Friday, 15 November 2013

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan > Fikiran Yang Berserabut


 Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang
 menyesakkan
 dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah.
 Fikiran
 yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang
 perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin
 berserabut.

 Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang
 jelas
 dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting.
 Kita
 harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah
 langkah-langkah
 dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

> 1. Tarik Nafas
> Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah
> dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas
> dengan
> kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
>
> 2. Ambil Wudhuk
> Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh
> menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi
> rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah
> kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan
> wajah akan pasti kembali ceria.
>
> 3. Tulis
> Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu
> mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda
> mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis
> satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti
> kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
>
> 4. Kenalpasti Yang Utama
> Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu
> kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan
> “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik
> lagi
> jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup
> anda
> dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
>
> 5. Buang Yang Tidak Penting
> Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak
> relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara
> seperti
> “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.
> Anda
> akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda
> sebelum
> ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda
> kurang
> produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang
> lebih
> penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk
> berfikir
> secara bijak.
>
> 6. Cukup Rehat & Tidur
> Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam
> akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup
> bermakna
> minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar
> berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar
> ambil
> angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
>
> 7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
> Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang
> menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi
> tenaga
> yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca
> berita-berita
> ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan
> yang
> negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau
> tukar
> masa anda untuk membaca akhbar.Menonton TV dengan berlebihan akan
> membuatkan
> fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan
> dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih
> penting
> akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk
> ke
> dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
>
> 8. Kembali Kepada Alam
> Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak
> dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin
> laju.
> Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan
> membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu
> atau
> waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan
> dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang
> apa
> yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi
> memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila
> waktu
> bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
>
> 9. Lepaskan
> Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang
> telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah
> untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan
> melepaskan.
> Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal
> perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan
> ini
> adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.
> Fikirkanlah.
>
> 10. Kemas Ruang Anda
> Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam
> keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang
> tidak
> kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar
> akan
> hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti
> akan
> mendapat tenaga yang baru.
>
> 11. Berkongsi Masalah
> Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau
> seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan
> mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam
> menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang
> sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan
> berbicaralah
> dengan hati dan minda yang terbuka.
>
> 12. Sedikit Lagi
> Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga
> hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
>
> 13. Buat
> Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang
> paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan
> bertangguh!
>


Riana67

No comments: