Sunday, 2 December 2012

Liku-liku berduri

 Disember datang lagi, sejuk...nyaman namun sedikit berangin dan hujan. Jika dulu aku sentiasa menantikan Disember bertandang kerana dalam bulan akhir tahun inilah aku biasanya mengucapkan selamat hari lahir pada seseorang....seseorang yang pernah aku cukup sayang...27 Disember 1964...tahun kelahirannya...maknanya setiap 27 Disember aku berusaha untuk mengutuskan ucapan kesejahteraan buat dirinya walau pun ucapan itu cuma berupa email, sms telepon padanya yang jarang aku bersemuka. Kemungkinan tahun ini aku tidak berpeluang untuk memberikan ucapan itu padanya kerana aku sendiri cukup sedar, siapa diriku ketika ini. Aku tidak ingin bersikap curang pada Mahrin kerana dia adalah suamiku yang tercinta....apa lagi aku pasti MAR pun tidak ingin menerima ucapan apa-apa dariku. Bukankah aku ini wanita jalang dan sundal dimatanya seperti yang dikatakannya pada Thamrin. Aku adalah wanita hina dimatanya.

Disember kali ini aku tidak berpeluang untuk meraihkan hari penutup tahunan seperti yang biasa aku lakukan bersama keluargaku (Thamrin dan anak-anak). Meski pun aku dan Thamrin sudah lama tidak bersama, tetapi hari-hari indah seperti Hariraya, tahun baru dan hari-hari istimewa kami tetap raihkan bersama, kerana mereka adalah sebahagian dari belahan jiwaku sampai kapan pun. Namun ketika ini aku kemungkinan tidak berpeluang meraihkannya kerana Mahrin tidak ingin aku meraihkan hari-hari itu bersama Thamrin lagi, biar pun dia masih mengizinkan aku meraihkan bersama anak-anak. Namun aku tahu, anak-anakku tidak akan meraihkan apa pun jika tanpa kehadiran ayah mereka. Aku faham situasi tersebut walau pun disudut hatiku terasa kehilangan. Inilah kudrat yang harus aku terima, kerana aku adalah isteri pada lelaki lain ketika ini. Meski pun aku berkongsi suami tidaklah bermakna aku harus membuat keputusan yang tidak memihak pada suamiku.

Disember kali ini aku merasakan hidup sebagai wanita lengkap dengan hadirnya seorang suami disisiku meski pun suami tersebut aku tidak berpeluang untuk melaungkan pada dunia bahawa dia adalah milikku yang mutlak. Aku sedar, menjadi isteri pada Mahrin aku harus berkorban hati dan perasaaan..bahkan aku berkorban segalanya cuma untuk kami bersama sebagai suami isteri. Ramai yang terluka dengan tindakan ini jika dunia diluar sana tahu situasi ini, terutama isteri-isterinya dan anak-anak kami, keluarga kami, teman terdekat denganku dan 'bekas kekasihku'. hehehehhe...namun perlukah aku ambil peduli dengan keadaan itu jika aku bahagia bersama Mahrin....tetapi hakikatnya setelah aku bergelar isteri pada Mahrin, "bahagiakah aku" berada dalam situasi yang bergelora ini? cuma aku yang dapat menjawab persoalan tersebut. Hati dan perasaanku cukup terumbang ambing..........

Disember kali ini, menjanjikan cahaya gemilang, namun aku tidak pasti adakah kegemilangan itu milikku? atau aku cuma menjadi penonton yang setia pada setiap kegemilangan yang ada ? Kesendirianku masih sama seperti dulu....meski pun statisku sudah berubah dari 'single mum' pada married...namun tidak ada bezanya...kehidupanku masih ditemani ruang yang sepi dan kesendirian kerana aku berjauhan dari sang suami dan suami itu adalah milik wanita lain juga....huhuhu..episod kehidupanku semakin bercelaru dan berduri, aku lalui lorong yang penuh dengan onak duri tanpa melihat risiko yang bakal aku temui..akibatnya aku terluka bila aku tidak mampu untuk menepis duri-duri tersebut dari melukakan setiap langkahku. Perlukah aku meneruskan perjalanan ini meski pun aku bersama seorang yang aku cintai dan menyintaiku..sanggupkah aku meneruskan perjalanan ini meski pun aku dipimpin oleh insan yang menyintaiku? Berapa lama aku bisa bertahan? Tuhanku, kenapa persoalan ini bermain dalam jiwa dan mindaku...bukankah aku sendiri yang rela dan sanggup menerima semua ini tanpa paksaan dari sesiapa.....

Disember baru bermula 2hari lepas, semoga hari-hari seterusnya tidak sama dengan apa yang bermain dalam jiwaku....Tuhanku, lindungi aku.

riana67

No comments: