Monday, 17 December 2012

Surau An Nur Pudu dan Pudu jail menjadi mercu tanda KL



[SDC12075.JPG]
SURAU AN-NUR PENJARA PUDU 
 
Contoh : MASJID JAMEK AN-NUR Labuan


JAAFAR di hadapan lakaran artis projek BBCC yang akan dibangunkan di tapak bekas Penjara Pudu di Kuala Lumpur.

" SURAU AN-NUR " PENJARA PUDU akan berubah wajah 

"MASJID JAMEK AN-NUR" BBCC

Tapak Penjara Pudu : PROJEK BBCC ' Bandar dalam Bandar ' 


KUALA LUMPUR - Pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC) oleh UDA Holdings Berhad (UDA) di tapak bekas Penjara Pudu akan dimajukan dengan berkonsepkan 'bandar dalam bandar '.
Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, BBCC yang merupakan pembangunan bercampur itu akan turut merangkumi pembinaan sebuah taman rekreasi, masjid moden, pusat beli-belah seluas lebih 92,903 meter persegi, hotel bertaraf empat atau lima bintang serta unit kediaman.
"Nilai semasa pasaran tanah di kawasan sekitar dianggarkan tidak kurang RM700 sehingga RM750 setiap kaki persegi (0.092 meter persegi).
"Oleh itu pembinaan BBCC ini perlu seiring dengan harga tanah tersebut," katanya kepada pemberita di ibu pejabat UDA di sini semalam.

UDA rangka pelan baru bangun bekas tapak Penjara Pudu


pix_gal0
UDA Holdings Bhd sedang merangka pelan induk baru pembangunan bekas tapak Penjara Pudu bagi memastikan projek yang akan dibangunkan kelak mampu memberikan pulangan tinggi dengan risiko rendah.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata jawatankuasa di bawah lembaga pengarah syarikat itu sedang dalam peringkat akhir menyiapkan pelan pembangunan berkenaan sebelum ia diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) sebelum akhir tahun ini.
“Kami sedang meneliti pelan induk pembangunan yang lebih menarik dan mampu memberikan pulangan tinggi kepada UDA Holdings. Ini disebabkan jawatankuasa projek tidak berpuas hati dengan pelan induk dikemukakan MoF sebelum ini kerana ia tidak mampu memberikan pulangan yang sewajarnya.

MoF buat penilaian

“Bagaimanapun, kami menyerahkan keputusan muktamadnya kepada MoF. Apa yang penting kami perlu mengemukakan hasil laporan kepada mereka dan mereka yang akan membuat penilaian nanti,” katanya pada sidang media selepas pengumuman mengenai projek tanah wakaf Setee Aishah di Seberang Prai, Pulau Pinang, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar dan Naib Presiden Kanan UDA Property Development, Shytul Shahryn Mohamed Shaari.

Sebelum ini dilaporkan UDA Holdings bercadang memilih syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China, Everbright International Engineering Construction bagi melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Penjara Pudu yang dianggarkan bernilai RM3 bilion.
Bagaimanapun, MoF menolak cadangan itu dan mengarahkan UDA Holdings untuk membuat pindaan terhadap pelan induk pembangunannya yang menyaksikan tanah berkenaan dibahagikan kepada tiga plot dengan dua daripadanya akan dimajukan syarikat Bumiputera yang layak.

UDA Holdings bagaimanapun menegaskan ia perlu terlebih dulu mengkaji cadangan MoF itu bagi memastikan ia benar-benar memak-simumkan nilai tanah berkenaan.

Projek BBC

Nur Jazlan berkata, berdasarkan pelan yang dikemukakan MoF itu UDA Holdings perlu membiayai sendiri projek yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) itu, tetapi kekangan modal adalah masalah utama untuknya melaksanakannya.

“Pembangunan awal bekas tapak Penjara Pudu ini dianggarkan RM3 bilion dan ia adalah berisiko tinggi. Nilai aset tetap UDA Holdings bukannya RM3 bilion, justeru kita hanya boleh melaksanakannya jika mendapat bantuan dana daripada kerajaan.

“Mengikut perancangan kami, mencari pelabur adalah keutamaan sebelum mengagihkan projek berkenaan kepada Bumiputera dan kami tidak boleh melaksanakan perkara sama seperti projek yang dibiayai kerajaan,” katanya.

SUATU RUJUKAN KENAPA TINDAKAN KORPORAT UDA HOLDINGS ADALAH BETUL !

Pada kali ini beberapa perkara yang menajdi faktor pertimbangan dalam keputusan korporat pengurusan UDA HOLDINGS dianalisakan. Ternyata pengurusan UDA HOLDINGS membuat keputusan yang paling wajar dan betul.

1. Kembali menyoroti ulasan mengenai isu Pembangunan Tapak Penjara Pudu kepada Bukit Bintang City Centre [BBCC]. Dalam membicarakan dan menganalisa tindakan korporat UDA HOLDINGS, terlebih dahulu kita wajib memahami beberapa perkara.

Pelan Pembangunan BBCC


PERTAMA:
(a) Projek BBCC adalah jenis PEMBANGUNAN HARTANAH dan hartanah adalah merupakan suatu KOMODITI YANG MEMPUNYAI NILAI.
(b) Pembangunan Hartanah akan menambahkan NILAI PASARAN Hartanah yang dibangunkan. 
(c) Pembangunan Hartanah melibatkan KOS PEMBANGUNAN / KOS PROJEK.
(d) Apabila  sesuatu HARTANAH itu dimajukan dan dibangunkan , NILAINYA AKAN BERTAMBAH dan ini  di rujuk sebagai  GDV (GROSS DEVELOPMENT VALUE) iaitu NILAI KASAR PEMBANGUNAN


Di Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta merupakan agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian semua jenis hartanah di Malaysia.  
Takrifan Hartanah termasuklah ruang pejabat, bangunan kediaman, bangunan komersil, bangunan pejabat, kompleks membeli belah, tempat letak kereta, lot-lot gerai, hotel, pusat hiburan dan stesen pengangkutan awam. 



KEDUA:- 
Pembangunan Hartanah akan melibatkan pihak-pihak berikut:-
(a) Tuantanah / Pemilik Berdaftar Tanah, 
(b) Syarikat Pemaju
(c) Pelaburan dan Pelabur.
(d) Bank/ Institusi Kewangan Berlesen.
(e) Projek Pembangunan

KETIGA:- 
Faktor-faktor Untung Laba / Pulangan Pelaburan 

(a) Dalam mana-mana pelaburan pembangunan hartanah yang melibatkan suatu pembangunan yang sebesar BBCC ;hartanah bernilai tinggi kerana lokasinya berada di dalam kawasan SEGITIGA EMAS IBUKOTA MALAYSIA dalam kawasan pusat komersil yang amat terkenal di seluruh dunia sebut saja nama Bukit Bintang Kuala Lumpur, orang Nigeria pun tahu di mana; ianya merupakan sebuah potensi perniagaan komersil yang bakal memberikan pulangan lumayan kepada tuantanah, syarikat pemaju, pelabur, bank/institusi kewangan, kontraktor binaan dan  pembekal bahan binaan sepanjang projek pembangunan tersebut dilaksanakan. Tempohnya bukan sebulan dua tetapi bertahun. Tempoh masa ini menjadi suatu faktor laba yang boleh di jangka dengan stabil. 

(b) Bangunan yang didirikan di atas tanah menjadi hartanah yang bernilai tinggi dan menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada pemiliknya. Hartanah amat jarang menyusut nilai terutama sekali dalam kawasan pusat komersil segitiga emas KL terutama Bukit Bintang. Ini kerana Bukit Bintang menjadi tumpuan besar dalam rancangan pakej ekonomi di bawah pentadbiran DS Najib. 

(c) Oleh itu tindakan korporat oleh pengurusan UDA HOLDINGS adalah tepat pada masanya. 

2. Berikut adalah petikan kembali keputusan Korporat Pengurusan UDA HOLDINGS dan anda nilailah dengan beberapa perkaya yang disebutkan di atas tadi, Pakej Pembangunan BBCC diberikan dalam bentuk NILAI TAMBAH ASET dan PULANGAN STABIL melalui Pakej Turnkey yang tidak akan membebankan kewangan dan aset sediaada UDA HOLDINGS. Malah, menarik dan menambah FDI bagi suatu tempoh jangkamasa selama 10 tahun.
Mesyuarat Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 28 April 2011, bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) bagi membangunkan bekas tapak Penjara Pudu yang dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).


Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) adalah pilihan yang paling sesuai sebagai pelabur Turnkey kepada UDA Holdings Bhd dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu. Syarikat ini, sepenuhnya memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-
(a)    Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.
(b)   GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM 2.1 bilion.
(c)    Pendapatan berulang tertinggi pada RM 426 juta pada setahun.
(d)    Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.
e)    Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%
.
(f)     Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA Holdings Bhd sebelum aset pelabur.
(g)    Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. 
(h) EICEC berjaya 100% mamatuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan PUSAT KONVENSYEN. 
(i)  Menyediakan taman sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur
 (j) Pembiayaan Projek dari luar negara akan membawa masuk FDI ke negara ini. 


Penjelasan dalam artikel ini masih belum lengkap sepenuhnya dan hanya menyentuh perkara-perkara dasar yang digunapakai dalam piawaian antarabangsa bagi URUSTADBIR KORPORAT YANG BERAMANAH, BERINTERGRITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. Keputusan Korporat yang di buat oleh pihak pengurusan UDA HOLDINGS adalah BETUL. TEPUK DADA TANYA IMAN.
2012/12/16 Abdul Rahman Abdul Talib <cabearth4@yahoo.ca>


Surau An Nur Penjara Pudu akan di ROBOH kan

 

 
Penjara Pudu dan kawasan sekitar akan dirobohkan. Menurut imam surau AnNur kerja-kerja perobohan akan bermula dalam bulan Jun ni. Atas nama pembangunan ni juga surau An Nur akan menjadi mangsa dan akan dirobohkan. Hari ini 25hb Mei , selesai solat Jumaat saya berkesempatan menunaikan solat hajat, memohon kepada Allah agar surau ni dikekalkan. AJK bertindak mempertahankan surau ni menceritakan asal usul kewujudan surau AnNur..  surau ni didirikan pada tahun 1963, pada tahun1965 kerajaan Selangor telah beri tauliah kepada surau ni untuk solat Jumaat. Surau ini memberi kemudahan kepada warga kerja & kariah sekitar untuk solat Jumaat. Hari ini kali kedua solat hajat diadakan.

DOA yang dibaca imam

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU YA ALLAH
DIDALAM TEMPAT RUMAH MU YANG MULIA INI YA ALLAH
KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU DENGAN KEKUATAN DAN KEKUASAAN ENGKAU YA ALLAH
YANG TIADA TANDINGAN , TIADA BANDINGAN
KAMI MEMOHON YA ALLAH DENGAN KASIH SAYANG, DENGAN KEKUASAAN MU YA ALLAH
AGAR JADIKAN TEMPAT IBADAH INI TEMPAT YANG SENTIASA BERDIRI DIATAS TANAH INI SAMPAI DATANG HARI KIAMAT MU YA ALLAH
KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU YA ALLAH
ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI YA ALLAH
ORANG2 YANG DAPAT MENGASIHI KAMI
ORANG2 YANG DAPAT MENJAGA KAMI
ORANG2 YANG DAPAT MENJAGA TEMPAT IBADAH INI
KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU WAHAI TUHAN KAMI
DENGAN SEGALA KEIKHLASAN HATI  KAMI AGAR TEMPAT IBADAH INI SENTIASA ADA SAMPAI HARI KIAMAT DATANG YA ALLAH
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU
AMPUN KAN DOSA2 KAMI
PERBAIKI KEADAAN KAMI
ENGKAU PERMUDAHKAN URUSAN KAMI,
ENGKAU KABULKAN DOA2 KAMI
DAN ENGKAU SAMPAIKAN HAJAT2 KAMI
WAHAI ALLAH WAHAI TUHAN KAMI
JADIKAN KAMI ORANG2 YANG SENTIASA MEMBAWA KEBAIKKAN
ORANG2 YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT
YA ALLAH
JAUHKAN KAMI DARI SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA YANG ADA DIDUNIA
DAN MUSIBAH BENCANA YANG ADA DI AKHIRAT KELAK
AMIN YA ROBBAL ALAMIN


Amir JAmal
Subang Jaya
Kuala Lumpur,

__._,_.___
 



__,_._,___
riana67

No comments: