Friday, 4 January 2013

Rahsia - rahsia





    • PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

      Asas 5 jari

      Jari telunjuk : usus

      Jari tengah : Jantung

      Jari Manis : Imuniti

      Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


      Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.  Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

      Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita, kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
      keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

      Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.  Cuba cek tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak, sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

      Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???  Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

      Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.  Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

      Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

      Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.  Cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda, jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
      anda mengalami hormon yang tidak seimbang.  Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat


      •  
      •  
    • 19 HADITH MENGENAI WANITA

      1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

      2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

      3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

      4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

      5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

      6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

      7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

      8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

      9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

      10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

      11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

      12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

      13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

      14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

      15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

      16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

      17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

      18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

      19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


    • 30 fakta menarik tentang wanita
       Fakta-Fakta Tentang wanita

      1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

      2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

      3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

      4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

      5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

      6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

      7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

      8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

      9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

      10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

      11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

      12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

      13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

      14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

      15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

      16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

      17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

      18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

      19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

      20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

      21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

      22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

      23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

      24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

      25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

      26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

      27.Senjata wanita adalah airmata!!

      28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

      29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

      30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.Smile
    • Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-


      a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
      b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
      c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
      d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

      WANITA BERUNSUR TANAH
      1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
      2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
      3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
      4) Tidak suka membantah atau membangkang
      5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


      WANITA BERUNSUR AIR
      1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
      2) Mengambil berat
      3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
      4) Menenangkan pasangan.
      5) Sangat romantis
      6) Mudah menangis


      WANITA BERUNSUR API
      1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
      2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
      3) Penasihat yang baik
      4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
      5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
      6) Berwaspada selalu


      WANITA BERUNSUR ANGIN
      1) Lemah lembut dan menenangkan
      2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
      3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
      4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
      5) Hati yang cepat berubah ubah


riana67

No comments: