Monday, 8 October 2012

BANGANG...!!!!!!

Terkadang aku jadi hairan dengan sikap setengah manusia yang aku kenal....(katalah yang aku ada networking), berbicara hal-hal mengenai orang lain tetapi pada masa yang sama dia sendiri melakukan perkara yang serupa. Kenapa ye? bagiku, jika kita tidak menyukai seseuatu....kita pun sepatutnya tidak melakukan hal yang sama agar kita tidak dilebelkan sebagai ' cakap tidak serupa bikin '. Ini...kutuk orang bagai nak rak...tetapi dia sendiri lebih teruk dari orang yang dikutuk...tidakkah namanya itu 'BANGANG'. Kesian...cukup kesian...tetapi manusia sedemikian tidak menyedari diri..bahkan tidak keterlaluan jika aku berkata manusia seperti itu tidak muhasabah diri...bahkan mungkin amat jarang untuk melihat dirinya melalui cermin. Bahkan yang membuatkan aku amat simpati adalah, mereka ini adalah golongan yang terpelajar...katalah bijak pandai.

Satu contoh yang amat ketara, aku mengenali seorang Prof. dari sebuah Universiti tempatan yang cukup 'gah'. Katalah kenalan teman tapi mesra. Aku cukup menghormati dirinya dan juga jawatannya, bahkan ilmu yang dia miliki. Aku jadikan dia sebagai idolaku. Selama aku mengenali dirinya, dia adalah seorang yang cukup berkaliber dan auranya sebagai penyandang jawatan tersebut memang amat aku kagumi. Sebagai individu aku juga mengagumi dirinya. Namun....dari satu sudut aku kurang menghormati dirinya bila satu hari (bahkan banyak hari kot) aku menemukan sesuatu yang amat luar biasa bagiku. Dalam usia yang sedemikian (menjangkau 70an) dia boleh mengadakan hubungan intim dengan remaja usia belasan tahun bahkan pelajar yang dibawah jagaannya pun dia ambil kesempatan....katalah sebagai haruan makan anak...huhuhuhu...cukup sedih sebenarnya melihat manusia jenis ini.

Aku masih ingat...manusia ini pernah mengutuk seseorang yang bersikap sedemikian. Bahkan menyamakan orang tersebut sebagai makhluk lain. Siapa sangka, manusia ini bisa berubah watak dengan hanya sekelip mata. Kemungkinan juga dia memang sedemikan .....mempunyai perwatakan sedemikan ...cuma aku saja yang tidak tahu sifat sebenarnya...aku dibutakan dengan jawatannya, ilmu yang ada padanya....Benarlah kata orang...bahawa DUNIA INI PANGGUNG SANDIWARA...semua orang adalah pelakon...termasuk AKU....HEHEHHEHEH....yeke?
riana67

No comments: