan sempat aku tulis sehingga esok hari. Namun biarlah aku simpan menjadi harta khazanaku agar satu hari kelak aku masih bisa bercerita mengenai dirinya. Kepada ABDUL RAHMANYAH , THAMRIN CAKKE dan seluruh keluarga yang banyak membantu, TERIMA KASIH YANG TIDAK DAPAT AKU UCAPKAN kerana menjadikan impianku menjadi nyata.TAHNIAH MAN....MAMA BANGGA...
UPNM
Dia milikku



UPNM
alwayz smile

riana67

No comments: