Sunday, 24 February 2013

FAKTA MENGEJUTKAN ISU SABAH




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah menafikan laporan bahawa pengikut-pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu dijemput oleh pakatannya. Tetapi saya agak curiga kenapa beliau enggan memberi sebarang ulasan dan yang menariknya, saya ada artikel dari Manila Times yang mengaitkan Ketua Pembangkang Malaysia sendiri dengan isu ini. Sebelum itu, biar saya jelaskan yang Manila Times ini bukan perkakas UMNO. 

Sedikit sebanyak tentang penceroboh-penceroboh ini: mereka merupakan ahli-ahli Kesultanan Sulu dan Borneo Utara; tergolong dalam Moro National Liberation Front (MNLF), dan mereka juga bersenjata dan sangat aktif dalam kempen mereka untuk mengambil semula kepulauan Malaysia yang mengandungi banyak minyak untuk menjadikan Wilayah Kesultanan mereka.

Apa yang saya faham, Sabah memang wilayah Filipina, tetapi kerajaan Filipina telahpun membenarkan Sabah dijadikan sebahagian daripada Pesekutuan Malaysia dengan bayaran RM5,300 setiap tahun. Menurut Manila Times lagi, pencerobohan tersebut bertujuan untuk memulakan sebuah konflik antara Malaysia-Filipina. 


Pada masa yang sama, saya juga telah mendapat laporan wartawan Mindanao, Al Jacinto, yang telah member pengesahan bahawa pihak berkuasa Malaysia dan Filipina sedang menguruskan dengan baiknya. Kita mendapat bukti-bukti kukuh yang kedua-dua negara sedang bekerja secara harmoni untuk menyelesaikan kemelut ini agar tiada apa-apa ketegangan dalam hubungan diplomatic supaya dapat merealisasikan Komuniti Ekonomi Asia pada tahun 2015, dimana ekonomi kedua-dua negara ini akan diintegrasikan menjadi sebuah pasaran tunggal dan asas kepada segala pengeluaran.

Jadi di mana silapnya? Jacinto juga tambah, “pencerobohan tersebut berlaku sebaik sahaja Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Pakatan Rakyat, member cadangan untuk Sabah diberi kedaulatan autonominya sendiri.” Menurut Jacinto lagi, "Sultan Muhammad Fuad Kiram Pertama, Sultan Sulu dan Sultan Sabah, berkata yang Malaysia telah mengambil Sabah secara haram kerana Sabah masih lagi hak milik dan kedaulatan Sultan Sulu dan Kerajaan Kesultanan Sulu." Dan Jacinto tambah, "Kesultanan ini menyokong Sabah yang bebas dan merdeka dibawah kepimpinan mereka (Kesultanan Sulu) dan turun-temurun mereka mengikut undang-undang warisan Sultan Sabah."

Kita sudahpun mendapat maklumat lengkap yang Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas ke Manila pada 8.00 malam 7 Febuari dan kembali pada 10.30pagi 9 Febuari, atas tujuan untuk bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Apa yang saya cuba sampaikan, mereka hanya berada di Filipina dalam masa yang sangat singkat.

Entah kenapa, saya memang tertarik untuk menggunakan jet eksekutif, Dassault Falcon 900, untuk pengiraan ini. Jet ini mampu mencecah kelajuan Mach 0.86 (atau Mach 0.87), hampir-hampir 1053.53km/j. Tetapi selalunya hanya dalam lingkungan 950km/j sahaja. Dan jarak dari Lapangan Terbang Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sebanyak 2500km.

Jadi Tian Chua dan Sivarasa akan tiba di Manila antara jam 10.00pm-11.00pm. Dan memanglah pada malam itu tiada apa-apa aktiviti, kecuali bermalam di mana-mana hotel sehingga esok pagi. Ini bermakna, mereka hanya ada SATU HARI SAHAJA untuk buat ‘mission to hunt for the truth behind Amalilio’s scam’. Kemudian keesokkan harinya, 9 Febuari, mereka akan pulang pada pukul 10.30am (berlepas dari Manila antara jam 7.00am-8.00am) dan lakukan sidang akhbar di ibu pejabat 11.30am. Betulkah? Bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dalam jangkamasa yang sangat pendek - satu hari saja?

Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Jadi? Semuanya telah tersusun rapi dan nampak sangat penglibatan parti pembangkang dalam kemelut ini. Kami, rakyat Malaysia, cuma boleh berharap Anwar Ibrahim, Tian Chua, Sivarasa dan yang lain akan disoal siasat oleh PDRM berkenaan dengan:

1. Kenyataan dari media antarabangsa, Manila Times, yang mengaitkan isu Lahad Datu dengan Anwar Ibrahim.
2. Dua tweet dari Tian Chua yang merekodkan waktu beliau dan Sivarasa pergi ke Manila dan kembali ke Malaysia.
3. Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada dan Nur Misuari.

Perkara ini telahpun menggugat kedaulatan negara, dan ini bukan lagi isu politik. Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan yang keras sekiranya mereka didapati bersalah. -- N.A & AFDS


riana67

No comments: