Friday, 23 August 2013

Nasi ayam kegemaranku


NASI AYAM KAK FILLA


3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..

COPY FROM FACEBOOK
riana67

No comments: