Thursday, 31 October 2013

10 TAHUN TUN M BERSARA.....

Aku bangga dengannya.....tiadal lagi pengganti sehebat dirinya
aku hidup di zaman pemerintahan tun m.
waktu proton saga dikeluarkan, ada orang kaya kat kampung aku menjadi antara pembeli yang pertama. bukan kemain lagi seronok tengok kereta nasional depan mata.

selama 20 tahun itulah kita merasai kebangkitan ekonomi malaysia, melayu paling ramai merasa tempiasnya.

ada peristiwa yang sedikit menakutkan bila tun m jalani pembedahan pintasan jantung kali pertama.

waktu tu rasa berdebar takut apa apa jadi padanya. ALLAH SWT terus memanjangkan usia tun m sampai dia boleh lead negara ini untuk tahun tahun yang berikutnya..

dia pernah digelar ultra oleh lee kuan yew.

hari ini nak jadi ultra melayu pun pemimpin melayu masih takut walaupun teruk kena ganyang dengan puak kiasu cinabeng.

totoknya pada tun m sampai setiap artikel dalam utusan akan disimpan.

apatahlagi menunggu dia berucap dalam sesi penggulungan setiap kali perhimpunan agung umno.

ramai pernah merasai nikmat dia balun yahudi kaw kaw dalam PBB.

ANTARA PERISTIWA YANG TAK BOLEH DILUPAKAN APABILA TUN M, SULTAN BRUNEI,ARAB SAUDI DAN TURKI BERGABUNG SEBAGAI NEGARA ISLAM MEMBANTU RAKYAT ISLAM BOSNIA DARIPADA DIBUNUH SERBIA..

ini adalah klimaks kemuncak kehebatan tun m dalam mempertahankan umat islam seluruh dunia.

secara kesimpulannya tun m pada pandangan aku DIKENALI SEBAGAI PEMIMPIN YANG DECIDED.

dia berani buat keputusan YES OR NO.

dia tak mengharap, dia tak undecided dalam menentukan dasar yang menguntungkan malaysia dan orang melayu !

dia pernah ganyang BRITAIN dalam kempen buy british last. ini semua gara-gara sikap biadap wartawan mat saleh yang skeptikal tentang kebangkitan melayu..

sekali kena, tun m terus ajar beb !

ITU CARANYA NAK PULANG PAKU BUAH KERAS PADA ORANG YANG TAK BER TERIMA KASIH.

saat ini cinabeng masih enggan mengaku mereka ni puak tak sedar dek untung, tapi kita masih terus menaruh harapan ketagih candu  mereka !

SECARA PERIBADINYA BLOG INI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS BUDI MULIA JASA TUN M KEPADA MALAYSIA DAN MELAYU KHUSUSNYA..!

semoga ALLAH SWT memanjangkan umur tun m dan memberikan kesihatan yang baik.

TQ GOODFATHER !
riana67

Monday, 28 October 2013

27-28 OCTOBER

27 Oktober -
Sebelum 7 tahun lalu aku tidak pernah kisah dengan tarikh keramat ini..bagiku tidak bermakna langsung, namun apabila 27 Oktober 2007 menjelang tiba, tarikh ini sangat bermakna bagiku dan bagi sesiapa pun dalam ahli keluargaku, kerana pada tarikh inilah aku dan seluruh keluargaku kehilangan dia (NURHIDAYAH AISYAH ANITHA BT THAMRIN) satu-satunya anak gadis yang tuhan anugerahkan padaku. Anak yang memang menjadi dambaanku...bahkan tidak keterlaluan bila aku katakan bahawa anak ini aku mohon dengan bernazar jika dia lahir sebagai gadis kecilku. setelah aku melahirkan anak-anak yang lain sebagai anak lelaki yg aku juga cukup sayang. Kasih sayang itu sebenarnya sama sahaja, namun ada sedikit perbezaan dari segi perhatian dan sentuhan (jujur aku katakan) Kerana aku cukup arif dan faham bahawa kelahiran anak gadis itu membawa pengertian bahawa aku melengkapi lingkungan keluarga kecilku dengan kehadirannya. Tentunya kehadiran yang sangat kami dambakan namun membawa sedikit cemburu dikalangan anak-anak lelaki lain terutama anak bujangku yg ke3..siapa lagi kalau bukan SHAHRIANSYAH....kaki cemburu...hehhehe..gadis kecil ini menjadi anak bungsuku (ketika itu). Namun dia terlalu cepat pergi meninggalkan aku apabila 1 Januari 2007 dia disahkan sebagai pengidap LEUKIMIA tahap kronik. ..

Berita itu cukup menggoncang jiwaku (ketika itu aku bersendirian dalam erti kata keseorangan) Saat itu aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan...dimana silapku..dimana salahku..apa salahku, apa dosaku sehingga tuhan menghukum aku sedemikian rupa (barangkali saat itu aku buta hati sehinggakan aku tidak melihat ini sebagai 1 cobaan / dugaan dariNYA utk melihat ketabahan yang aku ada serta kesabaran yg menjadi benteng dalam jiwaku)...Pakar mengesahkan dia cuma ada peluang utk hidup 40%...huhuhu...40% terlalu sedikit, namun jika tuhan menghendaki segalanya bisa sebaliknya. Dengan nasihat pakar aku melakukan setiap apa yang dinasihatkan olehnya...bagiku berusaha demi dia adalah matlamatku...yang lain aku tolak belakang...Destinasi cuma dia, aku ingin dia bersamaku sehingga aku pejamkan mata...Tetapi tuhan menghendaki lain...Qada dan Qadarku telah tersurat dan aku tidak mampu utk mengubahnya....dia pergi dariku saat aku sangat bangga dengan apa yang dia ada...bangga dengan kecantikannya...kebijaksanaannya (tidak seperti mamanya)...kebaikannya....kerendahan hatinya...lemah lembutnya (yang aku tidak miliki). Apa yang mampu aku lakukan saat itu....bersyukur kerana tuhan telah mengambilnya tanpa aku bersusah payah utk melihat dia menderita menanggung sakit yg dibebannya. Airmata ketika itu tidak mengalir kerana dalam diam aku telah menangis disaat dia lelap menahan sakit tanpa dia tahu (tanpa org lain tahu). Aku relakan pemergiaannya (apa lagi yg mampu aku lakukan selain dari itu) Aku redha dgn ketentuan dariNYA...setiap yg aku sayang, pasti tuhan lebih menyayanginya dan mengambil dia sebagai amanah yang telah aku jaga dgn kemampuan yang aku ada.....

28 Oktober 
25 tahun yang lalu, aku begitu bahagia bila subuh Jumaat itu aku melahirkan dia Jumansyah. Walau pun kelahiran itu hampir meragut nyawaku dengan kesakitan yg teramat sangat, aku bahagia bila pagi hari aku terjaga dari lena kesan obat bius yang diberikan padaku ketika pembedahan utk melahirkannya. Dengan wajahnya yg comel....chinese look...putih ..aku bangga melihat dia meski pun kesihatannya tidak begitu baik. Dia terpaksa dimasukkan dalam balang kaca kerana dia mengalami kesihatan yang kurang baik....dia berada disana beberapa bulan dan mak adalah orang yang sangat prihatin menjaganya ketika dia kecil (mungkin sebab dia adalah cucu sulung) sehinggakan aku terkadang tidak punya kesempatan utk tidur bersamanya. Dia lebih banyak bersama mak. Sehingga hari ini dia lebih sayang kepada mak (barangkali ~~ aku cemburu ni..ehhehe). Dia memang berbeza dari yang lain...dia membesar dengan cara yang lain. Minatnya dan segala yang dia ada membuatkan aku bangga, namun terkadang SEGAL..dgn sikapnya yang terlalu cool....Aku sayang dia sebagai makhluk yang wujud dalam perutku...yang memberikan aku pengalaman yang luar biasa...pengalaman melengkapkan aku sebagai seorang wanita..insan yang memberikan gelar ibu..mama..mum..huhhh..alangkah indahnya saat itu...setiap wanita pastinya sukar utk meluahkan apa yang ada dalam hati saat pertama kali menatap wajah kecil yang keluar dari perut mereka....Alhamdulillah..cuma itu yg mampu diucapkan dalam hati.

Hari ini, dia membesar tanpa menyusahkan aku sebagai penjaganya..maknya...bahkan memberikan aku seribu satu kebanggaan..seperti org lain..aku juga sangat berbangga dengan dia...bangga dengan anak sendiri walau pun dia tidaklah memberikan 1 nama yang GAH dalam DUNIA....dia membesar (bahkan cukup besar ketika ini..ehhehe...- tolong kuruskan badan sikit) dgn kesihatan yang aku seringkali gundah dan risau, apa tidaknya ketika dia kecil, dia selalu saja menjadi pelanggan tetap hospital besar Tawau, dalam sebelum sekurang-kurangnya 1 minggu mesti menjadi pelanggan tetap wad kanak-kanak...Maklah org yang paling sibuk dan gusar bila dia terpaksa menjadi penghuni wad tersebut dan aku...heheh..buat sambil lewa saja...maklumlah ada mak yang lebih tahu segalanya. Hari ini dia genap 25 tahun, apa yang aku risaukan, dia belum ada gadis pilihan yang diperkenalkan padaku....Aku memang cukup gusar dengan keadaan ini....bagiku umur 25 adalah usia yg cukup selesa utk seorang lelaki memiliki kehidupan yang sempurna..memiliki seorang yg menjadi pendamping hidupnya....hehehe...Ancah..bila lagi? ....
 

riana67

Judika - aku yang tersakiti (Lyrics). (+playlist)



Hapuskan rasa cintaku...aku ingin bahagia walau tak bersama denganmu....
riana67

Saturday, 26 October 2013

Sisfec- my new Love...my new friend...my new buddy....all about u..

riana67


Momen-momen indah dalam hidup...sekadar berkongsi gambar sekadar berkongsi rasa...segalanya tentang dia yang ada dalam hidup...



 Ketika segalanya hampir berlabuh, menyisihkan waktu utk kepuasan diri sendiri..tak peduli apa orang kata
 Cinta dan kasih sayang bertukar menjadi 1 rasa yang sukar diugkapkan...segalanya terukir dgn indah dalam raut wajah dan senyum