Tuesday, 21 May 2013

14 Tanda Orang Berbohong



download 14 Tanda Orang Berbohong

1.Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.Terutama di mata.Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda.Mereka juga semakin sering mengerdipkan mata.Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu,tegang dan berbohong,kadar stres yang meningkat akan menyebabkan mereka lebih banyak mengerdipkan mata.

2.Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya,jika sedang meninggi,ertinya sebuah dusta sedang diceritakan.Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3.Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan.Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu.Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4.Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong,tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.Jadi,apabila mereka bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal,sebenarnya ada sesuatu yang cuba diselindungkan.

5.Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.Berfikir terlalu lama,berdehem,batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6.Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi.Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,pilu,marah dan sebagainya,kemungkinan besar orang tersebut berbohong.Jadi,jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya,maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

7.Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri,kaki mereka mula mengetuk ke tanah.Semasa pembohong sedang duduk,maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.
8.Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka.Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami.Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.

9.Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan,ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10.Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta,tangan cuba menghalangnya.

11.Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama.Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12.Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong,kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna.Untuk mengetahuinya,cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan.Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13.Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal.Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas.Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya.Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14.Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong.Akibat rasa bersalah,pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya,sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong,kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%.Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemudian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.


riana67

Thursday, 16 May 2013

Stay atau Caww...

Hampir sebulan aku berada di daerah suamiku. Mencoba untuk belajar hidup bersamanya..melayari kehidupan bersamanya...memahami rutin harian bersamanya...belajar mendengar kemarahannya....segalanya mencoba untuk memahami apa pun keadaan dirinya....Kelihatannya mudah...namun keperitan amat terasa bagiku...lebih-lebih lagi bila aku tidak mendapatkan hak aku sebagai seorang isteri dalam semua aspek. Aku mencoba untuk mengalah..mengalah dalam semua hal, namun terkadang aku merasakan bahawa aku semakin terpinggir dalam semua hal. Entahlah...adakah aku yg terlalu meminta atau perlukah aku bersabar dalam kehidupan baru ini...(bukan baru, lebih setahun da). Aku memencilkan diriku dari semua dunia luar, mengurangkan semua aktiviti demi untuk bersamanya, termasuk bersama keluarga besarku di daerahku sendiri. Aku bukan mendapatkan pelayanan yg istimewa, bahkan aku mendapat layanan yg cukup buruk dari lelaki yg bernama suami, cuma yg membuat aku bertahan, barangkali kerana ibundanya begitu baik denganku...entahlah...kadang aku merasakan ini adalah hukum karma buatku kerana aku pernah memperlakukan seorang lelaki yg baik sedemikian rupa. Aku ingin sekali memohon kemaafan pada lelaki itu jika aku berpeluang untuk bersamanya semula jika aku diberikan kesempatan kali kedua.

Dalam aku melayari kehidupan bersamanya, sakit peningku tidak diendahkan bahkan aku diperlekehkan. Mengusir aku bagaikan anjing kurap yg tidak ada nilai langsung. Satu penghinaan yang aku tidak pernah dapat dari mana-mana lelaki didunia ini. Semoga tuhan akan membalasnya. Aku tahu satu hari nanti tuhan akan memperlihatkan satu mukjizat yang indah buatku berkata kesabaran yang aku ada dan kepasrahan yang aku cuba untuk terapkan dalam jiwaku, meski pun aku meronta namun aku tahu ini adalah takdirku sejak azali. Perlukah aku meraung dan menangisi semua ini sedangkan aku yang mencari masalah ini? perlukah aku mengeluh pada semua orang diluar sana sedangkan aku yang memilih hidup ini? perlukah aku lari dari sisinya sedangkan aku yang memulakan segalanya. Seandainya saja aku bisa kembali kemasa lalu, aku tidak akan berada dalam situasi ini..tetapi siapa aku yang mengimpikan saat-saat lalu yang tak akan kembali..bak kata orang bijak pandai...'satu hal yang paling dekat dalam hidup kita adalah kematian, satu hal yang paling jauh dari hidup kita adalah masa lalu yang tak akan kembali'.

Kalau saja aku tidak mengungkapkan isi hatiku yang telah aku tinggalkan 30 tahun lalu, kemungkinan semua ini tidak akan terjadi. Aku sebenarnya tidak menyesal namun aku cuma merasakan tidak adil dalam kehidupan ini bersamanya. Kenapa sebelum kami menjadi suami isteri dia tidak bersikap seperti hari ini...kenapa dia melayanku bagaikan puteri, menyayangiku bagaikan ratu..menyintaiku bagaikan aku adalah permaisuri dalam hidupnya? mengapa setelah aku menjadi miliknya yg mutlak aku diperlakukan sebegini kejam? bahkan sangat kejam yang tidak pernah aku rasakan..aku tidak pernah mendapat perlakuan sebegini dari lelaki lain..Takdirku atau memang demikian sikapnya pada semua wanita yg telah menjadi miliknya(isterinya)? Fuhhh!!!...misteri kehidupan....

Seandainya saja aku tahu, aku tidak ingin bertemu dengan dirinya semula biar pun aku sangat menyintai dirinya...biar pun aku kempunan untuk bersamanya, tetapi aku tahu, semua ini sudah suratan dalam hidupku...dalam usia senja ini baru kami bisa bertemu dan memulakan segalanya dan setelah aku dan dia punya tanggungjawab masing-masing dan dia telah dimiliki oleh orang lain...bahkan menjadi milik dua wanita lain dalam hidupnya...Apa yang aku lihat dimatanya, ada sedikit rasa sayang dan cinta (barangkali) namun, sikap ego yang ada padanya membuatkan dia memperlakukan aku sedemikian rupa. Apa pun yang ada dihalangan kehidupan ini..aku mencoba untuk bertahan...mempertahankan pernikahan ini...penyatuan yang aku memang dambakan sejak aku mengenalnya...melihatnya... begitu lama aku simpan dan kuburkan perasaan ini untuknya tanpa dia tahu...kenapa aku harus mempersia-siakan...'aku akan berusaha untuk bersabar..bertahan..dalam segalanya...semampuku..sedayaku dengan izin dariNYA YG ESA' aku tahu, kepahitan pasti dibalas dengan kemanisan satu saat nanti...bukankah tuhan menjadikan sesuatu ada hikmah disebaliknya...aku yakin itu...yakin seyakin yakinnya kerana aku cuma tahu, dia adalah belahan jiwaku, cintaku dulu kini dan selamanya...aku berharap pengorbanan ini dihargai dan mendapat balasan yang setimpal dgn keikhlasan dan kejujuran aku bersamanya dalam segala hal...Tuhanku, peliharalah hubungan kami...panjangkan usia kami..jodoh kami..murahkan rezeki kami...aku ingin hidup bersamanya hingga hujung nyawa, meski pun ada MAR dalam jiwaku.

riana67

Tuesday, 7 May 2013

20 Panduan Pemakanan Bagi Penghidap Diabetes(Kencing Manis).

diet1 20 Panduan Pemakanan Bagi Penghidap Diabetes(Kencing Manis).



Mungkin ramai diantara penghidap Diabetes tertanya-tanya adakah mereka boleh makan makanan itu?makanan ini?Dan mungkin ada yang takut untuk memakan sesuatu.Jadi disini terdapat beberapa panduan pemakanan yang boleh diamalkan oleh penghidap diabetes.Pada hakikatnya,penghidap Diabetes boleh makan seperti mereka yang normal.Namun, harus diingati bahawa penghidap Diabetes harus mengawal berat dan kadar gula dalam darah,tekanan darah,dan juga kadar kolesterol dalam badan.Makanlah makanan yang seimbang yang merangkumi buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin dan protein tanpa lemak disamping melihat kepada kadar kalori dan selalu bersenam.Antara 20 panduan yang boleh diamalkan ialah:

1.Makan pelbagai makanan,hal ini kerana tiada satu pun makanan yang sempurna.Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempelbagaikan makanan kita secara seimbang.

2.Makan banyak sayur-sayuran dan kurangkan makanan daripada haiwan.

3.Lebihkan makan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses.Jauhi makanan segera dan makanan ringan.

4.Pilihlah makanan yang berlemak secara bijak.Kurangkan pengambilan daging,kulit ayam,minuman tenusu yang berlemak,majerin,makanan bergoreng,makanan ringan dan makanan dipasaran yang dibakar dengan lemak trans.

5.Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak.Kurangkan pengambilan gula,kurangkan makanan yang dihasilkan menggunakan tepung putih.Lihat pada label kandungan roti terlebih dahulu dan baca kandungan fiber yang terdapat pada roti tersebut.Belajar menyukai sayuran,buah-buahan,kacang dan bijirin. 

6.Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.

7.Ambil makanan berprotein secara sederhana.Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.

8.Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2300mg sehari.Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.

9.Makan makanan yang kaya dengan potasium.Contohnnya seperti pisang,buah yang bersitrus,dan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.Makan makanan yang tinggi kalsium juga.Contohnya seperti susu rendah lemak,brokoli,bayam dan tauhu.

10.Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.

11.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap dan kuning-oren.

12.Makan banyak buah-buahan.Target kira-kira empat hidangan sehari.

13.Makan banyak ikan.Utamakan bakar,panggang atau gril berbanding mengorengnya.

14.Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan anda,cuba kurangkan kuantitinya.Hindari lemak daging,daging proses dan juga hati. 

15.Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih dari sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak dan yang dibuat kek.

16.Sertakan diet anda dengan makanan berbijirin dan kacang tanpa garam.Kekacang dapat mengurangkan risiko kematian kardiak.Walau bagaimanapun,ia tinggi dengan kalori,maka cara yang terbaik ialah ambil secara sederhana.

17.Gunakan minyak sayuran secara sederhana.Utamakan minyak zaitun dan minyak canola serta kurangkan penggunaan minyak sayuran,minyak sawit dan juga santan.

18.Ubah pengambilan kalori dan tahap senaman bagi mendapatkan berat badan yang sesuai.

19.Hindari diet ikutan/kegemaran dan skema nutrisi yang tidak betul.

20.Bagi yang gemar minum alkohol,lebih baik tinggalkan tabiat anda itu.

riana67

Friday, 3 May 2013

Setahun yang lalu

Seminggu baru aku update entry blogku..bukan malas..cuma rasanya tak ada cerita yang menarik untuk aku kongsikan bersama pengunjung setiaku. Sudah seminggu juga aku berada di daerah kelahiran suamiku. Mengunjungi daerah ini bermakna aku harus membataskan langkahku kemana pun aku pergi. Terlalu banyak mata yang harus aku elakkan..terlalu banyak hati yang harus aku jaga. Kebebasan yg dulu adalah milik mutlakku kini menjadi batas dan penyebab kelangsungan kehidupanku bersama suami...Aku terpaksa akur dengan cara ini, kerana hanya dengan cara ini aku bisa bersama suami...3 hari aku meluangkan masa bersama ibu mertuaku...seorang wanita tua yang tabah dan berhemah...bukan sahaja aku menyintai anaknya sebagai suami, tetapi aku menyintai wanita ini sebagai ibu kepada lelaki yang aku cinta...kelihatannya wanita ini amat menyukaiku...membandingkan aku dengan menantunya yang lain..hehehhe...betapa aku ingin hidup seribu tahun lagi jika dalam situasi demikian.....TUHANKU...aku bersyukur padaMU kerana memberikan aku seorang ibu mertua yang cukup memahiami....aku sebenarnya tersipu malu dengan diri sendiri, mengenangkan diriku dalam kedudukan kongsi suami dengan wanita lain...apa lagi perhatian ibu mertuaku cukup baik padaku berbanding pada madu-maduku yang lain...Anugerah yang cukup indah...


Hari ke4 aku di daerah ini baru aku khabarkan pada suami bahawa aku berada di daerahnya..bukan apa, aku sengaja merahsiakan kedatanganku demi untuk meluangkan masa bersama ibu mertuaku...Maklumlah, suami tidak membenarkan aku terlalu akrab dengan ibunya...entahlah..kenapa.. aku sendiri pun tidak dapat memahami mengapa suamiku bersikap demikian. Tentunya ada sebab yang tersendiri, tanpa perlu aku tahu. Bersama suami rasanya menyusuri lorong-lorong yang penuh duri..aku mencoba untuk bertahan, kerana dia adalah pilihan terakhirku...bagiku pahit manis bersamanya aku harus tanggung dan terima seadanya. Aku tidak bisa meluahkan rasa kecewaku pada sesiapa...lebih-lebih pada anak-anakku. Aku tidak ingin orang akan beranggapan bahawa aku menyesali perkahwinan ini...bagiku aku harus telan dan mamah semuanya...kepahitan..kemanisan..semuanya adalah anugerah dariNYA...Aku terpaksa berkorban rasa dengan sikap isteri pertamanya..seandainya aku berada dalam kondisi seperti dirinya (maduku yg pertama) aku pun akan bersikap sedemikian..bahkan lebih lagi (kemungkinan) Siapa juga dalam dunia ini yang sanggup membenarkan suami bersama wanita lain...? rasanya tak ada...termasuk aku...huhuhuhu...Hari ini genap setahun aku bersama suamiku...melayari kehidupan sebagai suami isteri dan sahabat...2 in 1...hanya tuhan yang tahu betapa aku menjadi seorang yang hipokrit dalam kehidupan ini sepanjang bersamanya. Hari-hari bersamanya memang cukup indah dan membahagiakan, namun terkadang cukup memeritkan dan menyakitkan lebih-lebih lagi jika suhu kemarahan panas baran miliknya menjadi santapan dalam kehidupan kami...namun satu yang pasti..dia sayang dan cinta padaku, demikian juga aku...dan terkadang juga dia cukup menakutkan..bahkan terkadang juga diam inginkan aku dan dia menjalani kehiudpan masing-masing...dan aku pun demikian..terlalu sering memnita perpisahan, meski pun dalam hatiku, aku tidak inginkan sedemikian...Wahhhh!!!...inilah realiti kehidupanku...sangat mencabar dalam usia yang masih muda. Ada teman memberikan pendapat bahawa berkongsi suami itu adalah anugerah..tidak semua orang dapat anugerah ini dan tidak semua orang bisa menjalani kehidupan ini...huhuhu...motivasi diriku.....

Meluangkan masa bersama suami kali ini sedikit tercalar...namun masih penuh dengan keindahan...hari-hari bersamanya amat bermakna...bisa masak untuknya..bisa ketawa untuknya....masih ada seminggu lagi aku akan bersamanya...semoga hari-hari mendatang menjanjikan seribu kemanisan....Tuhanku, aku ingin hidup bersamanya sehingga akhir hayatku, meski pun aku tahu di sudut hatiku ada insan lain yg sentiasa hadir dan tidak jemu untuk bertandang...aku akan belajar untuk mencoba melupakan insan ini...demi kebahagianku kerana aku tahu dia tidak pernah memberikan aku ruang dan peluang utk bersamanya...MAR...nama yang cukup sinonim utkku...huhuhuhu....
riana67