Wednesday, 5 December 2012

Takdirku

 Pagi yang indah namun tetap sepi....seawal pagi suami tercinta menghubungiku. Mendengar saja suaranya, sejuk seluruh hatiku yang membara dua hari lepas. Kuasa tuhan yang memberikan aku rasa sayang dan cinta padanya meski pun aku terpaksa berkongsi dengan wanita lain. Posisinya sebagai suami pada wanita lain sebelum aku, membuatkan aku terkadang tidak dapat menerima keadaan itu. Persoalannya kenapa aku harus bising atau mempertikaikan semua itu sedangkan aku cukup tahu kedudukan statusnya sebelum aku membuat keputusan untuk bersamanya sehidup semati. Bukankah itu adalah kudrat dari yang maha kuasa dalam urusan jodoh. Hati manusia sepertiku (yang cukup lemah dalam hal keimanan) sentiasa digoda oleh syaitan Laknatullah, Namun pagi ini setelah aku sujud padaNYA, aku seakan mendapat sedikit kedamaian dan dapat menerima keadaan itu...apa lagi penjelasan suamiku cukup dengan fakta dan hujjahnya sebagai lelaki beristeri tiga dapat membunuh semua kegusaran dan kegelisahanku. Aku tahu, perkhawinan ini tidak mendapat restu dari seluruh keluargaku (lebih-lebih emak dan ayah) kerana mereka semua mengharapkan aku bersama dengan Thamrin semula. Tetapi cinta dan kasih sayangku tidak dapat aku paksa. Cukuplah aku telah bersama dengan Thamrin selama bertahun-tahun dengan segala karena yang aku pendamkan untuk menutupi semua kepincangan yang ada dalam rumahtangga kami. Semuanya aku pendamkan demi kelangsungan dan pembesaran anak-anakku agar mereka tidak menyalahkan aku dalam semua kegagalan yang kemungkinan besar bisa terjadi. Aku berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan Thamrin adalah idola pada anak-anaknya. Alhamdulillah...aku berjaya dalam misi ini meski pun istana aku bersama Thamrin harus aku kuburkan bersama impian yang ada untuk kami. Semuanya terjadi tentulah dengan kudrat dari Ilahi pastinya....

Pernikahan dengan lelaki yang punya komitmen tinggi seperti Mahrin memang memerlukan kesabaran yang tahap gaban. Aku perlu belajar untuk menyemai kesabaran dalam jiwaku, kesabaran yang selama ini 'kurang' ada dalam jiwaku. Mungkin disebabkan oleh keegoan yang aku miliki. Maklumlah selama ini aku seringkali mendapatkan yang terbaik...semua milikku yang mutlak....aku tidak pernah merasakan kehidupan berkongsi dengan sesiapa dalam semua bidang dan dalam semua perkara. Contohnya saja...aku sanggup membayar lebih mahal untuk sebuah bilik hotel daripada aku harus berkongsi dengan orang lain untuk mendapatkan harga murah..huhuhuhu...lainlah kalau aku harus berkongsi dengan insan tercinta..kalau kongsi dengan orang lain...no way...Namun kini aku terpaksa menempuh semua itu demi cintaku pada seorang lelaki yang sejak dulu aku dan dia menyimpan perasaan masing-masing kerana kami tidak ditaqdirkan untuk bersama ketika itu. Kini setelah usia dan keadaan yang berbeza, kami dipertemukan semula dalam situasi yang cukup mencabar kesabaran masing-masing. Namun Mahrin cukup matang dalam menangani keadaan ini (mungkin kerana dia ada pengalaman beristeri dua)...what everlah...aku sedia menerima dan belajar untuk berada kekal dalam hubungan ini kerana aku menyintainya. Kalau ini adalah taqdirku sejak azali..kenapa aku harus mempersoalakan semuanya? sakit memang sakit bila berada dalam keadaan ini. Zutriani..bukankah kamu seorang yang suka dengan cabaran? kenapa harus takut menghadapi cabaran kali ini? kenapa mesti mengalah dalam cabaran ini.

Pernikahan dengan lelaki yang seperti Mahrin mengajar aku erti kesetiaan. Sikap yang dulu aku guna pakai ketika bersama Thamrin, namun aku harus berhati-hati dalam erti kesetiaan...kerana aku setialah pada lelaki yang bernama suami aku diperkotak katikkan. Pengalaman lalu aku tidak akan jadikan tauladan tetapi aku harus jadikan satu pendekatan sikap yang berhati-hati agar aku tidak mengalami situasi yang sama. Setia harus ada dalam kamus rumahtanggaku..tetapi aku tidak harus menjadikan kesetian itu sebagai benteng yang menjauhkan aku dari semua teman-temanku yang ada, sahabatku, bekas kekasihku. Aku masih ingin bersama dengan mereka dengan pendekatan dan perhubungan yang ada limitnya. Aku harus tahu, bahawa aku adalah isteri orang dan sebagai seorang isteri aku harus menjaga diriku dari semua hal tanpa memutuskan hubungan silaturahim yang sedia wujud. Semoga apa yang aku cuba lakukan ini tidak menjadi satu kesalahan atau dosa dalam statusku sebagai isteri orang. Kesepian yang aku miliki saat ini sama saja dengan yang aku miliki ketika aku bukan isteri sesiapa. Cuma bezanya, aku punya seseorang yang bisa memberikan aku perhubungan badan yang 'halal' dalam semua aspek. Aku akan menjaga diriku sebaik mungkin kerana bukan sahaja aku berdosa tuhan jika aku tersalah langkah, namun aku cukup takut berdosa pada seorang insan lain, lebih-lebih dengan lelaki yang bergelar suami. Jika dulu aku bersama Thamrin, cuma ada sayang untuknya dan aku pernah merasakan takut untuk kehilangannya tanpa menyintainya, kini aku ada sayang, cinta untuk Mahrin namun aku tidak takut dengan kehilangannya kerana aku tahu dia milik wanita lain.

Siapa sangka, aku yang dulu anti poligami bisa berada dalam situasi yang cukup mencabar ini. Bukan poligami 2 tetapi 3. Fuhhhh!!!!...sesuatu yang luar biasa. Semuanya kerana DIA..tuhan yang boleh mengubah seseorang tanpa disedari. Aku redha menerima semua ini. Semoga aku bisa bertahan selamanya...semoga aku bisa menjaga hubungan ini dengan sebaik mungkin...Semoga Mahrin bisa mengerti situasi yang aku ada. Semoga dia tidaklah seorang yang cemburu membabi buta tanpa koreksi terlebih dulu. Semoga dia memahami diriku dan cukup mengenal watakku dalam bersahabat dengan sesiapa..apa lagi aku adalah seorang yang memang berada dalam bidang sosial. Perhubungan yang cukup luar biasa dengan lelaki memang cukup mencabar bagi seorang lelaki, lebih-lebih seorang suami dan kekasih...


riana67

No comments: