Thursday, 19 December 2013

SEBELUM DAN SELEPAS MENJADI IBU..




♥Boleh tidur sesuka hati dan bangun lewat. Setiap hari mesti dapat gosok gigi 3 kali sehari, dan sikat rambut. Pakain pun kemas dan boleh bergaya di rumah sentiasa

♥Rumahku sentiasa berkemas rapi, tidak pernah tersadung kaki dengan permainan berterabur merata. Pokok bunga terjaga dan boleh disirami setiap hari

♥Daku tidak pernah merasa dimuntahkan dan kerap mencuci najis di pakaian , tilam dan merata tempat. Bau segalanya yang perlu dicuci itu boleh buat hilang selera beberapa hari


♥Daku dapat mengawal dan mengatur masaku, fikiranku dan setiap perancangan dapat berjalan mengikut rencana, tak terfikir diwaktu tengah malam akan bangun hampir setiap jam untuk memastikan anakku selamat, tak sangka akan menangis hanya memikirkan bagaimana kalau tiba-tiba bayiku terhenti bernafas.

♥Daku tidak pernah memeluk rapat seorang bayi kecil semata-mata kerana tidak sanggup meletakkannya. Daku boleh berjaga lama merenungnya tidur. Daku tak pernah merasa amat menyayangi sehingga hatiku hampir berkecai, tak menyangka seorang yang sekecil ini mampu mengubah seluruh kehidupanku,tak menyangka yang daku bahagia menjadi seorang IBU

♥Tidak pernah kusangka betapa istimewanya perasaan menyusukan bayi sendiri, betapa mudah dilupakan kesakitan melahirkan, betapa indahnya jalinan kasih ibu dan anak.Tak pernah kujangka seorang yang sekecil ini boleh membuatkan daku merasa amat penting dan diperlukan

Syukurku padaMu YaAllah atas pemberianMu ini, amanah suci yang akanku pegang sebaiknya. Bantulah daku membesarkannya, mendidiknya dan menyayanginya agar menjadi anak yang berbakti pada kedua orangtua dan agamanya .


Selepas Menjadi Ibu

Bagaimana rasanya berlapar tapi masih mendahulukan melayan dan memberi makan suami, anak-anak, kawan anak dan kucing peliharaan anak

Bagaimana letihnya rasa bila lewat malam tapi masih berjaga menyelesaikan mendobi pakaian kerana anak atau suami perlu memakainya esok pagi

Bagaimana gembiranya setelah lama dapat mengumpul sejumlah wang untuk membeli sesuatu peralatan yang telah lama diinginkan tetapi dengan lapang dada diberikannya wang tadi kepada anak atau suami yang dilihatnya lebih memerlukan

Bagaimana masih tetap bahagia berjalan makan angin membawa semua anak-anaknya walau terpaksa keletihan mengemas pakaian dan menyediakan bekalan makanan serta kemudian setelah pulang menghadapi pakaian kotor yang menggunung

Bagaimana tatkala anda duduk berehat setelah bertungkus lumus uruskan rumah dan anak-anak sambil mula memakan coklat atau kek kegemaran anda dan anak anda datang sambil terliur melihat manisan tadi, lalu sambil tersenyum dengan penuh kasih anda berikan semuanya padanya



riana67

No comments: