Saturday, 16 November 2013

Antara Emas dan Bangsa Bugis ~~~ pertalian yg erat



I am prncc of BUGIS....hehehe
Penulis buku The Bugis (diterbitkan olek Blackwell di London) iaitu Prof. dr. chrisstian Piras, Antropologis daripada Universiti de sorbone, Paris mendedahkan bahawa orang Bugis mempunyai ciri yang unik dan memilki keperibadian yang kuat.

Sepanjang sejarah sosiokultural orang bugis, terdapat ciri yang menajubkan melekat di dalam diri mereka dari dahulu hingga sekarang. salah satunya adalah kecenderungan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih baik di mana-mana juga. dalam konteks pelaburan, ramai orang sudah tahu bahawa orang Bugis amat menghargai emas, sesuai dengan cara hidup orang bugis yang sering berpindah dan merantau ke negara asing.
Mereka mencari pelaburan yang mudah alih, yang abernilai di laur kampung halaman mereka, oleh itu mereka mencari logam yang stabil dan laku dimana juga.

Orang Bugis tidak mengira pangkat besar atau petani juga sering berlumba-lumba untuk mnegerjakan haji. Oleh itu mereka sering menyimpan emas sekitar 250gram-300gram dalam bentuk bullion atau jongkong seberat 100gram setiap satu. Nampaknya orang Bugis mengetahui bahawa kos menunaikan fardhu haji tidak pernah berubah daripada zaman dahulu hingga sekarang iaitu harga sekitar 250gram-300gram emas tulen.

Dalam hal hutang piutang begitu juga. Sekiranya ada sudara mara petani yang ingin meminjam, diberikan emas dan apabila dipulangkan semula haruslah dalam berat yang sama, karat yang sama.

Fikiran mereka cukup sederhana, jika memberi pinjaman dalam bentuk wang maka apabila saudaranya memulangkan wang itu dalam tempoh yang lama, tentu nilainya tak akan sama sewaktu dia memberi pinjaman.

Ertinya wang yang dipinjamkan mungkin kembali dengan jumlah sama, tetapi nilainya, apa yang kita sebut deflasi dan inflasi boleh berubah. Tetapi jika dia meminjamkan emas, selain jumlah emas dalam berat yang sama akan kembali, ia juga tidak akan kehilangan nilai dari asetnya. Sungguh hebat, pemikiran yang sederhana tetapi luas biasa impaknya.  
riana67

No comments: