Thursday, 27 December 2012

Bahagia dalam kerinduan

Mahriana 67
kebahagian ini akan aku jaga
Bagaimana aku harus ungkapkan perasaanku ketika ini? bahagia diatas kelukaan orang lain....Apa yang aku rahsiakan bersama suami selama ini akhirnya terungkap segalanya. Perkahwinan yang aku rahsiakan selama ini akhirnya terungkap dimata umum..lebih-lebih dimata keluargaku dan keluarga suamiku. Mungkin ada hikmah dibalik semua ini....aku tidak ingin semua ini menjadi duri dalam daging. Meninggalkan seribu satu persoalan dalam mindaku...aku memang bahagia ketika ini meski pun badai itu sentiasa melanda rumahtanggaku. Bagiku lumrah jika ada persengketaan namun aku tidak sanggup menghadapi semua ini. Seharusnya aku tidak persoalkan, kerana aku telah melihat jauh sebelumnya ada risiko yang bakal aku tempuh...Hari ini aku mendapat tempiasnya. Fuhhhh...biarlah...aku malas mau fikirkan.

mahriana67
aku sentiasa untukmu

riana67>>>>>
setia menantimu
mahriana67
cayang
Dalam aku berkecamuk sebegini, aku terlupa satu hal...MAR merayakan tarikh lahirnya...aku terfikir untuk menghubunginya secara pribadi, tetapi aku terfikir juga bahawa saat ini aku adalah isteri orang. Tentunya tidak manis dimata sesiapa pun jika aku seolah masih menyimpan rasa yang istimewa terhadap MAR (meski pun dia memang istimewa dalam jiwaku) sebagai sahabat aku tempatkan dia jauh lebih tinggi berbanding orang lain. Aku cuma mampu mendoakan agar dimana pun MAR berada ketika ini dia dalam lindungan yang MAHA ESA..bahagia dengan kehidupannya bersama keluarganya. Aku berharap keikhlasanku dalam hal ini tidak ada sesiapa pun yang menyalah ertikan, kerana aku memang tidak ingin kehilangan dia sebagai seorang kawan.

Hari ini juga pernikahanku dengan Mahrin memasuki fasa yang ke2. Tempoh yang singkat ini menjadikan aku terlalu matang dalam kehidupan baruku...aku tahu ada rindu terkadang bertandang dalam jiwaku untuk sebuah nama, tetapi aku abaikan kerana aku tidak ingin rindu itu menjadi penghalang  kebahagianku...bahagiakah aku? satu persoalan yang cuma aku yang tahu dan rasakan. ... aku beranggapan bahawa aku bahagia, dan aku tidak ingin persoalan ini menjadi ruang pemisah antara aku dan suami...cinta jarak jauh antara aku dan dia cukup mencabar...

riana67

No comments: